CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Lilypie - Fourth Birthday

Lilypie - Kids Birthday

Lilypie - Kids Birthday

Tuesday, April 19, 2011

Kucing

Rumah aku ada kucing. Eh silap...beberapa kucing. Bukan kitaorang bela pun, kucing sesat mana ntah, suka datang rumah kitaorang sebab anak2 aku suka sangat layan. Nak2 si kenit. Bangun pepagi dah tanya khabar cat. Ibu dia nak gomol, cium2 pun tak pedulik.

Kucing2 ni dah beberapa generasi dah dok tengek belakang rumah aku. Yang bestnya, yang semangat dok beli makanan khas kucing2 sesat ni.....En. Rashid! Siap masuk weekly grocery list tu. Alahai...sometimes he really makes me smile. You wouldn't think it looking at him tapi penyayang bebenor la laki aku ni kat binatang2 sesat.

Ni gambar kucing2 tu tengah makan breakfast. Bekas makanan tu bekas aku potong2 sayur, selamba je En. Rashid buat bekas makan kucing. Padahal ada tergolek kat situ bekas plastic yang pernah pakai...tak boleh, bekas tu dah kotor. Hek eleh, basuh la...bersih la balik. Ini dah habis dah semua bekas2 potong sayur dijadikan bekas makan kucing2 sesat dia. Sabar je la.

Kucing2 ni semua ada nama. Yang atas sekali tu, Terra. Ni bibik gemuk aku yang lari dulu la bagi nama, lekat sampai sekarang. Kitaorang "bela" Terra tu since dia baby lagi. Ni dia plak yang dah beranak pinak. Yang 3 ekor baby cat tu, anak2 dia la. Apa ntah nama...yang tompok hitam putih tu MooMoo rasanya. Dina la bagi nama, sebab dia kata rupa kitten tu macam lembu. So nama MooMoo. Ok la, justified! Yang hitam tu rasanya Manis. Yang terselit antara dua cat dewasa tu, Comel.

Kucing2 ni memang bertuah. Pepagi dah siap beratur kat belakang rumah tunggu breakfast. Lepas tu massage session, dikendalikan oleh Daria. Kang petang kang makan dinner lak. Susu segar aku yang beli sekotak RM5 pun, En Rashid gigih panaskan dulu nak bagi minum.

Memang bertuah!!

3 comments:

Mom-On-The-Loose said...

wow.... baiknye your hubby?!!! dah la bagi susu segar... siap panaskan?? unbelievable!!! alhamdulillah. akhirat nanti ramai la yang say good thing bout him, Insya Allah :) my hubby and i lak, dok la ngomel bout the stray cats yang dok berak at our lawn and outside our gate!! ish, terasa jahat lak :P

zarina said...

woohooo. aku tabik la rashid...jgn umah ko jadi cat shelter dah la nnt.

Along said...

MOTL: Itu la..En rashid ni kekadang sifat baik dia tak dijangka. Eh, bleh plak..hehehe..so far, kucing2 tu takde berak2 kat rumah kitaorg...civilized jugak la..dia berak jauh2..

Zarina: Aku tak bagi kucing2 tu masuk rumah...depa berlegar kat belakang je.