CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Lilypie - Fourth Birthday

Lilypie - Kids Birthday

Lilypie - Kids Birthday

Tuesday, March 08, 2011

Makhluk Halus....

Korang pernah tengok iklan2 macam ni tak? Kat area rumah aku banyak. Tiap kali lalu, mesti aku terpikir, apa maksud dia "cara halus?" Pakai toyol kah? Ada lagi ye toyol zaman i.Pad dan an.droid ni? Lepas tu, bleh pakai "khidmat" dia untuk hutang juta2 je plak tu. Setau aku, toyol tu kecik je. Camne dia nak angkut duit juta2 kluar rumah, bawak ke rumah tuan dia? Dia ada poket ala seluar kargo ke? Dia pi reramai ke, macam ala aladin & the forty thieves?

Banyak la soalan aku. Bukan pinta nak tengok (BUKAN!!!!), cuma curious je. Tapi takde la sampai tahap nak tengok ngan mata kepala aku sendiri.

Bibik gemuk aku dulu ada cite, kalau kat Indon, ramai orang bela toyol. Kalau jejalan nak pergi pasar ke, pergi shopping ke, kalau nampak orang berjalan sambil letak dua2 tangan kat belakang, jauh2 la sket. Itu tanda dia tengah bawak toyol dia jalan2 atas belakang dia.

Uwaaaa!!! Siap bawak toyol jalan2 tu. Ke time tu mencarik mangsa?

Ingat dulu masa kecik2, tengok filem hantu toyol tu. Time tu, sapa budak laki yang muka penyangak sikit kena panggil Bachuk. Paling takleh lupa time toyol tu dok panggil tuan dia.."Bachuuuuk..mari, Bachuuuuk." Uwaaaaa...mengapakah??!! Camne parents aku bleh bagi aku tengok cite tu kecik2 dulu? Dia punya effect dia sampai sekarang terasa tau. Yish...

Dulu masa aku kecik2, famili aku dok kat rumah arwah atok aku kat Keramat. Rumah atok aku ni ala banglow dibelah 3; ada rumah depan, ada rumah belakang, ada rumah atas. Semua ada entrance, bilik, dapur masing2. Famili aku dok kat rumah atas. Time ni kitaorang baru balik dari UK, ayah aku baru habis buat PhD. Orang baru balik dari England la katakan, cakap melayu pun berterabur la. Tapi time bermain tu, geng je ngan jiran2 sebelah. Antara member2 aku time tu Wan Nor Iza, Ajib ngan Joe. Umur lebih kurang sama. Selalu kitaorang main nyorok2 ataupun baling selipar. Kot time kitaorang tengah benci ngan bebudak lelaki tu, aku ngan Iza main batu seremban. Tak pun main getah.

Bila dah penat bermain, selalu pi rumah salah sorang la..pi songlap air sejuk kat peti ais. Rumah aku payah sket sebab ibu aku yang sangat garang tu asyik ada. So selalu rumah Iza la yang jadi mangsa. Mak dia single mom, so time keje memang free willy la kitaorang nak buat apa kat rumah dia.

Ada satu hari tu, kitaorang dah penat main baling2 selipar, pi la rumah Iza untuk minum. Time tu baru lepas raya, so banyak la air2 gas dalam botol dalam peti ais. Nikmat wa cakap lu...gaya minum macam togak todi! Nak beli sendiri manade duit. Hehehe. Sambil2 layan air gas sejuk tu, tengok2 TV, tetiba Ajib kluar cite hal kecurian yang dok happening kat area rumah kitaorang time tu. Dia cakap dia terdengar nenek dia cite hal toyol. Time tu, sebut je the "T" word, bulu roma, bulu hidung aku semua dah meremang dah. Si Joe ngan Iza ni dok beria2 la, tambah cerita, dengar dari orang sana, dengar cerita dari orang sini. Aku diam je la....baru balik UK maaa...mana aku ada cite nak add in pun...kang aku bukak cite werewolf plak kang.

Tetiba kan, tengah syok dengar diaorang bercerita, aku ternampak something lalu kat depan pintu rumah Iza. Memula aku ingat kucing tapi setau aku kucing Iza warna oren. Benda tadi tu warna hitam. Lepas tu takde pun aku nampak ekor melambai2. Memula aku ingat nak buat tak tau je la, and then aku terpandang muka Ajib. Putih muka mamat tu ko...mata terbeliak lagi pandang kat tingkap belakang TV Iza!!! Aku dah mula panik ah...apesal mamat ni? Aku cuit peha Iza, soh dia tengokkan Ajib tu. Then aku pun pandang la slow2 ke arah mana Ajib tengah pandang.






Sib baik takde apa2! Aku pun tak tau la apa aku nak buat kalau aku nampak apa2. Time tu Ajib pun dah mula ok...tapi dia cepat2 bangun and terus balik rumah dia. Takde cakap bye, takde see you tomorrow. Iza ngan Joe macam blur. Aku antara nak cakap ngan tak nak cakap apa aku nampak tadi. Sebabnya 1) aku pun tak sure sebenarnya apa benda tadi aku nampak 2) aku takut kalau aku cakap nanti, dia tetiba melompat muncul depan aku, macam dipanggil2 lak.

Agak dah lama lepas incident tu, baru la Ajib cerita apa yang dia nampak kat rumah Iza aritu.







Apa dia nampak? Eeeee...aku takmo cite la. Ni pun aku dah start seriau dah ni...benda dah lama terperap dalam long-term memory aku, tetiba jadi fresh lak. Nanti la...kot aku berani time siang2, aku cite balik. Ni dah malam, aku nak pi tidokan anak2 kejap (dan2 time ni nak jadi ibu mithali!).

7 comments:

ummufatihah said...

Salam Along..

Seronok baca cerita dolu2 nih.... Saya pulak yang rasa join sekali dalam "oerjalanan merentas zaman" Along nih... :)

J.A.D said...

loh! potong stim la cite tak abih!

Huda Ahsin said...

Hahaha.... jangan pandang belakang!

Along said...

Ummu: Seronok dah menjadi seram lak.

JAD: Heeeee...sorii...terlalu seriau nak cerita..nanti, kumpul semangat...

Huda: Hahhaha...jangan pandang kat tingkap!!

NORA ANSHAR said...

cilakaks ko long! aku baca ni time midnite sorang2 kat bawah *start lagu twilight zone*

Aapitz said...

cisss....anti climax btol laaa...

Along said...

Nora: heeehe...tak bermaksud nak cite hal "T" lak..terkeluar cerita..

Apit: Kang tulis climax dia...ada yang x tido malam kang...hehehe