CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Lilypie - Fourth Birthday

Lilypie - Kids Birthday

Lilypie - Kids Birthday

Saturday, May 28, 2011

Along Pi Tengok Wayang Cite Melayu?

Yer...akhirnya. Walaupun aku memang pernah keluarkan statement "ko bayar aku pun, aku tak hingin tengok wayang cite melayu"...tapi akhirnya aku pasrah.

Demi ibu tersayang. Dah berapa kali orang tua tu dok call aku bagi hint "agak2 kat mana yer cite Nur Kasih tu tunjuk?" " agak2 arini ada ke cite wayang Nur Kasih tu?"

Alaa..cakap je la direct nak aku belikan tiket wayang tu, nak bawakkan pi tengok cite tu. Buat statement agak2 plak.

So in the end, aku belikan ibu aku tiket wayang cite Nur Kasih. Aku tanya, "ibu nak pi tengok ngan sapa?"

"Ntah yer..sapa nak ikut ibu ni?"

Sekali lagi dia bagi hint. Ok la, aku beli satu tiket jugak...follow sekali.Sekali ibu aku bagitau, eh Ayah pun nak ikut la.

Aaaa...kalau dah kluar dating, takyah la heret aku. Tapi aku nak jugak aku ikut. Dia kata, ayah tak paham cite tu..nanti penat dia nak explainkan backstory cite tu kat ayah aku.

OK, fine..kita bertiga pi tengok wayang (tak pernah buat keje macam ni). Tapi sebab nak heret aku, maka wajib datang ambik aku kat rumah and pergi tengok kat wayang dekat. Al.am.an.da la, mana lagi.

Kali ni, takmo ambik changes. Beli siap2 tiket online. Dulu dah kena masa nak pi tengok cite Rio...sampai kaunter, tiket tinggal sekeping. Muncung sedepa muka si Kaklong sebab tak dapat tengok wayang. Kakngah ok, dengan syarat popcorn tetap beli. Heee..

Sampai mall, around 4pm..cite start 510pm. Sempat ibu aku nak pi pekena bihun sup kejap kat food court dia. Saja je kan, padahal kat rumah aku ada makanan. Bihun sup jugak aku masak tadi. Takpe..layan.

Camne cite dia? OK la...pada aku cite dia 10% bercakap, 90% menangis. Itu je le keje pelakon dia...menangis..syahdu..menangis lagi. Tapi serious ko, memang ramai yang menangis dalam panggung tu...termasuk la ibu tersayang aku tu. Sok sek sok sek kat sebelah. Nak je aku gelakkan tapi aku tertido kejap. Heee. Awal cite dia macam melompat2 sket, sampai aku pun blur...ni future ke, current status ke, flashback ke. Isy. Aku bleh puji dia punya special effects sket la..kira takde la nampak cheap. Quite ok. Ending dia unexpected. Yang aku suka...ending dia menghilangkan sebarang kemungkinan ada Nur Kasih 2. Hehehehe...

0 comments: