CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Lilypie - Fourth Birthday

Lilypie - Kids Birthday

Lilypie - Kids Birthday

Monday, January 11, 2010

AJL - Results

Sib baik aku sempat tengok ending/penyampaian hadiah AJL semalam. Sejak dua menjak ni, Daria asyik nangis je memalam. Nangis macam nampak hantu lak tu. Aku pun seriau je dengar dia nangis. Ntah ngigau ke, memang haus ke...dah macam2 cara nak cuba pujuk dia. Maybe sebab selsema ngan batuk dia belum betul2 baik kot, dia macam ni. Mintak2 la lepas ni, dia start ok balik. Aku dah tak larat dah tido dukung dia kat bahu...badan minah tu semangat wei..bleh tercabut bahu aku dibuatnya!!

Oya, balik pada AJL. OK la...aku ok je mamat Aizat tu menang. Tapiiiiiii aku tak puas hati minah Y.u.n.a. tu menang 2nd place. Sebab pada aku, dia tu one hit wonder. And lagu tu pun x sedap sebenarnya. Pada pendapat aku la. Aku rasa actually ramai yang suka maut ngan minah ni ngan lagu dia....sebab tu dia menang.
Faizal Tahir...as usual, persembahan over..tapi best!! Sayang takde Noraniza Idris tahun ni, kalau tak, mesti depa berdua lawan tengok sapa punya bunga api mancut lagi tinggi..hahaha. Lain bunyik je ayat tu. Tapi kira ok la, lagu dia menang 3rd place. Sian, bertongkat mamat tu nak naik pentas ambik hadiah. Tu la..takmo ajak aku pi sekali, bleh aku jadi tukang pimpim naik tangga tu. Tukang pimpim je la..takkan nak jadi tukang dukung lak.
Last2 Aizat ngan kawan2 sekolah dia yang menang best performance. Ok la..maybe sebab lain dari lain...bebudak tu ada yang dari sekolah lama aku...CBN!! Wuhhoo...bebudak CBN memang suka glamor. Kecuali aku, sebab aku kan ala wanita melayu terakhir.

Yerrrr la tuuuuu....

Black....vocal terbaik? Menjerit je aku dengar. Maybe sebab dia bleh menjerit tu, dia menang kot. Ni lagi satu bakal one hit wonder. Kluar la lagu lain, jenuh dah aku dok dengar lagu tu manjang kat radio.

All in all, aku enjoy la AJL semalam. Hosts dia pun best...aku suka kombo Ally, Cheryl ngan Faisal. Kelakar, spontan dan menghiburkan.

4 comments:

J.A.D said...

yes.. yg black tu rasa mcm dia bnyk menjerit je... tapi suara ok gak la cuma not my taste.

yuna, well, biasa2 aje. the song is nice to listen to tho.

raggedyanne said...

i bantah sekeras2nya bila you kata yuna 1 hit wonder. I love all of her songs & i think she has the potential to churn out more hit songs later on.

sbg menunjukkan sokongan padu pada yuna, aku pakai tudung ala yuna arini. jendol pun jendol laaa...hihi jgn maraa aaa...

Along said...

JAD: Black tu macam nampak putih lak semalam. Hahaha..ni komen dari my bibik.

RA: Hehehehe, jangan marah. To each their own. Sori la, maybe because I'm so blur when it comes to Malaysian music scene, then I'm not aware of her other songs.
Dah agak dah, lepas ni mesti popular tudung Yuna lak. RA, ambik gambar la and post up...bleh tengok camna rupa. :D

Kampung Gal said...

ingat aku sorang je yg sokong faizal tahir. rupa-rupanya ada jugak geng. Aizat tu menang pasal politically correct choice. on top of it it's from talentime, movie yasmin ahmad. yang lain tak ada chance.