CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Lilypie - Fourth Birthday

Lilypie - Kids Birthday

Lilypie - Kids Birthday

Thursday, January 21, 2010

Eating Out At Sungai Duyong

Last weekend, the family went back to my in laws. Biasa la, dah dalam kontrak tak bertulis sejak kawin, mesti balik kg En rashid setiap bulan. Setiap bulan, okaaaayyy. Sib baik dekat je. Keeeee sebab dekat kena balik setiap bulan? Hmmmm...

Anyhow, kali ni kita orang berjaya makan luar. Siap angkut my MIL lagi. Selalunya my MIL memang panyang la hal makan luar ni..membazir kata dia. Baik masak sendiri kat rumah. Tapi since ramai yang angkat tangan nak pi makan ikan bakar kat luar, dia pun pasrah je la..hehehe..ala mak, bukan selalu. Lagipun anak2 bayar...mak nganga je la. Hehehe..

Adik ipar aku cadang pi makan ikan bakar kat Sungai Duyong. Selama ni, kalau nak makan ikan bakar kat Melaka, selalu pi Umbai ke, Serkam ke. Rupanya tempat2 tu dah mahal...dan ramai sangat orang.

Kitaorang bertolak pi Sg Duyong lepas Maghrib. Sebab aku tak bawak bibik balik ke Melaka, terpaksa la angkut si kenit tu sekali. Sukaaanya dia, memalam bawak berjalan. Sabar je la.

Jangan tanya aku camne nak ke Sg Duyong tu. Dah la malam, aku ni kalau tak bawak kereta, fail sket nak cam jalan. Yang aku tau...pi straight, buat u turn, masuk jalan mana ntah...jumpa traffic light, ambik kiri..masuk jalan kecik...ada jambatan, ada sungai..dah sampai.

Hahahaha...

Tempat tu ok la, ada dua kedai sebenarnya. Kitaorg pi kedai yang kedua sebab kurang sket orangnya. Sebab agak ramai jugak yang nak mecekik darah, kitaorang oder ikan jenak (betul ke?) masak stim, ikan pari bakar, sotong masak tepung, udang masak kunyit, kepah masak sweet sour, sayur, ikan puyuh masak merah, nasi biasa ngan nasi lemak. Ambik ko!!

Tapi habis!! Si Dania punya la suka makan kepah, dok ratah tuuuu je. Si kenit pun makan ikan stim..tersengih2 je semua orang dok suap dia.

All in all, berbaloi jugak la makan situ. Bil around RM140, makan 7 dewasa, 3 kanak2 and 2 babies. Murah la jugak.

Next time, bleh pi lagi.

OK, picture time. Gambar ni Dania ambik. Tengok si kenit tu...center stage on the table. Baby chair ada, beria MIL aku letak sebelah dia. Silap la minah tu nak duduk...apa kelas dok kat tepi. Wa mau glamor atas meja....muahahaha.Ni Daria tak puas hati sebab akak ipar aku dok pegang dia tak bagi menyalar satu meja. Yang sebelah dia pakai baju biru, anak adik ipar aku. Yang mamat baju merah tu, anak akak ipar aku. Manjang kena marah ngan aku sebab selalu menjerit. Ye ah...orang duduk sebelah dia pun, menjerit macam kat taman sebelah. Tapi ngan aku je si Naqib ni dengar cite. Takyah aku cakap, aku jegilkan bijik mata pun, dah mencicit duduk elok2. Yang budak dua ekor tu, takyah introduce la. Sah2 tengok muka dah tau anak siapa.
Tengok tu, punya la suka dapat merayau memalam. Makin besar dah minah ni, dukung dah terasa dah. Tapi baik la dia, tak banyak kerenah bawak berjalan. Nanti pi HK nanti, Syazmin baik jugak ok.

Eh, gambar makanan takde? Ha'ah la...hehehe, sori, sibuk sangat melantak, dah habis baru teringat nak ambik gambar. Next time la yer...

1 comments:

J.A.D said...

kedai yg 1st tu pun ok gak. tapi manjang je ramai. ok la, ada alternative drpd umbai tu.