CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, November 28, 2009

Blog Tag - Stupid Things I've Done

Mana ntah aku dapatkan tag ni. Biasa la, dah takde idea, otak tepu, tensen..apa kata kita layan blog je la. Buat tag ni best dalam bahasa melayu...senang aku nak carut2 kalau apa.

Level 1
(x) Smoked A Cigarette: 1st time aku isap benta'alah ni, konon sebab tensen famili aku kena pindah ke Melaka. Elok2 aku sekolah kat SJ, dah la masuk popular group (kes perasan ke?), kena angkut ke sana lak. Ada sebulan kot aku dok isap batang rokok ni. Alih2 kena tangkap ngan achik aku (adik ibu), kena ugut nak bagitau ayah aku...tobat!! Quit cold turkey!! Hahaha..tapi lepas tu, time tensen exam kat Vandy, ada jugak la aku isap gak. Member isap aku, Liza. Sesama layan perasaan sambil naik swing kat taman memalam. Hahahaha....
( ) Smoked A Cigar
(x) Kissed A Member Of The Same Sex: Setakat cium pipi ada la, cium tangan. Cium sampai sentuh2 lidah tu takde ah...ini bukan Madonna menaip yer!
(x) Drank Alcohol: Tu, ubat batuk tu..bukan ada alcohol ke? Hahaha...

Level 2
(x) Are / Been In Love: Semestinya dengan En. R. Dan juga jejaka idamanku, Edward Norton.
(x) Been Dumped: Bleh ke cakap aku pernah kena dumped kalau aku ngan mamat tu tak pernah "on" pun? Aku je yang syok sendiri..hahaha..
( ) Shoplifted
( ) Been Fired
(x) Been In A Fist Fight :Adik2 aku 3 orang lelaki. Semestinya aku selalu kena marah pasal hal depa dan semestinya aku melepaskan balik geram kat derang. Hah!!

Level 3
(x) Had A Crush On An Older Person: Yer, aku pernah ada crush pada abg senior kat uni aku dulu. Tapi blum sempat aku melangkah kanan, dah kena langkah ngan En. R dulu. So, in the end, aku pun melangkah2 la dengan dia. Habis cite.
(x) Skipped School: Ni kes malas or tak siapkan homework. Jam2 tu jugak la aku segugut macam nak mati. Ibu aku antara nak percaya ke tidak time tu..dah la time tu ibu aku tak tau bawak kereta, aku pi sekolah jalan kaki. Sian la kan, nak soh anak dara jalan kaki sambil peluk perut.
( ) Slept With A Co-worker
(x) Seen Someone/Something Die: Kalau tengok dalam filem, laku x? Itu pun aku dah nangis kluar hingus tak ingat nak lap, apa lagi la kalau tengok mati in real life.

Level 4
( ) Had / Have A Crush On One Of Your Facebook Friends: Ketahuila..aku takde Facebook!!
(x) Been To Paris: Sesungguhnya tempat aku memang nak pi lagi sekali ngan En. R. Sungguh romantis. Dulu pi time tu student, duit antara ada dengan takde. Kali ni, aku nak duduk hotel 5 star...pi naik bot romantik..makan cafe roti bom..hehehe..berangan.
( ) Been To Spain
(x) Been On A Plane: Paling takleh lupa dok dalam airplane 2 hari nak balik ke Malaysia dari US dulu. Macam nak sengal kepala otak. Steward yang hensem tu pun dah macam macai rupanya time nak turun kapal terbang. Tobat la...takmo naik kapalterbang lelama lagi.
(x) Thrown Up From Drinking: Selalu sebab pregnant. Time pregnant, apa benda masuk mulut guarantee kluar balik ikut mulut. Sengsaranya!!

