CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Lilypie - Fourth Birthday

Lilypie - Kids Birthday

Lilypie - Kids Birthday

Tuesday, December 08, 2009

Hal Tenant Lagi

Ni terasa nak luahkan perasaan la ni. Pepagi dah buat aku angin, lepas tu manjang la jadi kes aku gaduh laki bini nanti.

Ni hal tenant apt aku. Hal tenant ni memang best cite kan? Macam2 kerenah.

Family ni, awal bulan lepas contact aku bagitau nak sewa apt aku. Aku ni, hal tenant memang sangat cerewet, so banyak la soal kan…dari mana, berapa orang anak, bla, bla, bla. Memula aku tengok family ni macam ok je la…tapi agak desperate nakkan apt aku. Tapi mintak kurang harga. Aku ni sebab sangat baik hati punya orang…okla, bagi la murah sket, dah la sewa include maintenance fee, tapi takpe la..apt tu pun dah habis bayar, so aku takde le risau nak bayar bank ke apa.

Memula family tu nak duduk on the 16th. Since masa tu baru awal bulan, aku bagi la option; kalau nakkan apt tu, kena bayar deposit full so that aku takyah carik orang lain. Kang aku takut, awal2 je beria2 nakkan apt tu…then tetiba tak jadi. Padahal aku dah tarik balik iklan aku semua, rugi la kan.

So dia setuju. Tapi bagi deposit sebulan je. Aku bagitau, deposit kena la full, 2 bulan campur deposit api air campur 1st month rental. Negotiate punya negotiate, aku bagi la dia ambik kunci dulu sebab dia kata nak tengok dulu condition apt aku. Siap dating ambik kat ofis aku, hangkut semua anak2 dia lagi. Aku pun ok la, fair la kan…orang nak duduk rumah, mesti la nak tengok condition dia dulu. Kang buatnya toilet tersumbat semua, tingkap takleh tutup ke apa, haru je plak. So aku pun bagi la kunci tapi bagitau dia, nanti pulangkan la kunci tu. Bila on the 16th dia nak duduk nanti, aku bagi balik kunci tu sekali ngan agreement.

A few hours lepas tu, the wife call. Bagitau derang setuju duduk rumah tu tapi nak simpan kunci. Kes malas nak berpatah balik ke ofis aku la tu. Aku pun ok la, since you dah ambik kunci, I consider you ambik apt tu. So minta bayar the rest of the deposit cepat2 and agreement will start today (the day derang ambik kunci, which was on the 3rd). Time tu ok je the wife setuju.

Semalam, aku perasan duit sewa tak masuk lagi. Semalam berapa haribulan…7 dah kan? Selalu orang bayar sewa rumah 1-3 hb kan? OK la, aku pun sms the wife, bagitau agreement dah siap, nanti weekend kita mai ambik signature dia…oya, sewa rumah tolong bank in kan.

Alih2 malam tadi, the wife call. Aku tengah sibuk ngan Daria so aku soh la hubby jawab. Bila dah sudah, hubby bagitau the wife tak setuju nak start agreement on the 3rd, nak jugak start on the 16th sebab itu tarikh dia masuk apt. Aku pun heran la, aritu ok je, alih2 ni tak ok lak. Lagipun pada aku, tak kisah la dia masuk berapa haribulan, yang penting bila dia ambik kunci tu, dah consider dia ambik la apt tu. Bukan aku bleh tunjuk apt kat orang lain ke apa.

So aku pun apa lagi, start la tak puas hati. Aku memang pantang la, orang start tak advantage bila kita dah accommodate habis untuk dia.

So pagi ni aku pun sms the wife. Bagitau, sorry, my hubby salah bagi info. Appreciate kalau kita start agreement on the day you took the key. Alih2 the wife call aku. Terus marah2. Cakap aku tak fair kat dia sebab soh dia bayar 2 minggu extra. HUH?!! Aku cakap, manade aku soh bayar extra. Aku based kan on the day yang you ambik kunci. Dia tak puas hati, cakap “I dah bagitau you, we all masuk on the 16th kan.” Aku pun cakap la, ye saya tau, tapi you ambik kunci on the 3rd. Saya ada mintak balik kunci tu tapi you takmo pulangkan. So I consider you ambik dah apt tu on the 3rd. Bila you actually masuk tu, not really my concern.

Prum pram prum pram, the wife dok basuh aku. Aik? Aku lak yang kena basuh?!! Last2 dia jerit kat aku, ye la, since you are the landlord and you dah marah2 kat I (HUH?? Sapa marah sapa ni??), I masukkan la duit sewa esok, eventho I rugi 2 minggu. Lepas tu letak.

Huh. Aku pantang la orang macam ni kan. Dulu cakap lain, sekarang cakap lain. Lepas nak put the blame on me. Aku pun dengan gembiranya sms balik.

Puan, kalau u rasa rugi 2 minggu and nak marah2 myself, maybe takde rezeki I ambik U as my tenant. I can come now and pulangkan all ur money and we just call it a day. From where I see it, when u took the keys and decided not to give back, i cld not show the house to anyone else and considered u nak ambik rumah tu. That’s why I started the agreement on the day u took the keys.

Dua kali the wife cuba call aku. Aku tengah panas hati ni, jangan la ko nak ajak aku bertekak lagi. Kang ada yang nangis kang. Ofismate aku pun dah jeling2 aku semacam je, dengar minah tu marah2 aku on the phone tadi.

Last2 the wife sms aku balik.

Will bank in d rental 2moro morning.

Hah…bleh pun!!

3 comments:

Aunt Juicebox said...

Seriously, what language is this so I can learn to read it. LOL

theotheraj said...

the signs are there. don't ignore it, jangan amik jadi tenant. might as well ko cancel je, bagi balik their money and find new ones.

Along said...

AJB: It's the Malay Language. Heeee...maybe I should start an online class.

TOAJ: There's a continuance to the story!! To be blogged soon.