CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Lilypie - Fourth Birthday

Lilypie - Kids Birthday

Lilypie - Kids Birthday

Monday, April 18, 2011

Duit, Duit...Ke Mana Kau Duit?


Kekadang ada orang tanya aku, “ko, kereta dah habis bayar, apartment dah habis bayar, hutang rumah takde…apa ko buat ngan duit ko?”

Walaupun ada orang maybe pikir, apa punya soklan tu…sibuk je nak tau apa orang lain buat ngan duit dia, sedikit sebanyak soalan macam tu buat aku berpikir gak….apa yek aku buat ngan duit gaji aku bulan2?

Nak kata aku joli beli baju baru tiap bulan, takde. Beli kasut pun takde. Make up jauh sekali la. Nak kata aku pamper diri aku pi spa ke, set rambut ke selalu, pun takde gak. Manjang takde masa. Jadi duit aku pi mana yek?

Aku bleh namakan 3 kategori ke mana most of duit aku pi.

1st, anak2 aku. Anak2 aku ni kan semua girls, aku ni plak jenis pantang lalu tepi kedai yang jual gown2 comel…mesti nak singgah. Gown2 plak jual, bukan harga singgit dua…berpuluh2 ringgit. Kekadang aku sanggup pakai bra and spentot koyak, asalkan anak2 aku bergown comel sentiasa. Parah! Hahaha…Kalau hal sekolah anak2 aku pun, mostly aku yang bayar semua benda. Duit yuran, hal buku, hal stationary, duit van….itu semua masuk bawah expenses aku. Sebab tu En Rashid takde la bising sangat kalau aku nak bawak anak2 aku pi kelas music ke, kelas social budak2 ke…sebab dia tau, aku takde nak minta duit kat dia punya.  

2nd, aku rasa duit aku banyak pi ke part makan. Aku ni, kalau part makan, mesti nak sedap dan satisfying. Selalunya kalau nak makanan ciri2 camtu, mesti la mahal. Kekadang aku set jugak la, duit untuk lunch takleh lebih RM5 sehari. Itu kalau aku dah plan untuk beli something yang mahal, so kena save up. Time tu la aku dok kulu kilir bwk botol air kosong, nak isi air suam free manjang. Tapi kalau part makan ngan family, aku memang tak piker hal duit. Janji bleh swipe CC. Selalu once a month, aku ngan En Rashid akan ajak family aku pi makan luar reramai. Family En Rashid payah sket, sebab MIL aku jenis suka masak kat rumah. Kalau ajak makan luar, dia teramat la liat….and then kalau pi pun, dia akan ngomel tanya berapa harga itu, berapa harga ini. Lain benar ngan ibu aku, pantang ajak keluar makan, dia dah siap sarung tudung dah. Hehehehe…

3rd, duit aku banyak habis kalau kitaorg pi travelling. Aku ni jenis, kalau pi travel tu, mesti nak duduk hotel selesa, makan tempat yang best, pi melawat semua tempat2 yang patut. Semua tu pakai duit kan? Last year yang kitaorang pi HK, ada dalam 5 bulan jugak aku save up duit…just for a week of holiday. Tapi aku tak rasa galat. Sebab pada aku, semua tu menjadi memories and life experience yang best untuk anak2 aku. Sampai sekarang pun, dia orang dok bercerita pasal trip ke HK.  

So, itu la dia...cara2 aku menghabiskan duit aku. Takde la happenning sangat pun...asalkan takde hutang keliling pinggang dan tak menyusahkan orang lain, ok la kan....

7 comments:

Yan said...

hahhahahaah! gelak x hengat on ur spentot comment heheheh...bestnyaaaa no more mortgage! bravo ;) makan, travel & kids - $ def well spent...double bravo ;)

Aapitz said...

Cisss....ader jugak org bz body nak tanya pasal hal duit ker...??

Bungukksss... :P

theotheraj said...

lepas ni, boleh belanja kawan2 lebih sikit kalau dah tak tau nak buat apa dengan duit yang banyak tu

hahaha

Sal said...

Apa ler punyer org nie..sibuk2x nak tanya apa kite buat ngan duit kite?? Huhuhu...biaq pie lerr...

Spending for our family is the best things to do....I likeee.....

P/S: Ada duit lebih2x sikit tu, bleh ler beli insurance protection for your family? Hehehe....

Along said...

Yan: Clarification: Mortgage ada, cuma En Rashid yang bayar. Hehehe...hutang one car pun bourne by him. Along - no hutang. Hehehe..

Apit: Ntah..pelik gak orang2 yang suka tanya tu. Layan je la...

TOAJ: Aku belanja kawan je....yang betul2 kawan je. :D.

Sal: Oh, insurance pun..bwh En Rashid, dia yang bayar. Hehehe...

NORA ANSHAR said...

alonggggg... weekend ni ko belanja kami sumer ye ;) hehehhehe...

yippeeee!!

Along said...

Nora; Sori to burst your bubble...tapi duit aku dah set aside nak bayar duit van kemek...kemek wa cakap lu!! Nanti la..kot aku takde malapetaka lain mai...aku mesti belanja korang punya...