Level 5
( ) Eaten Sushi
( ) Been Snowboarding
( ) Met Someone BECAUSE Of Facebook
( ) Been in a Mosh Pit

Level 6
( ) Been In An Abusive Relationship
(x) Taken Pain Killers: Ada la jugak, baru2 ni pasal gigi bungsu aku yang macam hidup segan mati tak mau ni. 5 bulan lepas pasal tetek aku bengkak susu. Ya Allah, sakit ya amat.
( ) Love/loved Someone Who You Cant Have:
(x) Laid On Your Back And Watched Cloud Shapes Go By: Masa kat Uni selalu gak buat ni. Pi taman besar kat depan tu (apa nama dia?), nak2 time Spring...lama lak tu bleh baring tengok awan. Sekarang nak buat? Mau perut aku kena pijak dek anak2 sebab boring, nak balik tengok Playhouse Disney.
(x) Made A Snow Angel: Masa kat Uni jugak. Tapi kat TN, snow dia tak tebal. So angel aku pun macam tak cukup makan je. Heh!

Level 7
( ) Had A Tea Party
(x) Flown A Kite: Ni aktiviti ngan anak2. Yang tukang beli kite En. R la. Macam2 rupa la...yang bentuk ikan la, bentuk kucing la. Last2 anak2 aku jugak yang tak reti main..naik sikit, menjunam balik turun. In the end, ibu abah depa yang terlari2 kat taman main kite. Hahaha..anak2 sila tengok saja yer.
(x) Built A Sand Castle: Last time, masa pi Karambunai resort. Teramat cantiknya pantai dia.
( ) Gone mudding
(x) Played Dress Up: Dah nama pompuan kan, walaupun aku takde la cas2 wanita melayu terakhir. Main dress up ni masa kecik2 selalu la...selalu aku jadi cikgu garang ataupun ibu yang garang. Asyik2 watak garang. Apakah?!

Level 8
( ) Jumped Into A Pile Of Leaves
( ) Gone Sledging
(x) Cheated While Playing A Game: Ni selalu buat time main kad. Sapa yang ajar kalau bukan ayahanda ku sendiri. Hehehe..
(x) Been Lonely: Oh, dulu masa bercinta dan bergaduh, selalula perasaan lonely ni mendatang. Ni dah kawin 8 tahun, anak keliling pinggang pun, ada gak terasa kekadang. Nak2 time pregnant. Oh, sangat alone dalam menangani seksa ngandung ni!!
(x) Fallen Asleep At Work / School: Pernah tertido dalam kelas sampai kluar air liur basi pun. Muahahaha..Kat tempat keje pun selalu gak tertido, nak2 time ada presentation slides..tutup lampu..baru slide no 4, aku dah tersenguk2.

Level 9
(x) Watched The Sun Set: Time pi 2nd honeymoon ngan En. R kat Bali. Memang romantis.
( ) Felt An Earthquake
( ) Killed A Snake

Level 10
(x) Been Tickled: Dina suka geletek ibu dia. Sabar je la.
(x) Been Robbed / Vandalized: Aku pernah jadi mangsa ragut!! Masa tu balik dari keje, pakai kebaya lagi. Lalu depan balai polis lagi. Memang tak sedar, alih2 dah ada moto kat sebelah, rentap beg tangan aku. Tertiarap aku kat jalan raya, sib baik beg murah (Avon), rantai beg putus, kalau tak..berbirat lak badan aku kena heret. Masa tu sayu je tengok mamat moto tu (2 orang) pantas bawak beg tangan aku. Dah la time tu aku baru kluarkan duit nak belikan hadiah kawin member...handphone baru beli...1/2 gaji pertama aku dalam beg tu. Sedih ya amat!! Terus nenek aku buatkan air mandi 7 jenis bunga, buangkan sial.
( ) Been cheated on:
(x) Been Misunderstood: Sila la tanya En. R, dah kawin sekian lama pun, masih tak paham kepala otak aku yang kekadang ok, kekadang weng ni.

Level 11
(x) Won A Contest: Tu, yang aritu menang contest Tutu. Dulu2 pun ada jugak menang contest..menang Ginvera facial. Hahaha..time tu, bangga giller!! Happy ngalahkan orang menang kereta BMW.
( ) Been Suspended From School
( ) Had Detention
(x) Been In A Car / Motorcycle Accident: 1st time, ayahanda bawak kete buat u-turn depan pasar keramat, kena langgar bas. Bas!! Memang masa itu ingat malaikat maut dah mendatang dah. Serius ngilau.

