Slow kan aku? Biasa la..karang dah 10 hari lepas Christmas, baru aku wish yer. Then New Year, aku sambut in Februari. Muahahaha...
Ni saja nak share email yang aku receive from kawan (thanks Lin!) tentang Hijrah yang sebenarnya.
*********************************************
Tadi ustadz ceramah pasal hijrah. Antara isi kandungannya ialah
1. Kemenangan yang pertama bagi seorang muslim ialah apabila meninggalkan larangan Allah walaupun sukar utk dilakukan.
2. Hijrah pasti ada kebajikan.
3. Beza antara sambutan hijrah dan pengamatan hijrah. Kalau sambut tu..kite sekadar baca doa, baca yassin, tabalkan tokoh hijrah tapi masyarakat dan diri kita tetapi tidak berubah. Betapa Rasulullah berhijrah meninggalkan tanah tumpah lahir atas arahan Allah dan sehelai sepinggang tak piker pun apa nak tinggal or makan di madinah nanti. Akhirnya kemenangan di pihak rasul dan islam di mana di madinah nabi dapat berdakwah dan mengembangkan ajaran Islam.
4. Antara contoh hijrah ialah solat awal waktu, baca tafsir alquran, ajak anak2 baca dan hayati alquran, solat jamaah.
5. Ni part yang paling syahdu bila ustadz bercerita tentang Abdul Rahman bin Auf sabahat Rasulullah yang tertinggal takbiratul ihram untuk solat jamaah, beliau telah menginfakkan 100 unta kerana kelewatannya takbiratulihram bersama Nabi bukannya tertinggal jamaah pun. Tetapi Nabi mengatakan 100 unta itu tidak dapat membayar lewatnya takbiratulihram bersama Nabi. Bayangkan kita ni solat pun dilewat2kan dah la tak jamaah…tak sedih poon(Ketika ini ustadz sgt syahdu hingga ustadz menangis dan menangkupkan wajahnya ke meja…aduhhhh orang beriman ni kisah nabi dan sahabat pun dia boleh syahdu..kitorang satu kelas senyap je la tgk ustadz dan ada akak tu hulurkan tisu…)
6. Ciri2 hijrah (kemenangan)
a. Berjaya menundukkan nafsu utk taat perintah Allah
b. Ibadah kepada Allah semakin sempurna
c. Islam semakin tersebar (ustad dok kata kita buat sambutan Maal Hijarh tapi masyarakat tetap semakin teruk..kalu baca doa awal dan akhir tahun tapi tidak berhijrah pun..itu pun konsep hijrah rasulullah)
7. Kisah Asma’ bt Abu Bakar yang menjadi pembawa makanan ketika Nabi dan Abu Bakar menyorok di Gua Thur. Ketika itu Asma’ mengandung 8 bulan dan berjalan kaki sejauh 7km dr Mekah dan menaiki bukit selama satu jam!
***********************************
Agak terasa hina dan malu sendiri bila terbaca email ni sebab time Hari Maal Hijrah, aku tengah buat apa? Ada kelas tambahan, pi beli baju sekolah anak, lepas tu terbongkang depan TV tengok HBO. Hmmm...macam "as usual" je...takde unsur2 nak berhijrah ke arah yang lebih baik pun.
Tapi takpe!! Penghijrahan tak semestinya berlaku dalam masa sehari je. Ia sepatutnya satu proses yang mengambil masa tapi kekal. Jangan hari ni berhijrah ke arah baik, esok berhujrah balik ke arah jahat. Heeee.
Apa yang aku nak "hijrahkan" diri aku?
1. Taknak buang masa lagi.
2. Taknak buat keje last minute.
3. Taknak lengahkan waktu solat.
4. Nak berhijrah ke perhubungan suami isteri yang lebih baik. (bukan nak kata sekarang tak baik...tapi of course, bleh improve.)
5. Nak berhijrah menjadi ibu yang lebih penyayang, lebih penyabar (agak payah ni...hehehe..takpe, coba dulu), lebih mengambil tahu tentang perkembangan anak2 dari segi hal sekolah, hal agama, hal makan minum. Eventho masa tu terhad sebab keje and sekolah part time...tapi kena usahakan. Lagipun, bukankah anak itu amanah Allah yang sebenarnya?
Banyak lagi nak kena "hijrahkan" diri ni..tapi cukup la yang aku senaraikan kat sini dulu. Ini pun kena mind set betul2 dulu. Semoga berjaya. Amiiinn.
Thursday, December 09, 2010
Salam Maal Hijrah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Takper laa along...It'n never too late rite.. :)
Asal dalam hati tau....ader sesuatu yang tak kena and tak btol....and kiter berusaha untuk berubah dan menjadi yang terbaik untuk keluarga and diri sendiri...
Aper2 pon i wish u all the best....as a friend, boss, mother, wife, student dan aper lagi yang along nak jadi...
all it takes is that first step.
fwalamak.. macam ye ye je aku nak bertazkirah.. heheh
Post a Comment