Bibik aku dah lari.
Tengah malam tadi kot. Time aku masuk tido kul 12 tu, dia ada lagi. Time anak2 aku bangun nak pi sekolah dah takde.
Aku pun tak paham. Kitaorang dah layan cukup baik pun still buat macam ni. Kalau aku ngan En Rashid je, aku takde la kisah sangat. Tapi anak2 aku ni...yang dah anggap dia macam mak ke2? Nak2 si kenit...tercarik2 dia tadi bibik gemuk dia tu.
Time aku sedar dia dah takde, aku tak panik. Benda2 macam ni...ntah la, aku dah tau, kalau aku panik pun tak guna. Aku terus siapkan sarapan bebudak tu, lepas tu kejutkan abg. Nampak la muka abang terkejut. Bersalah pun mungkin ye la.
Aku terus sms bos, mintak EL. Explain apa dah jadi. Dia pun terkejut, bukan ok ke bibik aku ni? Ntah la...o.k ke, k.o. ke...dia dah takde. Sekarang tumpuan aku dah ke anak2. Sms lak ibu aku. Dia pun terus call. Agak syahdu lak nada orang tua tu. Jangan nangis la..kang aku jugak yang tumpah airmata ni kang. Ibu aku bagitau, takpe..kejap lagi dia mai, tengokkan kitaorang.
Yang bestnya, cik abg patut nak ke Bandung arini. Aku cakap, pi la...benda dah plan lama..lagipun dia stay sini, bukan bibik tu muncul secara majik. Lagi elok kalau dia pi, bawak balik bibik lain untuk aku terus. Hahahhaa...bibik yerrr...jangan bini #2 sudah!!
Dari aku melayan kepala aku yang dah mula serabut, aku pun start buat kerja rumah. Mandikan si Daria, keluarkan barang2 nak masak. Si Kaklong ngan KakNgah dah selamat pi sekolah. Apa2 pun, agenda bebudak mesti tetap jalan. Sambil tunggu ayam aku defrost, aku jenguk la bilik bibik.
Kain baju dah takde..tinggal la sket lagi dalam laci dia. Handbag dia satu je dia bawak. Makeup2 dia semua pun takde. Barang2 pinggan mangkuk yang dia dah beli pun dah takde bawah katil.
Dek banyak gak barang dah takde, aku syak la ada orang tolong dia lari. Takkan bleh dia angkut semua baju dia, pinggan mangkuk lagi sorang2. Tengah2 malam lak tu. Apa2 je la...
Around kul 11pagi, ibu aku pun sampai. Siap mai ngan lauk semua. Padahal aku dah masak ayam masak kicap, telur dadar ngan sayur masak sos tiram. Terror gak aku masak, walaupun jarang2 sekali. Ibu aku tanya, camne? Camne camne...camtu la. Nak cakap apa lagi yek.
Aku cite la balik..agak2 penyebab bibik lari. Sebelum kitaorang balik melaka minggu lepas, abg ajak bibik balik sama. Dia refuse, konon nak kemas rumah. Abg terus ngamuk la, cakap bibik nak pi merayau, nak bawak orang masuk rumah. Ok cop, hal dia bawak orang masuk rumah memang betul. Aku pernah kantoikan dia sekali. Kawan bibik dia jugak la..setaman. Aku pantang dua benda je, handphone ngan bawak orang masuk rumah. Tapi hal tu aku dah sound dah bibik, dia pun dah minta maaf, cakap takkan buat lagi.
Bila cik abg aku ni ungkit balik benda tu, bibik pun panas la..menjawab. Satu kesilapan besar la kalau menjawab ngan En Rashid ni...terus menjadi perang bertekak jugak la antara depa berdua. Time tu aku kat atas, tengah kemas beg nak balik Melaka. Aku pun cepat2 turun, cuba la redakan keadaan. In the end, masa kitaorang berangkat nak pi tu, bibik tengah nangis kat dapur sambil menyapu. Aku bagitau bibik, "dah la...bapak memang camtu, cakap kasar sket, tapi bibik jangan ambik hati. Taknak balik Melaka takpe, bibik rehat je la minggu ni, tenangkan fikiran." Sambil nangis tu, dia angguk2 jugak la.
