CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, February 13, 2010

Blog Tag On My Spouse

Walaupun hari ni Sabtu, tapi sebagai pekerja yang dedicated nak mampos, aku kena pi keje. Sib baik kat ofis Cyber, takde la jauh sangat. Sementara aku tunggu bebudak technical ni sampai siap pasangkan benda2 yang nak soh aku testing (kata nak start kul 9...ni dah kul berapa?!! Aku hempuk kepala sekor2 kang...sia2 aku bangun awal!!), aku layan blog tag dari kak Dila ni kejap.

Ahhhh..mesti korang tau aku nak buat blog tag sebab berbahasa ibunda kan? OK, kita mulakan sekarang.

Kejap..baca balik soklan2 dia. Kejap...nak copy paste sket.

Ok, sekarang kita mula balik.

1. Where did you first meet your hubby/other half and when was it?
Masa tu kita orang tengah English course kat UiTM KL. Tahun 1994. En Rashid ni join scholar group kitaorg lambat. Agaknya dia dapat masuk sebab ada orang lain reject scholarship Kompeni kot. Muahahaha, cam bagus je aku bleh kutuk dia. Padahal result SPM dia lagi perfect dari aku.

2. Was it love at first sight?
Muahahahahaaa. Keji tak cara aku gelak? Bukan apa, aku dok terkenang la hubby masa kitaorg baru2 jumpa dulu. Langsung aku tak berkenan ngan dia. Pada aku time tu, dia sungguh the budak kampung. Cakap English pun broken nak mampos. Lagipun En Rashid, dia jenis tak geng budak pompuan. Konon macam jual mahal la tu, terlalu macho. Piiirraaahhh!!

3. Who was he/she when you met him/her for the very first time?
Scholarmate. Setakat itu saja perhubungan kami. Bleh kata for the 1st year kitaorg kenal, tak pernah bertegur sapa. Tak sama klik la katakan.

4. How long did it take him/her to ask you out on a date?
Time belajar A level kat Malaysia, bleh katakan aku ngan En Rashid takde la interaction sangat. Kitaorang dah pi US baru start kenal. Kalau pikir2kan balik, aku pun tak ingat sapa yang approach sapa. Alih2 je kitaorang asyik berkepit pi mana2. Time tu ambik summer classes, satu je pun kelasnya. Jadi banyak masa la nak pi tengok wayang la, merewang pi factory outlets la.

5. The venue of your first date?
Oooo...Knoxville, kalau tak silap. Yang pasti kat situ tempat En Rashid ajak aku steady. Oh, kalau nak aku cite balik camne dia berpuisi, berpantun, berpidato mengajak aku menjadi teman wanitanya (muahahahah), itu dah jadi satu blog post yang lain dah.

6. How did he/she proposed?
Arghhh...kalau aku ingat balik cara En Rashid ajak aku kawin, mau aku nangis sepuloh baldi. Korang nak tau camne dia ajak aku kawin?!! His exact words..."Fine!! Kalau susah sangat, kita kawin je lah!!!"
Yerrr, tuan2 dan puan2. Dia ajak aku kawin time kitaorg tengah gaduh besar!! Takde flowers, takde "go down on one knee", takde candlelight dinner...yang ada bertekak, bergaduh dalam kete...last2 dia hantar aku balik, aku terus bagitau ibu aku...Rashid dah ajak kawin!!

7. Recollect a Special Date with your hubby/other half.
Oooo, dah couple since 1996, banyak sangat la special datesnya. But I think yang aku paling suka dan teruja kalau ingat balik, ialah trip kitaorang pi Paris dulu. Sangat2 best dan romantik. Nak pergi lagiiii!!!

8. Any changes that he/she asked you to make?
Jangan suka sangat merajuk. Tapi dah nama pun pompuan, tak sempurna la kalau tak merajuk sekali sekala. Tapi En Rashid tak suka sebab dia tak reti pujuk. Jadi bleh la jadi perang dingin berhari2 lamanya kalau aku merajuk dan mamat ni buat derrrkkkk jer.

9. What is it about him/her that you love so much?
Disebabkan En Rashid ni tak reti langsung nak tunjukkan PDA, bila sekali sekala dia sneek a kiss or belai aku in public, aku rasa terawang2 jer. See, bukan susah nak make aku happy, ok?? Aku bukan mintak berlian pelbagai. Tapi ngan anak2, En Rashid memang affectionate habis. Tak habis2 peluk, cium...aku suka tengok.

10. What would you like to change about him/her?
Bleh tak belajar bersin dengan perlahan sket?!! Bingit telinga orang tau bila En Rashid ni bersin, satu taman terkejut.

11. You will lose your mind and crack your head when he/she.....
tinggalkan baju kotor merata dalam rumah. Berapa kali nak cakap..letak dalam bakul, letak dalam bakul, letak dalam bakul!! Kekadang tu dia letak ATAS bakul. Sabarrrr je lah.

12. You will smile through your eyes the whole day when he/she..
hantar sms yang lovey dovey. Selalu dapat bila aku atau En Rashid outstation..ye la..jauh di mata, dekat di hati. Hehehe..tapi kena selalu outstation ke macam ni?

13.Complete this sentence, "My love towards my hubby/other half is as big as
gabungkan semua planet, bintang, bulan kat dunia ni pun tak bleh nak samakan ngan cintaku pada En Rashid. Cewah..sendiri terasa mau muntah baca statement tu...tapi itulah kenyataannya actually.

7 comments:

Anonymous said...

nice posting....

Aapitz said...

haahahahaaa...aku tgh gelak guling2 nie...klakar laaa korang nie..

Anyway...kalo en rashid baik sgt pon,ko boring gaks nanti..takder org ko nak merajuk dengan lelama and takder org ko bleh bebel2 pasal baju kotor letak atas bakul kan..hehhee

Wish you eternal happines with en rashid...happily ever after okay..

And happy valentines day..!!

dillazag said...

yeay dah buat dah!!! :)
lawak la korang ni..
saya suka posting ini.
moga berbahgia selamanya En Rashid dan Pn Along!!

Sal said...

Aku suka la post nie....ha ha ha

Asz said...

hehehe ... sweet! tp part ajak kawen mmg lawak ... :p

Along said...

ikut: TQ

Aapitz: Itu la..kalau laki baik sngt pun, boring jgk yer..sib baik en rashid ni x boring...hahahha..

dilla: tq..tq..hope all your doas come true..hehe, back at ya gal.

Sal: semoga terhibur..hehe

Asz: Thanks for dropping by. Yep, the part ajak kawin tu memang a story to tell the grandchildren...jgn bikin macam atok!!

J.A.D said...

seronok ni... nak buat gak la... hmm...