CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Lilypie - Fourth Birthday

Lilypie - Kids Birthday

Lilypie - Kids Birthday

Thursday, December 16, 2010

Lelaki Manja

Aritu masa nak pi work, aku ngan En Rashid dok dengar radio, ada la kluar topik hal lelaki manja ni. Sifat2 lelaki manja, sapa suka, sapa tak suka. Gelak sakan kitaorang dok dengar komen2 pendengar2 yang lawak menceritakan pengalaman ngan lelaki manja ni.

Sambil mendengar tu, si En Rashid ni tetiba dok raba2 peha aku.

"Ni apa hal ni?"

"Saja...nak manja."

" Kasut ni nampak? Muahahahaaaa."

Aku memang takleh ah ngan lelaki manja ni. Dulu aku ada boyfren masa sekolah...ya rasul..manja nauzibillah!! Mentang2 la anak bungsu. Maybe ada yang samakan lelaki manja ni sebenarnya romantik. Oh bukan..pada aku lelaki romantik jenis yang tolong bukakkan pintu kereta, tolong tarikkan kerusi bila kita nak duduk, tolong angkatkan beg kita. Lelaki manja...kita yang kena tolong angkatkan beg dia..kita yang kena pimpin tangan dia bila lintas jalan. Macam kes x-bf aku tu, sampai makan pun nak soh aku suapkan. Ni apa kes?!! Ada aku tonyoh nasi masuk lubang idung ko kang! Sib baik la aku tak teruskan ngan dia...kalau tak, mesti aku dah mereng dah dok layan aksi manja dia tak kena tempat.

Si En Rashid ni dah tau aku nyampah ngan lelaki manja ni, lagi dia nak kena2kan aku. Pagi tu dia meeting kat Hilton KL, sebelah KL Sentral tu. Bleh je dia naik lrt pi sana dari ofis. Saja je...dia nak soh aku drive dia ke sana sebelum pi ofis. Dah la area sentral tu, aku tak reti nak kluar camne. Bangunan dah naik mencanak2, sampai hapa landmark pun aku tak nampak. En Rashid soh aku follow signboard tulis "Jalan Bangsar" bila nak kluar. Masalahnya bila aku kluar dari lobi hotel, aku tengok signboard tulis "Sentral Terminal 4" ngan "Sentral Terminal 5". Apakah?!! Last2 aku main bedal je jalan. Sib baik aku tak sampai ke Jalan Duta.

Harini lak, aku balik rumah time lunch sebab nak hantar En Rashid balik. Member demam. Tu la, ambik je ubat kat klinik, lepas tu buat perhiasan atas microwave aku. Muka sememeh pun pi gagahkan diri ke ofis, sapa suruh? kan dah terpaksa call isteri ngan suara manja minta hantar balik. Sabar je la.

Esok apa lak perangai En Rashid nak bermanja ni. Ni pun dia dok jeling2 manja kat aku ajak tido dah. Wei..banyak assignment nak siapkan ni. Kekanda tido la dulu. Hehehee..

3 comments:

Aapitz said...

adddoooiiiiiiiiiiiiii....

Ko mmg sengal kan....laki nak manja2 kena sergah...hahhahahaa

theotheraj said...

nasib baik dia nak manja2 dengan kau

Along said...

Apit: Memang wajar kena sergah!! kalau manja x menyusahkan aku takpe..hehehe...

TOAJ: Ye laaaa...bersyukur!! At least dia x bermanja ngan Anji Joli...hehehe..