...yang terlebih bayar. Banyak tu...seribu lebih!! Bleh aku shopping macam2 lagi. Isy...tak..bukan, nak simpan. Kredit kad bill agak tinggi bulan ni. Belanja dinner En Rashid la..beli kasut baru la. Oya, aku blum cite lagi pasal kasut baru aku kan? Kejap...nak pi carik gambar dulu...
OK, so Sabtu yang lepas, aku kluar ngan girlfrens2 aku. Ni dah plan beberapa bulan dah, in the end ada jugak sorang tercicir sebab anak dia sakit and warded. Takpe, ada alasan bleh kluar ngan depa in the near future, sebab haritu tak cukup korum. Heee.
Anyways, kitaorg dok pikir mana shopping mall nak pi attack. Mid Valley dah muak sampai nak muntah darah. In the end, kitaorang agree nak pi Empire Subang Jaya. Reason: semua tak pernah pi kecuali aku. Itu pun aku pi tak meronda mana pun, setakat pi makan je. So ok, dah set tempat, dah janji kul berapa nak jumpa semua...so kira mencarik aktiviti.
Yang sorang dok cadang cabut bulu, sorang cadang buat manicure, sorang cadang makan 3x....macam2 aktiviti la dicadangkan. In the end, kitaorang spend time dok pusing satu mall, shopping sakan and makan berkali2. Oh ya, and of course bergossip. Heee. Takpe...the activity doesn't matter, but the company you're with does. So, everyone had fun especially aku sebab aku berjaya membelanjakan duit aku membeli ntah apa barang ntah!! Yeahh!! Selalunya aku la yang paling payah nak beli barang. Belek 20 kali, sarung cuba, minta saiz kat salegirl, last2 letak balik kat atas rak. Putih mata salesgirl tu dengar aku cakap "nevermind, thanks ya!"
Ni actually aku nak salahkan Noresh sebab hasut aku beli kasut ni. And also the salesgirls. Pandai berkata2 pada naluri hatiku yang teringin barang branded tapi tak pernah beli sebab tak reti nak memakai pun. Tapi, aku memang suka kasut ni. Masa memula masuk kedai tu, mata aku terus terzoom kat kasut tu. Memang lain dari yang lain. See for yourself.
Masa aku memula tunjuk kat En Rashid tu, dia tergelak. Tapi sebab aku tayang kasut dengan cara memberahikan, so agak positive jugak end reactionnya. Muahahaha...dah pi spend duit beli memacam, cara confession mesti pandai la kan?
Harga? Jangan tanya bleh? Nak kata ridiculous tak la...for the brand and the craftmanship, memang berpatutan. Tapi untuk aku yang selama ni dok pakai kasut Scholl je...agak dramatic la jugak. Tapi ni nak lawan ngan adik ipar aku yang ada kasut Jimmy Choo tu. KakNgah, amacam kasut Along? Lagi lawa tak dari kamu pun JC? Oya, ni brand Pedro tau. Hehehehe...teruk aku ni, ngan adik ipar pun nak jaki.
Dah la beli kasut tinggi, beli plak cincin 2 bijik yang besar gedabak. Ni semua aku salahkan Mia Michael, judge yang dalam show So You Think You Can Dance tu! Dek dia la, aku tetiba tergillerkan cincin2 besar ni. Tapi aku rasa good investment sebab aku pakai kat tempat keje ngan kelas, semua memuji cantik. Yang pompuan la, yang lelaki dok tanya muka sapa aku nak tumbuk bagi lebam ngan cincin tu. Setakat ni ada dua color je cincin tu, red and black. Nanti aku nak kumpul biar ada semua color of the rainbow...yellow, blue, indigo, hijau taik...semua la!
Oleh itu, aku akan berasa sangatlah berbesar hati sekiranya kerajaan memulangkan semula duit tax aku yang dah terlebih bayar dengan kadar segera. Banyak benda nak beli, nak contribute to the country's economy (yer sangat la tu!!!)
4 comments:
Wau!! Cantik kasut tu...ala-ala mcm kasut model tinggi....huhuhu.
hee..kak ngah yg dah down grade pakai scholl n crocs je..jgn ckp JC, primavera pun tak merasa bleh pakai dah
oo ni laghopenye kasut yg mike beli itu hari ye?
burok bebenor
hahaha
yennadeii!! ko salah kan aku pulak? i'm just being a supportive friend. ye lah, ko kan asyik pakai scholl je. tu dah kategori makcik2. kata nak get out of that rut :p
kalau dek sebab aku rasa cam nak tergolek dog bila pakai heel 5 inci tuh, mau aku pun sambar satu jugak wakakkakaka...
Post a Comment