Time kitaorang kat Melaka, aku dah agak risau la, ntah ada ke tidak lagi bibik aku bila balik nanti. Kitaorang balik ke rumah Ahad petang..aku tengok dia tengah duduk kat taman. Alhamdulillah...
Sejak tu, kitaorang layan dia macam biasa. Takde la mengungkit benda berperang tu. Aku tengok dia dengan bebudak pun macam normal jugak, sayang2 gitu. So memang aku dah assume la semua dah back to normal and takde lagi nak berlaku incident macam aritu lagi.
Itu hari Ahad. Ni dah hari Khamis. Kenapa la dia tunggu 4 hari then baru decide nak lari? Aku dah bagitau dia, kalau dia takmo kerja, cakap je la...aku akan hantar dia balik ke rumah agen dengan elok. Camne aku terima dia dulu, camtu la jugak cara aku nak pulangkan dia. Aku tak kejam la...aku rasa aku majikan yang paling releks sekali. Hal2 nak paksa orang kerja ngan kita, not my style.
Petang tadi dia call hp ibu aku. Menangis2 mintak maaf. Ibu aku cakap, "bukan dengan saya patut minta maaf. Kalau bibik takmo kerja, kenapa tak bagitau dengan cara baik? Kenapa cara macam ni?" Dia kata, dia takut abg hantar dia balik Indon. Laaaaa...apahal lak kitaorang nak halau dia. Kitaorang lagiiiiii lega tengok dia still ada masa balik from Melaka aritu. Ibu aku bagitau la, "cara bibik ni cara orang tak berhati perut. Bibik kata sayangkan bebudak ni, tapi sanggup tinggalkan diaorang macam tu aje." Bibik kata bukan niat dia.
Lepas ibu aku dah habis cakap, bibik minta cakap ngan aku lak (tau lak dia ibu ada kat rumah aku). Same story la...minta maaf, takut kena hantar balik. Aku bagitau dia, "bibik, kami orang takde dendam ngan bibik. Kalau bibik still nak keje ngan kami, balikla. Kita lupakan apa dah berlaku. Sekarang ni keputusan di tangan bibik." Bibik cakap dia kena pikir dulu. Aku bagitau la, "saya takleh tunggu pikir lelama...camne pun, saya kena usahakan carik pengganti sebab memang memerlukan." Bibik cakap dia paham.
Aku takde la memujuk sangat, cuba aku bagitau la yang aku risau jugak la dia keluar tu, tangan kosong. Duit dia ada kat aku lagi, tak banyak la...cukup aku nak bayarkan giliran kutu dia je pun. Rupanya barang2 pinggan mangkuk dia semua, dia dah jualkan kat kawan dia. Dapat RM400. Padahal dia beli ada dekat 6-7 ratus kot. Aku tak tau la dia jual kamera dia, cincin emas dia sekali ke. Ntah la...itu keputusan dia la.
Last2 dia mintak maaf lagi sekali kat aku, minta halalkan makan minum dia. Itu aku cakap, memang dah lama aku halalkan. Sebagai majikan, itu memang tanggungjawab aku untuk sediakan. Cuma aku terkilan dia tinggalkan keluarga kitaorang ngan cara macam ni, sedangkan 2 tahun dah sayang sangat aku and the girls ngan dia. Aku tau, deep down, dia sangat rindukan anak2 aku...nak2 si kenit tu. Ye la...jaga sejak keluar dari perut. Time siang, asyik berkepit je berdua. Kalau tak teriang2 muka anak2 aku, maybe memang dah tetap la hati bibik aku nak belah dari rumah kitaorang.
Walau camne pun, aku memang terhutang budi ngan bibik aku. Walaupun memang aku gajikan dia tapi banyak benda yang dia buat memang above and beyond duty dia. Time dia jaga aku masa aku teruk tengah pregnant ngan Daria. Masa kitaorang kecoh2 nak pindah ke Bangi, dia yang tolong pack2kan semua benda. Masa aku bersalinkan Daria, dia masak sedap2 untuk aku, jaga baby aku ngan sempurna. Masa bebudak ni sakit, dia yang make sure semua makan ubat on time. Hal rumah, hal bebudak memang tip top. Sebab tu aku sayangkan dia, dan sebab tu aku terkilan sangat. Dah 2 tahun dia dengan kitaorang, dah lebih macam keluarga dah. Dah pi travelling sesama..hal aku start balik sekolah pun, dia sokong.
Adeh, airmata aku nak start leleh la plak menaip hal ni. Bohong la kalau aku kata aku tak risau. Pengganti tu memang bleh carik, tapi nak carik yang elok bukan senang. Aku dah siap planning dah aritu, tahun depan nak bagi dia balik sebulan...then balik kerja ngan kitaorang again. Every year aku nak bagi dia balik, kalau dia nak.
Tapi dah jadi camni, nak buat camne yer. Take it one day at a time la. Mujurla bleh pinjam maid ibu aku kejap. Insya'allah sabtu ni nak pi jumpa agen, nak tengok kot la ada yang bleh mai keje ngan kitaorang. Hal duit tu, tolak ketepi la. Korek la ASB kalau perlu.
Korang doakan la bibik aku lembut hati and balik keje ngan kitaorang balik. Takpun, doakan kitaorang dapat pengganti yang ok.
Also doakan bibik aku yang tengah sorang2 kat luar tu.
Mana dia tido malam ni agaknya?
Thursday, August 05, 2010
Pergi Sudah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
salam along..
sorry to hear about what happened.. byk2 sabar.. saya doakan semoga semuanya dipermudahkan. dia lari tu maybe bukan sbb dia gaduh dgn huband u tu.. maybe ade pengaruh luar jugak tu... kalau tak takkan dia boleh plan mcm tu.
anyway, do take care always k..
edi
Baiknya majikan..alhamdulillah..semoga sentiasa diberi yg terbaik oleh Allah! Aamiin...
Fatim manap
Edi: Itula, kalau dipikirkan hal bergaduh haritu, takkan la sebab tu je dia sanggup lari. Mesti ada sebab lain jugak. Tapi yang pelik, dari hari Ahad sampai Rabu malam tu, semua dah ok, dah macam normal. Jadi sangat2 terperanjat la bila dia lari jugak.
Fatim: Semoga doa ko menjadi nyata. Esok nak pi tengok kot ada maid baru, doa banyak2 dapat yang elok jugak.
Betul macam you cakap, mesti ada yang mencucuk-cucuk tu... Harap-harap dia selamatlah kat luar sana.
Alaahai.. kadang-kadang tak faham dgn diaorang nih. Dapat majikan yang baik, kena marah sikit... sibuk nak lari.
Tapi bila dengan majikan garang, kena pukul, kena hampuk... tahan pulak bertahun-tahun!!
Along, harap you sabar dan I doakan you dapat pengganti yang elok... Insya-Allah
moga along dapat maid baru yang seratus kali lebih baik ye
sabar banyak2 long... ada hikmah benda ni berlaku.
in the mean time, enjoy your time with your daughters.
Hi Along, I just wanted to let you know I'm back to reading....well maybe not this post though. ;)
sorry to hear. susah nak dapat bibik yg bagus. hope things will be for the better.
Huda: itula, kena tegur sikit je...ni la dalam 2 tahun dia bekerja, sekali tu la kitaorg betul2 tegur dia. Ntah la..
LM: Doamu sangat dihargai.
Noresh: Ntah...ni buat aku terasa nak ambik unpaid leave je. Dok rumah layan anak2 ok gak.
AJB: Hehehe..I'll let you know what has happened in my following posts.
Fizi: Yep, hoping here. Hoping sesangat...
Along....sori la, Sal dah lama tak online busy sikit. Sorry to hear about your maid. Takpe, insyallah ada maid yg lagi baik selepas nie..take care my fren
Post a Comment