CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Lilypie - Fourth Birthday

Lilypie - Kids Birthday

Lilypie - Kids Birthday

Wednesday, January 05, 2011

Was One of Those Days

Semalam ari 1st aku start balik keje setelah seminggu lebih bercuti. Cuti paksa, kompeni tadak duit nak bayar duit letrik…bleh? Muahahahaha…jangan buat hal Long, kompeni ni jugak yg tanggung ko belajar pi US semua dulu. Kot bangkrap, ko jugak yg dok rumah tatap siling 24 jam. Heh.

Since aku dah cuti lama, si Daria pun dah macam naik lemak, dah sedap aku ada kat rumah layan dia. Memang sejak dia sakit aritu, aku manjakan dia lebih2. Sikit2 dukung, sikit2 cium. Semua benda dia nak, aku layan. So semalam bila aku nak pi keje, dia dah start enjin nangis sekuat hati. Aku pun dok la kejap layan dia (padahal memang hati tengah berat nak pi keje pun), bawak pi tengok kucing kat belakang rumah, layan playhousedisney kejap, then aku soh maid aku mai ambik dia so aku bleh pi keje. Time aku start enjin kete, aku dah dengar dia menjerit balik. Baru sedar dirinya ditipu agaknya. Alahai, syahdu lak aku tetiba.

Tapi aku rasa agak bala jugak aku dok buat anak aku macam tu sebab 2 kali aku kena patah balik ke rumah lepas tu. 1st, sebab aku tertinggal pastag. 2nd time, aku tertinggal hp lak. Yiiissshhhh!! Aku dah la lambat, lagiiii nak buat2 aku lambat lak. Dah lambat tu, takyah la nak ikut jalan pintas elak tol..harusla kita lalu jalan cepat yang bertol supaya dapat membayar gaji2 manusia2 yg keje tol ni. Dah masuk hiway, tetiba dapat call…dari bank. Alamak, CC dah overdue!! Minah bank tu kata kalau aku bank in duit/cek sebelum kul 9am, depa tak caj late charges.

Berdesap aku pecut pi bank, sib baik la aku dok bawak cek book aku. Kat bank lak, ko paham2 je la…kereta berjuta, parking punya la susah. Dah 2 kali aku round carik parking, last2 aku parking tepi jalan tempat motosikal. Asalkan tak halang jalan…lagi pun nak deposit cek je. Paling lama 10 minit.

Dah nasib aku aritu, tengah2 aku beratur nak deposit cek, mai la satu kereta polis ni, berenti betul2 sebelah kereta aku. Aku dah cuak dah time tu…jangan la ko saman lak kete aku. Aku dah serba salah, nak kluar pi alih kereta dulu ke or tunggu kejap. Apek depan aku ni plak tengah terkial2 tekan no akaun, dari tadi asyik salah je. Aku tawakal, lagipun dah 10 minit aku beratur…belakang aku ada 3 orang lagi. Kot aku pi alih kete, mau dah kul 10am baru aku dapat deposit cek…dah kena caj dah pun. Sambil2 tu, aku dok baca ayat pelembut hati ke arah polis tu…hahaha. Aku tengok sorang polis kluar kereta, sorang lagi dok kat tempat drebar. Yg mamat yg kluar tu, jalan pi tengok kete2 kat depan2 tu dulu. Cepat2 aku depositkan cek lepas tu meluru kluar bank ke kereta. Sungguh tak ayu cara aku berlari ngan baju kurung, tangan terkial2 carik kunci kereta dalam beg..isy.

Yang best tu, aku dah masuk kereta nak belah la kan…si mamat polis dalam kereta tu buat tak tauuuuuu je. Aku beria la signal, reverse kereta, ke depankan kereta, reverse balik, ke depan balik…konon nak selit kluar la belakang kereta polis tu. Sekali tak muat ko, walaupun aku bawak kereta myviku yg dah comel balik. Last2 aku tawakal…aku honkan polis tu. Sajaaaaaa je dia buat tak tau lagi. Aku dah start panas dah…kang kot aku dah kluar kereta, ketuk cermin tingkap polis ni, ada korang baca dalam paper alkisah pompuan mengamuk angkat kereta polis campak masuk longkang (pergh…time2 tu jugak aku jadi Incredible Hulk!!). Aku pun hon la lagi sekali..sambil2 tu, angkat la tangan tanda hormat (konon). Still dia buat tak tau. Aku ingat nak jadi polis kena mata and pendengaran 20/20, rupanya orang buta ngan pekak pun bleh apply yer? Bagus la…lepas tu soh depa bawak kete polis lak.

