CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Lilypie - Fourth Birthday

Lilypie - Kids Birthday

Lilypie - Kids Birthday

Monday, April 12, 2010

Lagi Lagi Kes Buang Anak

Hari ni aku bukak paper, ada lagi cite buang bayi.Ya Allah…aku dah muak..muak..muak..ngan cite ni!! Tak habis2. Apesal la manusia ni?

Hari tu aku baca entry Green Apple pasal benda ni (Entry Kecik Kecik Takmo Mampos). Ada lak manusia yang bleh defend si “ibu” (aku letak dalam quotes sebab pada aku dia TAK LAYAK dapat gelaran tu!) yang membuang bayi. Kononnya kita tak tau, apa sebab dia buang…maybe dia kena rogol, maybe boyfriend dia takmo bertanggungjawab.

Masya Allah…aku rasa Green Apple pun puas la tulis lagi entry mengexplain maksud dia bila dia bang pompuan2 ni.

Aku pun in the same boat as GA. Maybe aku tak paham la or tak tahu perasaan camne kena rogol or kena tinggalkan dek boyfriend lepas dibuntingkan. Tapi aku tau perasaan camne ada baby dalam perut kita. 1st time terasa dia menendang, 1st time rasa dia berpusing. Aku still bleh ingat sampai sekarang. Lepas tu peritnya nak kluarkan dia…and rasa syukur dan gembira tak terhingga bila dah selesai. Semua tu still vivid dalam ingatan aku.

So aku memang tak paham kenapa ada sanggup betina (sori ye, sebab perangai pun macam binatang) yang buang baby dia lepas dah 9 bulan ko kandung dalam badan, dah separuh nyawa ko terbang nak kluarkan dia…boleh ko balut dia ngan suratkhabar lepas tu campak dalam tong sampah? SANGGUP???!! Kalau takdir budak tu lahir2 dah stillborn, satu hal la…tapi kalau lahir ngan sempurna..ko tak kesian ke dengar tangisan budak tu? Apa jiwa ko dah betul2 mati ke?!!

Aku takmo judge pompuan yang mengandung anak luar nikah. Bukan tempat aku untuk judge. Tapi memang tempat aku untuk memaki hamun, sumpah seranah pompuan yang membuang bayi mereka di tempat sampah, sampai kena hurung dek semut, sampai jadi makanan anjing. Sebabnya dosa ko ngandung anak haram tu satu hal la, ko pi tambah ngan dosa membunuh lak!!

Kalau betul ko taknak anak tu, ramai…I repeat ramai yang nakkan baby tu. Sekarang ni pun kerajaan dah sediakan macam pusat kebajikan untuk pompuan2 “teraniaya” macam ni. Ko cakap je, semua benda tersedia. Ubat2 semua dia bagi, kalau tak silap check up pun free.


Mungkin ada yang nak bagi reason, nak tutup malu keluarga. Ooooo, time ni pandai lak ko malu. Time kangkang kaki depan jantan tu, ko tak tahu malu. Shy2 cat like that.

Aku ada 3 anak pompuan, ok, jangan pikir aku tak risau kalau benda ni berlaku kat anak2 aku. Nauzubillah, mintak jauh la, mau aku menangis 10 baldi. Tapi…apa2 pun, aku akan tetap terima anak aku tu, akan tetap terima baby tu. Malu pada masyarakat tu, memang la. Tapi aku pikir, biar la aku malu pada manusia dari aku malu pada Allah esok hari.

So kepada pompuan2 kat luar sana yang tengah ngandungkan anak haram, pikir2 la sebelum ko buang anak tu. Apa la dosa budak kecik tu, bukan dia mintak dilahirkan dalam keadaan macam tu. Do the right thing, hantar la baby tu kepada hospital ke, ke rumah kebajikan ke. Ada orang yang akan menolong. Kepada yang kena rogol tu, still, pikir camni la. Anak tu actually rahmat buat ko. Benda paling dikeji dah terjadi pada ko, tapi Allah balas ngan bagi ko benda paling indah sebenarnya. Dan pahala yang ko dapat kalau bela anak tu cukup2…insya’allah, terjamin la tiket ko masuk syurga.

Please la…aku dah takmo baca lagi hal buang anak ni. No more!

Ps: Sapa takmo baby lelaki dia, bagi kat aku. Aku bleh bela…didik sampai jadi angkasawan Malaysia terbaru.

5 comments:

theotheraj said...

nak pinjam anak2 aku?

dah tak baby la tapinya.. but senang, mandi berak kencing semua sendiri boleh buat hahaha

aku baca gak GA nye posting tu. commenter tu missing the trees from the forest (ke terbalik aku sebut ni)

Along said...

TOAJ: Anak2 ko dah past due date...hahahah...lagipun kuat makan, jenuh bibik aku nak kena masak je. Muahahaha...

Missing tress from the forest? Pergh...power english 1119 habis!!

theotheraj said...

boleh teman bibik ko yg slim tu haha

lah ko tak tau ke, aku memang score exam 1119? hahaha

J.A.D said...

mmg ada baca entry GA tu. Klu pun baby tu lahir stillborn apalah salah ltk mayat kt tpt yg ada dignity so that org blh tlg kebumi. Jgn la pi sumbat masuk tong sampah, lubang jamban, blakang pokok bunga. Maybe panik kot. Kdg2 budak2 lagi yg branak tu. Otak singkat.

Along said...

TOAJ: Bibik aku dah cukup keje..takde masa nak layan anak2 ko lagi. Hahhaha..

JAD: Panik? Itu bukan alasan. Rasanya memang dah nawaitu dia nak bunuh baby tu then sumbat la mana2. Memang most of these cases budak2...tu yang aku risau..blum cukup umur/akal, dah pandai nak romen, ngandung, beranak semua.