Level 12
(x) Had / Have Braces: Sesungguhnya gigi aku time sekolah amat tak senonoh. Tu la, takut sangat pi dentist...gigi kekal dah kluar, baru nak sibuk goyangkan gigi awal. Habis SPM je, aku pujuk ayah aku nak pakai braces. Pakai 2 tahun...dah cantek dah gigi aku. Heh!
(x) Eaten a whole pint of ice cream in one night: Flavor: chocolate mint. Sesungguhnya aku kentut bau pudina je malam tu.
(x) Danced in the moonlight: Ni kena tanya En. R, pernah tak buat keje gila ni. Sekali pernah, tapi bukan dengan dia....kuangkuangkuang.

Level 13
(x) Hated The Way You Look: Gigi tak senonoh, kulit hitam, parut garuk kena gigit nyamuk merata satu badan. Memang sedih ah time sekolah...selalu dok tengok magazine Galaxie tu, berangan jadi artist cantek.
( ) Witnessed A Crime
( ) Pole Danced
(x) Questioned Your Heart: Selalu. Time nak pi US study. Time nak steady ngan hubby. Time nak kawin. But whatever it is..no regrets!
( ) Been obsessed with post-it-notes

Level 14
(x) Squished Barefoot Through The Mud: Ni keje gila time OBS. Liza, ko ingat tak ni? Kasut aku dah nak tercabut dek masuk lumpur...last2 tanggalkan je, gantung kat leher. Bodo, sah2 lepas tu muka aku lak penuh ngan lumpur. Takpe, bukan ada Edward Norton pun nak tengok aku time tu.
(x) Been Lost: Ni time travel ngan En. R masa kat US, selalu la. Nama je printout directions from Yahoo Maps. Tapi sesat barat manjang.
(x) Been To The Opposite Side Of The World: US tu bukan opposite ke?
(x) Swam In The Ocean: Ni pun masa kecik selalu la..tapi sekarang jangan harap. Sesungguhnya aku tak suka mandi laut pun, meleket la!!
(x) Felt Like You Were Dying: Masa pregnant, masa nak beranak. Ni kalau anak2 aku tak reti nak kenang jasa ibu depa, memang la!!

Level 15
(x) Cried Yourself To Sleep :Oh selalu la. Ni la kekadang nasib badan dapat suami yang blur hal hati dan perasaan isteri. Suami yang blur ke, isteri yang ngada2. Ah lantak la...yang penting akhirnya En. R akan pujuk juga, walaupun aku dah bengkak mata nangis 3-4 malam.
(x) Played Cops And Robbers :Ala, sapa yang tak pernah main polis sentri time kecik2. Selalunya aku mesti menang, tak kisah la jadi polis ke, jadi sentri. Sentri tu apa? Hahahaha..
(x) Recently Colored With Crayons / Colored Pencils / Markers: Ada anak2 yang sangat suka mewarna dan melukis ni, semestinya aku selalu join jugak. Apa tunggang langgang la ayat BM aku..fail!
(x) Sang Karaoke :Woooo...ini sudah menjadi keminatan aku ngan En. R yang terbaru. Ni kes nak lepaskan tensen...aku ajak2 ayam je pi karaoke, sekali dia ajak betul2. Tapi pi ngan ofismate dia, so aku kontrol2 jugak la...next time kita berdua je bang...all out kay, duet sakan.
(x) Paid For A Meal With Only Coins: Ni pernah gak, time student. Tapi setakat bayar untuk roti canai ah...RM2.50 je kot. Duit syiling pun pakai 50 sen punya, takde ah mamak tu terasa nak curah kuah dal atas kepala aku.

