Hari ni aku start puasa enam. Ni tengah sahur la ni...roti 2 keping, ngan milo panas secawan. Cukup ke? Hehehehe..puasa bulan lain tak sama ngan puasa Ramadhan. Time Ramadhan, dek semua orag puasa, kita tak terasa pun lapar ke dahaga. Time bulan lain, orang lain sebut roti krim pun bleh terliur. Pandang iklan makanan dalam suratkhabar pun dah satu dugaan besar. Hehehee...insya'allah...moga berjaya puasa enam aku tahun ni.
1. Sebab puasa qada' tu wajib while puasa enam tu sunat. Maka, tak elok la kita gabungkan ibadat yang wajib dengan yang sunat, especially kalau kita mampu untuk berpuasa dari segi kesihatan dan sebagainya. Kalau puasa kita bleh gabungkan yang wajib and sunat, tidak mustahil ada individu yang bagi alasan untuk menggabungkan solat wajib ngan solat sunat. Yang kita tau, memang takleh la.
2. Aisyah RA pun ada menyebut "kewajiban ke atasku untuk berpuasa qada' daripada puasa Ramadhan, tidaklah aku menggantinya sehingga sampai Syaaban." Meaning time bulan Syawal, Aisyah berpuasa dengan niat berpuasa sunat enam sahaja, tidak digabungkan ngan puasa qada'. Dah masuk bulan Syaaban, baru la start puasa qada'. Kalau Aisyah RA buat macam tu, rasanya itu la cara yang lebih afdhal, bukan?
3. Amalan wajib (qada') memerlukan niat yang "jazam" (tepat dan pasti). Kalau kita niat dengan menggabungkan puasa sunat, boleh merosakkan niat yang wajib itu.
4. Tiada dalil khusus yang menyebut Rasulullah SAW atau sahabat/keluarga Baginda melakukan gabungan puasa wajib dan sunat. Kalau Rasulullah tak melakukannya atau menyeru untuk melakukannya, maybe sebab ia bukan cara yang terbaik.
Ada banyak lagi la hujah2 dalam artikel ni kenapa puasa enam tidak patut digabungkan dengan puasa qada'. For me, yang tahun2 lepas tu, aku anggap sebab niat asalnya untuk puasa qada', kalau Allah terima niat puasa enam tu sekali, alhamdulillah. Kalau tidak, semoga diterima niat dan amalan puasa qada' tu je la. Tahun ni, insya'allah, aku buat dulu puasa enam....then dah selesai, baru start puasa qada' pulak. Kalau buat Isnin Khamis, Isnin Khamis, kejap je selesai ganti....ye tak?
5 comments:
thanks for sharing long!
nad kena ganti puasa awal sket tahun ni..taknak last min cam selalu :)
hari tu aku tonton "Tanya Ustaz" do TV9..dia bagilah ke 3-3 version (1. gabung qada n puasa 6, 2.buat qada dulu, baru puasa 6, 3. buat 6 dulu, baru qada). Dia kata yg paling afdal no 2, mendahulukan yg wajib. Tapi dia tak kata yg lain tu salah. Cuma aku kira, aku kena qada 8 hari + puasa sunat 6 hari = 14 hari. So aku dah puasa qada 2 hari. Tapi aku rasa if aku puasa qada dulu, maunya aku tak sempat nak sampai ke puasa 6 tu sebab aku belum period. So mungkin lepas ni, start tomorrow, aku start puasa 6 dulu.
Nad: happy to share. Itula, Along pun nak ganti puasa cepat2. lagi lambat...lagi liat nanti.
Zai: Itula..kalau ikut artikel ni, memang elok kita dahulukan yg wajib (qada'). Tapi takut nanti tak sempat nak buat puasa enam sebab ye la...ngan datang period lagi, ada jemputan open house semua...jadi aku pun dahulukan puasa enam dulu. Masuk Syaaban nanti, aku start puasa qada' lak.
Salam...
Sekadar ingin berkongsi... Saya ada terbaca buku yang pendapatnya lebih kurang dgn sdr Zai yang berpendapat semua boleh diamalkan cuma yang afdal adalah utamakan Qadha kerana mengikut hadith (saya tak ingat detail.. nanti cuba cari dan sebut dalam blog) sesiapa yang berpuasa penuh Ramadhan dan berpuasa sunat 6 dalam Syawal seperti puasa sepanjang tahun.
Jadi, pada kefahaman saya, kalau belum Qadha, maknanya puasa Ramadhan belum penuh lagi.. Jadi saya tahun nih gabungkan Qadha dan sunat sebab puasa Qadha dah 7 hari, takut tak sempat lak puasa 6 kalau asing2. Buku tu pun kata, kalau buat puasa 6 dahulu pun tidak salah, tapi tidaklah sama sebab puasa Ramadhan belum penuh.
Wallahua'lam. Kalau ada tersilap sebut, itu kesilapan saya secara peribadi. :)
Topik yang bagus untuk wanita dalam Syawal nih...
Ummu: Hmm..ada betul jugak ur statement. Cuma macam Zai bagitau...kekadang bilangan puasa qada' tu banyak, jadi takut x sempat puasa enam.
Post a Comment