CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Lilypie - Fourth Birthday

Lilypie - Kids Birthday

Lilypie - Kids Birthday

Monday, March 14, 2011

Macam Macam Ada....

Punya la taksub aku dengan apa yang sedang berlaku kat Jepun, sampai Dato' Chong Wei menang All England pun aku terlupa nak tengok. Cis! Dah la kalahkan musuh ketat, Lin Dan dengan straight set lak tu!

Takpe, bleh tengok repeat kat Utube. Cuma tersangat la kurang feelnya sebab dah tau ending.

Kurang bernasib baik kita punya mens double...kalah sket je ngan mamat2 Denmark tu. Dah la rubber set...isy...takpe..olimpik nanti teruskan usaha (eh, olimpik bila plak?)

Hari ni start balik sekolah. Baru 2 minggu cuti semester, dah terasa liat plak time drive ke Uni. Tapi bila dah masuk kelas, tengok balik muka2 familiar, seronok lak. Hari ni kelas Marketing Management. Kelas ni kalau tak score tak tau la. Dah ini jugak la satu per tiga dari keje aku kat ofis. Esok kelas Management Information System. Tadi ambik buku teks, tengok macam belajar hal internet, server2. Lagi satu kelas yang kalau aku tak score, memang wajar campak diri dari tingkap rumah. Sib baik rumah 2 tingkat je, so tak mungkin mati...cuma maybe terseliuh je.

Tadi ibu aku call time aku tengah keje. Maksu ngan cousin2 aku from Johor melepak rumah dia, dok sibuk nak pi shopping kat ik.ea. Mentang2 la semua tu keje cikgu cikgi, cuti sekolah berjalan sakan. Lepas tu call aku tanya tiket masuk aqua.ria berapa hinggit. Lalalalala...aku tengah jenuh buat minit meeting, ko sibuk nak tau aquaria bukak kul berapa. Cet...neik kejap tahap tensen aku. Tapi dek sedara punya pasal, aku bleh bagi cadangan plak..baik pi kl bird park ah tengok burung. Tengok ikan tak best...burung best. Nak2 burung En Rashid....kahkahkahkah...abaikan lawak tak menjadi aku tu.

Dek tadi dok gigih buat minit meeting, aku bleh pi makan lunch kul 4pm. Sib baik En Rashid nak temankan...dapat aku makan spegeti meatballs dengan free. Siap ngan oreo cheesecake lagi. Muahahaha....

Apa aku nak cite tadi yek? Sebenarnya aku nak story hal Jepun lagi, tapi aku rasa korang pun dok tengok berita jugak kan. Oya, adik ipar aku (wife angah) dah scan baby dia...dah tau jantina. Tapi aku takleh cetak sini lagi selagi tuan badan tak bagi permission. Ngah, kalau kamu baca ni, bagitau la kat komens. Lepas tu, buat la apa gaya nak buat pun. Kot tak senonoh, Along tak publish je..hehehe..

OK la, nak tido. Blum mandi lagi ni. Kena mandi, kalau tak nanti En Rashid takmo peluk time tido. Lepas tu dia akan bolot the whole comforter. Terpaksa aku merengot macam udang kena goreng, nak tahan sejuk aircon. En Rashid dah tido, si Daria terjaga tadi, dia terus melompat dari sofa pi tidokan balik. Yang aku ni, tersangat la ibu mithalinya, bleh pi layan Zombieland buat kali kesekian kat bawah, sambil gelak muahahahhaa tengok lawak Woody Harrelson.

1 comments:

J.A.D said...

sama la tk sempat tgk Chong Wei menang. rugi tul. Bukan sbb tak tau tapi sbb kena settlekan keroje, ala2 work from home gitu... gamaknya mmg tak bleh tgk CW main la kot. Asal tgk je kalah, asal tk tgk je menang :p