CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Lilypie - Fourth Birthday

Lilypie - Kids Birthday

Lilypie - Kids Birthday

Tuesday, April 27, 2010

Wa Ai Ni

Semalam aku sakit belakang, sakit tulang belikat, sakit leher. Satu hari takde mood. Nak makan takde mood, nak buat keje lagi la. So aku pun layan CD cite Di Pinggir Hati, budak ofis bagi tengok. 5 episod je pun, so start time lunch, aku layan satu demi satu CD. Sambil tu sebelah screen bukak email. Takde la nampak sangat melanguk, ye tak.


Memula aku macam, alahai, apa punya cite la ni…dialog macam biasa, fail. Aksi heroin dia pun macam gedik je memula. Tapi bab bila hero cite dia keluar, aku macam take notice lak.

Ok, nak bagi synopsis sket. Heroin dia nama Rina, gadis Singapore. Hero dia nama Ma Weng, jejaka China (Harbin). Cerita dia typical met in the internet, jatuh cintan..bla, bla, bla…dan add in the usual gangguan keluarga, hal keje, macam2 lagi la.

Yang buat aku stay tengok cite ni sampai habis is the hero. Sebijik…sebijik macam x-bf aku dulu. Muka tu lebih kurang la, ala2 jambu gitu tapi mannerism dia, gaya dia cakap, gaya dia pandang si heroin tu…sebijik macam x-bf aku!!

Yer, aku pernah ada bf berbangsa cina. Ni zaman sekolah menengah dulu. Asalnya kawan cina aku, si Jen (bukan Jennifer Aniston), yang minat mamat ni (nama dia Ship). Dah la, tiap kali nak pi jumpa Ship ni, dia heret aku. In other words, aku menjadi mak pacak kat situ. Tapi ok jugak sebab Ship selalu belanja aku minum sekali. Time tu aku pandai la oder fresh oren la, guava juice la…mauahahaha, ye ah, orang belanja…kalau kluar duit sendiri, aku minum ais kosong je la.

Then satu hari, si Jen (bukan Jennifer Aniston) soh aku hantar love letter dia kat Ship. Alahai, ok lagi sebab dapat upah coklat. Murahnya services aku. Aku pun pi la jumpa Ship ni, bagi letter. Ntah camne, aku end up berborak ngan dia. Maybe sebab aku takde perasaan ngan dia, dan dah anggap dia “off the market”, aku rasa sangat best berborak ngan dia. Macam2 topik kluar, merepek2 je.

Tapi lepas tu, si Ship ni asyik nak berborak ngan aku lak. Mujur la si Jen (bukan Jennifer Aniston) ni pun dia still layan, kalau tak, obvious sangat la. Tapi kita tau la kan, bila ada orang suka kat kita, pay attention sket, dia punya feeling tu semacam la.

Lama2 aku pun terasa macam best je kawan ngan Ship ni. Then ada satu hari tu, dia ajak aku pi minum tanpa Jen (bukan Jennifer Aniston). Aku pun orait je. Tengah borak2 tu, dia tanya aku, takde boyfriend ke. Aku dah cite dulu kan, time aku sekolah dulu, aku sangat2 la tak menariknya. Bukan nak kata sekarang cantik tertarik thebomb tapi zaman sekolah…eeee, aku pun geleng kepala kalau tengok gambar2 aku time tu. So aku pun geleng, mana la ada orang suka kat aku ni. Lepas tu Ship cakap, ada la orang yang suka.

Wah, time tu aku blur lagi tapi happy. Ye ke…ada orang suka kat aku?!! Sapa? Ship pun pegang tangan aku, renung dalam2 mata aku and then bagitau….Aku la.

Feewwwiittt!! 1st time tangan aku kena pegang laki, dah tu kena romantika macam tu. Terus aku panik. Eh, biar betul…bukan ko couple ngan Jen (bukan Jennifer Aniston) ke? Minah tu punya lawa, seksi lagi..apahal la ko minat kat aku lak. Macam2 la reasons yang dibagi oleh Ship; aku pandai buat lawak la, aku tak asyik nak melaram je (padahal memang tak reti), aku terror dalam kelas, aku tak sombong. Wah, macam best lak jadi aku. Muahahhaha. Tapi aku memang terharu sesangat time tu.

So start dari saat tu, aku ngan Ship pun berkepit la jugak. As expected hubungan aku ngan Jen (bukan Jennifer Aniston) jadi renggang, which aku terkilan sampai sekarang. Tapi aku rasa best giller dapat Chinese bf ni, memang best giller cara depa layan nak banding ngan bf melayu. Dia punya gentleman, cara dia cakap ngan kita, siap tenung mata…peh, cair wa cakap lu. Tak tau la Ship ni sorang yang macam tu ke, ataupun ada lelaki melayu jugak macam tu. Maybe ada. Tapi apa yang aku cite ni, semua based on experience aku.

Apa2 pun, relationship aku ngan Ship tak kekal lama. Time form 4, aku masuk asrama. Tau2 je la masuk asrama ni, ko nak terberak pun takde time, apa lagi nak tulis2 surat cinta tu. So we lost contact. Tapi memang aku terkenang la si Ship time tengok cite drama tu semalam. Tersenyum2 sendiri aku dibuatnya.

In conclusion, saya sangat love suami saya, En Rashid. Cik abang jangan risau, saya takkan terjun “Ship” kalau jumpa mamat ni lagi pun. Muahahahaha…

6 comments:

theotheraj said...

the ship had sunk

ZMJ said...

Bestnya Long love story kau..kot kau terserempak dgn ship nowadays, rasanya kau kenal lagi ke? zai

Along said...

TOAJ: Sunk? Like Leo in the Titanic? Maybe. Heee...

ZMJ: Hmm...tak kot. Even now muka dia aku ingat2 lupa. Cuma feeling tu je yg kekal...cewah!!

Aapitz said...

adoi laaa...lawak laaa ko nie..!!

Ok laaa, citer ko nie, bleh buat drama laaa jugak kan...hehhehehe

And btw, biler ko tulis Melayu, sgt lawak lerr ayat tuh...aku ketawa besar sensorang kat sini...hhahahhaaa

NORA ANSHAR said...

'you jump, i jump'?? muahahahhaha...

apasal aku tak penah tau pun pasal 'ship' nih?

masa awal2 aku baca tu, aku ingat ko dok refer pada mamat lagi sorang yg ko head over heels tuh hihihi...

syok jugak kadang2 layan kisah lama ni. janji tak ter'sink' sudah...

Along said...

Aapitz: Macam drama ke? Hehehe..itu la, layan drama, terkenang drama hidup sendiri.

Noresh: Ni zaman aku sekolah menengah dulu..aku x pernah cite ke hal bf cina aku? Hmm..pasal mamat lagi sorang tu? Hehehehe...itu lain kali la cerita..aku kena tengok drama alkisah orang syok sendiri dulu...muahahahah