Level 16
(x) Done Something You Told Yourself You Wouldn’t :Ahhh...ini pun pernah. Tapi sebab melibatkan maruah seseorang yang lain..hehehe..baik takyah story di sini.
(x) Made a Prank Phone Call: Ni pun keje giller time sekolah. Sekolah rendah lak tu..aku rasa antara crime partners aku Sal ngan Zu. Hehehehe...sapa mangsa, aku tak berapa ingat.
(x) Laughed Until Some Kind Of Beverage Came Out Of Your Nose: Ini pun kes x senonoh sapa yang buat lawak bodoh sampai aku tak cas cun sebegini.
( ) Kissed In The Rain

Level 17
(x) Written A Letter To Santa Claus: Ni time aku sekolah kat UK dulu, cikgu suruh semua orang tulis surat kat Santa Claus. Time tu aku baru 4-5 tahun, sapa kejadah mamat santa tu pun aku tak tau. Sekali member kelas bagitau, ni mamat bleh bagi hadiah, bagi semua benda yang kita minta. Aku pun tulis "Dear Santa, can you come take back my little brother?" Huahahahaha...
(x) Watched The Sun Set/ sun rise With Someone You Care/Cared About : Pernah tengok sunrise sekali ngan En. R, time tengah naik hot air ballon. Fuyoooo!! Hadiah hari jadi masa kat Uni dulu. Itu baru time berchenta...time dah kawin ni...takde lak hadiah2 fuyo macam tu.
(x) Blown Bubbles: aktiviti kegemaran aku ngan Daria sekarang ni
( ) Made A Bonfire On The Beach or anywhere

Level 18
( ) Crashed A Party
(x) Have Traveled More Than 5 Days With A Car Full Of People: Time cuti travelling ngan member2 satu US. Ok la, takde la satu US tapi kira dari utara ke selatan la.
(x) Gone Rollerskating / Blading: Ni pun keje ikut trend. Dan sesungguhnya aku memang tak terra langsung main rollerblade tu. Berapa kali jatuh tersembam bontot...time tu cuak jugak, takut hilang virgin. Haahaha..
( ) Had A Wish Come True
( ) Been Humped By A Monkey

Level 19
( ) Worn Pearls
( ) Jumped Off A Bridge
( ) Swore at the teacher, in front of them
( ) Swam With Dolphins: Ni pernah, kat Bahamas ngan En. R dulu. Best!!

Level 20
( ) Got Your Tongue Stuck To A Pole/Freezer/ice Cube
( ) Kissed A Fish
(x) Worn The Opposite Sex’s Clothes : Baju T shirt En. R selalu kena sauk jadi baju basahan aku. Padahal letih member kumpul beli kat Hard Rock satu US...hehehe.
( )Sat On A Roof Top :

Level 21
(x) Screamed At The Top Of Your Lungs :Time tensen exam. Time gaduh ngan En. R. Time nak beranak (kecuali Dina...time tu aku tengah high laughing gas)
( ) Done / Attempted A One-Handed Cartwheel
( ) Talked On The Phone For More Than 6 Hours
( ) Recently stayed up for a while talking to someone you care about

Level 22
( ) Picked And Ate An Apple Right Off The Tree
(x) Climbed A Tree :Dulu kat kampung ayah aku ada pokok mata kucing. Aku pun tunjuk jaguh, panjat nak ambikkan buah dia. Sekali tak tau nak turun...sadis je semua orang tinggalkan aku atas pokok tu. Menjerit tak ingat aku kat atas tu sebab time tuuuuu la aku teringat cite ayah aku kena kejar pontianak kat kampung tu.
( ) Had/Been In A Tree House.
(x) Been scared To Watch Scary Movies Alone: Lepas tengok Blair Witch dulu ah...time tu housemates aku takde plak..aku tak pedulik, terus ajak bebudak boys tido rumah aku. Depa semua longgok tido kat hall...aku siap masak lagi, nak pujuk depa teman aku kat rumah. Sekali depa pun ngaku, depa pun takut nak balik bilik memasing dek cite bodo tu. Hampeh!

Level 23
(x) Believed in Ghosts :Sesungguhnya aku takmo jumpa..tapi aku percaya. Sebab aku rasa aku pernah terserempak cuma (alhamdulillah) seperti biasa, otak aku lambat kompiut sket.
( ) Have had More Then 30 Pairs Of Shoes
( ) Gone Streaking
( ) Visited Jail

Level 24
( ) Played Chicken
( ) Been Pushed into a pool with all your clothes on
( ) Been Told You’re Hot By A Complete Stranger
( ) Broken A Bone :
(x) Been Easily Amused: Sesungguhnya bila anak2 aku buat lawak sket, aku dah ketawa dekah2. Easily amused la tu...