Last2 aku geram, aku kluarkan hp, ambik gambar kereta polis tu. Apa motif aku pun, aku tak tau…konon nampak ganas la. Tapiiiiii, berjaya ko!! Agak polis tu perasan aku dok snap gambar dia (gambar bontot kereta sebenarnya), dia terus gerakkan kereta dia ke depan sket. Sket je..tapi cukup la untuk aku selit kluar.

Dah habis hal cek ngan polis biol tu, aku pun gerak ke ofis. Dah parking semua, tengah jalan ke ofis, aku rasa macam something x betul.

Lahaulawalakuwataillah…tumit kasut aku lak buat hal!! Dua2 nak tercabut dah. Binawe betul la. Sib baik la sebelah ofis aku ada kedai cobbler, singgah kejap betulkan kasut. Minah kat situ tanya aku, bleh tinggalkan kasut tak, petang nanti ambik balik? Aku cakap, takleh…aku ada sepasang je, camne aku nak menapak pi ofis nanti? Dia offer la aku kasut2 spare yang ada kat sedai dia. Sedih ko…satu2 aku cuba kasut2 tu, yang muat hanya la sepasang capal jantan!! Uwaaaaa…gedabaknya kaki aku!! Last2, nak tak nak, aku kena dok tunggu minah tu betulkan kasut aku. Ada dekat ½ jam jugak la aku dok kat kedai tu, sambil layan siaran radio cina.

Dah betulkan kasut, aku pun terus pi ATM bank Islam, nak kluarkan duit sebab nak kena masukkan ke akaun MBB aku. Cek yang aku deposit tadi cek MBB, kang kalau cek bounce…mampos. Lagi banyak charges aku kena kang. Sib baik deposit cash machine kat ofis aku jalan..selalunya offline. Memula aku tengok ada sorang mamat ni tengah deposit duit, aku pun pi la beratur belakang dia. Tetiba sorang amoi ni mai…rupanya dia sampai dulu, tapi dia lepak duduk kat sofa belakang kejap. Sebab aku ni mulia hati (heh!), aku pun bagi la dia deposit cash dulu. Hambik ko, sampai 20 minit dia bolot mesin tu!!! Aku rasa dia nak deposit duit untuk bayar something kot, sebab bersungguh2 dia dok cuba again and again and again untuk masukkan duit tu. Tapiiiiiii, ko gunala common sense…kalau dah 20 kali ko masukkan duit tu, asyik kena reject je…mesti la duit ko something wrong. Ko bagi la orang belakang ko jalan dulu ke…ko pi guna mesin lain ke…ko pi kluarkan duit lain ke. Ini tak..dia dok cuba again and again and again. Sampai aku dok bagi hint2 kat dia. “Kat KL sentral ada mesin gak.” “Duit tu duit lama kot (sib baik tak cakap palsu..heh).” “Dah 20 minit dah ni” (ini menjawab persoalan mamat yang beratur belakang aku..hahaha). Last2 minah tu pun give up and terus belah camtu. Takde nak cakap sori ke, apa ke…dengan hentak2 kaki, dia belah je. Tapi sempat aku sampaikan ucapan “Idiot!!” ke arah dia…tak tau la dengar ke tidak.

Last2, dah nak kul 1030am, baru aku masuk ofis. Mak ai…sib baik la bos aku still cuti. Aku pun takde meeting. Tapi letih la for the 1st day.

5 comments:

_zehan_ said...

hahahahha... patut lah muka mandom je semlm... rupanye, byk btol keje yg ko buat / event yg occur pepagi semlm ye... ish ish ish...
lenkali cuba first day tuh, bwk bfast utk rakan sekerja, mesti berkat... hua hua hua..

Aapitz said...

waahhh, mmg sgt wat a day..!

Tak sampai half a day, sudah mencabar tahap kesabaran dan keimanan shoot up to 200%....

Kudos to along....berjaya gak sampai ke opis... Penuh onak dan liku2 btol yang harus ditempuhi...hehehhee :)

Along said...

Zehan: Apa lak..ari 1st aku masuk keje, ko manade. Ni Selasa la..selasa. Takpe..lain kali aku bwk sorang satu karipap utk breakfast...walaupun aku tak tau apa kaitannya ngan keberkatan hari aku.

Apit: Itula..kot ikutkan, mau je berpatah balik ke rumah, naik atas katil tido. Hehehehe...sabar, sabar..

NORA ANSHAR said...

ko dah kena mandom murphy's law nih... wakakkaka

Anonymous said...

Along,

aku tgk kat paper mana tah, kosmo kot, pasal caterer melaka yg ko anti tu.. kena saman/bayo ganti rugi kat client sbb makanan basi & tak cukup.. sinonim betul dgn cerita ko :)

-iym-