Hari ni last aku MC. Dah seminggu lebih dah tak pi ofis. Kemungkinan aku akan ke tempat keje esok, walaupun mataku masih macam Keliwon lagi. Eh, Keliwon tu cite hantu kan? Tolong la, aku tak pernah tengok cite tu...tapi tajuk dia macam nama hantu je, aku agak la. Moral of the story, mataku masih merah menyala...ok la, macam Edward dalam cite Twilight tu.
Muahahahaha...nak ngaku jadi pontianak seksi gak tu.
Serba salah nak pi ofis ni sebenarnya. Keje memang la banyak, hari2 sms masuk hal keje. Dah check email, tapi banyak la keje yang perlukan face to face punya discussion. Dah la tengah sibuk sign off processes...aku lak menghilang dari ofis. Tapiiiiii, kalau aku pi esok, and then ada ofismate yang kena sakit mata...sapa yang salah? Aku kah...atau boss ku yang hari2 sms aku, buat aku serba salah tak masuk ofis? Soklan cepu emas.
Apa2 pun, aku hoping kalau aku pi ofis, takde la nyangkit penyakit ni kat sapa2. Buhsan woo sakit mata ni. Dah la annoying, asyik kena korek taik mata je keje. Bangun pagi, kena meraba pi toilet dulu, bersihkan taik mata yang berkerak. Mata nampak kelabu, asyik berair...giller sakit hati.
Tu la...agaknya aku ni asyik guna mata untuk pandang benda2 tak senonoh je kot..tu yang Allah tarik balik nikmat aku untuk melihat. Muahaaha..apa kebendanya benda tak senonoh tu? Aku pun tak tau...aku bukan peminat porno, setakat tengok MTV tu kot, tahap keseksian yang aku tengok. Mungkin la...takkan setakat tengok laki sendiri XXX pun takleh kot...dah laki aku..bukan tengok laki orang lain. Hmmm...tapi anak2 aku lak camne? Setakat tengok Playhouse je. Apalah, dah dugaan Allah bagi...lagi mau examine panjang lebar.
Takpe, habis dah cite sakit mata. Kita buat tag la plak. Mesti dah agak kan, sebab aku tulis entri ni dalam Bahasa Melayu. So nak buat tag le gamaknya.
Ni tag ni dah berzaman lamanya...aku baru nak buat. Rasanya semua bloggers kat dunia dah buat dah. Aku biasa la, manjang ketinggalan zaman. Takpe..asal tak nyusahkan orang. Lagipun, ni blog aku, sukati mak nenek aku la bila nak buat.
The Rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below. Then, you must choose a picture in the first page of result and post it as your answer. After that tag 12 people.
Q.1 : THE AGE OF YOUR NEXT BIRTHDAY?
Oh, dah tua dah aku. Walaupun orang selalu cakap, life starts at 40, aku rasa time tu aku dah ingat nak mati je kot. Insaf la konon, kita tunggu dan lihat.
Q.2 : PLACE I LIKE TO TRAVEL THE MOST?
Ni memang tempat favorite aku. Ada umur, ada rezeki aku nak pi lagi. Kali ni aku nak pi time summer, bleh jejalan kat gardens dia. Bleh naik bot dia. Bleh baring2 kat park dia, sambil suap2 hubby makan strawberry cicah coklat. Muahahahaha...romantik maut lak aku!
Q.3 : MY FAVORITE FOOD?
Ni sapa kenal aku memang tau la tabiat aku yang sangat chocoholic. Tapi yang dark chocolate je, dairy milk aku kurang la..manis sangat. Hubby pun dah tau, kalau nak ambik hati aku, belikan je dark chocolate. Wajib aku sujud terus depan dia. Memang kalau dia belikan, malam tu...nikmat yang serupa aku bagi kat dia...dalam bentuk lain la. Wakakakakaka...
Q.4 : NICKNAME THAT I HAVE ?
Tu, yang kena bulat warna merah tu. Itu je gambar yang ada.Q.5 : MY FAV COLOR? Ni dari kecik sampai sekarang, aku memang suka kolor ni. Dulu asal beli baju je, kolor biru. Sampai ibu aku pun sound, cuba la kolor lain lak. So aku cuba la jugak...tapi bila pakai terasa kurang menawan lak. Hahahah..salah aku ke, salah baju tu?
Q.6 : THE CITY I LIVE NOW? Ni sapa yang dok kawasan rumah aku, tau sangat la restoran ni kat mana. Tiap2 hari aku lalu time nak pi keje, tapi tak pernah singgah. Tu la, sapa soh ada bibik yang terrer sangat masak. Salah bibik la plak.
Q.7 : THE PLACE I WAS BORN? Sememangnya aku anak jati bandar. Tapi kawin ngan mamat kampung. Itu namanya opposites attract. Hahahaha...kampung sangat ke Melaka tu. Agak terasa hina la nanti hubby baca ni nanti..takda la bi, main2 je. Jangan marah, nanti mata makin merah. Hehehe..
Q.8 : MY COLLEGE MAJOR Electrical & Electronic Engineering sebenarnya. Oya, campur Double Maths. Giller geek aku time college. Dah la susah nak maut...10 kali sesal aku ambik course tu. Tapi pikir2 balik, kalau aku tak ambik dulu, aku takkan jumpa ngan hubby. So in the end, ada la jugak hikmatnya.
Q.9 : MY BAD HABIT? Ya, aku memang suka menangguh kalau buat keje. Dari zaman sekolah dulu, last minute baru nak buat homework, last minute baru nak baca buku. Dah tu time exam, pi sekolah terasa nak terkoncing manjang sebab takut. Nanti fail, kena balun ngan ayah. Paling tidak pun kena bebel ngan ibu. Tak tau la yang mana lagi seksa, kena balun ke, kena bebel. Kena balun memang sakit, tapi kejap je la. Tapi bebelan ibuku bukan sebarang bebelan. Berminggu2 pun bleh tahap bebelan dia. Dah tu, akan sampai ke semua suku sakat keluarga hal aku kena bebel. Dah takleh nak tunjuk muka time raya. Hampes sungguh. Tapi aku macam tak serik, masalah suka menangguh ni terbawak sampai dah beranak pinak, dah keje 10 tahun. Tu la sebabnya, tiap hari masuk keje je, aku kena spend 1/2 jam pikir dulu, buat senarai aku matlamat keje aku hari ni. Kalau tak, surfing YouTube je la keje aku nanti.
Q.10 : MY HOBBY? Paham tak gambar kat atas. Jigsaw puzzle la. Memang aku minat tapi dah lama tak buat. Tapi aku still consider hobby la. Dulu masa kat US, aku selalu buat untuk hubby, yang gambar underwater sea tu. Hubby suka sebab ada gambar whale. Whale tu binatang favorite dia. Dulu, dia kata kalau kaya, dia nak bela whale. Serious je cite ngan aku. Aku pun layan, siap tambah, ok, aku nak bela polar bear. Bagus la, dua2 angan2 ntah hapa2.
Q.11 : MY WISH ? Ye ah, ni memang harapan semua orang la kan. Nak keluarga dia happy, sihat. Yang lain tu semua material je, hal dunia. Lagipun macam sekarang, satu famili aku kena sakit mata, tak guna la ada seratus juta hinggit pun, kalau takleh nak nikmati.Kena tag 12 orang ke? Bukan semua orang dah buat? Takpe, sapa nak buat, buat la. Nanti aku mai blog korang baca yang korang lak merapu.