Level 25
( ) Caught A Fish Then Ate It Later
( ) Made A Porn Video/got asked to make one
(x) Caught A Butterfly :Pernah. Lepas tu simpan dalam jar. Sibuk la tutp ngan plastik, lepas tu tebuk lubang bagi udara masuk. Esok pagi tengok dia kiok jugak. Pembunuh rupanya aku ni..isy.
(x) Laughed So Hard You Cried: Ni selalu la..nak2 time jumpa member2 giller aku macam Noresh, Liza, Lin, Zai, Akish. Korang ni...lawak antarabangsa betul la..
(x) Cried So Hard You Laughed: Ni pun pernah. Apa hal ntah, tak ingat.

Level 26
( ) Mooned/Flashed Someone
( ) Had Someone Moon/Flash You :
(x) Cheated On A Test: Tipu la aku cakap kalau tak pernah buat. Tapi tak ingat lak bile dan utk test apa. Personaliti test kot..hehehe..
(x) Forgotten Someone’s Name :Oh sesungguhnya ni penyakit aku, tak pernah nak ingat nama orang. Bukan tak cuba...dah buat dah semua benda tu...repeat the person's name after they've told you...memang la, 10 minit lepas tu terus dah padam dari memori...selalu bila jumpa orang..panggil awak awak je..eeee, macam budak darjah 2.
(x) French Braided Someones Hair: Anak2 aku la jadi mangsa. Ada gambar dia..hahah..nanti aku carik.
( ) Gone Skinny Dipping
( ) Been Kicked Out Of Your House
(x) Tried to hurt yourself: Ni time gaduh besar ngan En. R..memang sadis ah aku time tu. Tapi takde la sampai nak kelar tangan...itu dah takde pedoman punya orang.

Level 27
(x) Rode A Roller Coaster: Sesungguhnya aku sangat suka naik rollercoaster. Tapi sejak menjadi ibu, aku dah lama tak naik. Ye ah...orang lain semua naik, aku kena tunggu anak kat tepi. Hampes..
( ) Went Scuba-Diving/Snorkeling
(x) Had A Cavity; Kan aku dah cakap, gigi aku time kecik2 tak senonoh!
( ) Black-Mailed Someone
( ) Been Black Mailed

Level 28
(x) Been Used: Ni selalu. Dek adik2. Dek kawan2. Selalu. Tapi aku ni je yang macam tak serik2.
(x) Fell Going Up The Stairs: Ni pun pernah. Tersungkur terpijak kain sendiri. Lepas tu dagu berdentum kena anak tangga...tak ke terasa macam nak putus lidah aku kena gigi.
( ) Licked A Cat
(x) Bitten Someone : Selalu pipi anak2 aku jugak la yang kena
(x) Licked Someone: Errr...ni hal suami isteri. Takleh cite sini...muahahaha.

Level 29
( ) Been shot at/or at gunpoint
( ) Had sex in the rain
( ) Flattened someones tires
(x) Rode your car/truck until the gas light came on: Ni selalu. Kalau ibu aku, dah cuak mencanak2 dah ni. Dok la cakap, cepat isi, nanti kereta meletop. Tak paham, kalau minyak dah takde, camne nak meletop? Kalau ayah aku, time blinking2 tu, relek je...ala, ni sampai ke Melaka pun bleh lagi ni.
(x) Got five dollars or less worth of gas: Ni pun kes hina duit aku ngam2 je. Dah le sebelum tu aku bayar duit tol x cukup. Bleh ke?

3 comments:

hinorei said...

oittt...berhenti sat jantung aku baca bab awal2 tu..hahaha
i still have the urge..once in awhile. semua salah ko :p

and it's centennial park :) tempat jatuh rollerblade lagi dikenang..inikan pula tempat jatuh chenta dgn mamat hippie..wakaka

Along said...

Hinorei: Hahahah...sama la aku..tapi so far bejaya padamkan the urge with coklat...lots and lots of coklat...heheh..
oya..centennial park...mamat hippie? sapakah?!!

ZMJ said...

very entertaining Long...:)