CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Lilypie - Fourth Birthday

Lilypie - Kids Birthday

Lilypie - Kids Birthday

Tuesday, July 27, 2010

Tazkirah Hari Selesa - Solat Atau Sembahyang?

I recieved this email from a colleague, very eye opening. Hope we can all learn something from this.

*************************************

SOLAT ATAU SEMBAHYANG

Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah "Sembahyang" yang merujuk kepada "Solat." Tetapi pada hakikatnya, istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur "Syirik."

Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan "Sembahyang." Katanya; "Sembahyang di ambil daripada perkataan "Sembah" dan "Hyang" yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala.

"Sembahyang" juga diertikan sebagai "menyembah berhala yang bernama Hyang." Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah "Sembahyang" merujuk kepada "menyembah dewa yang bernama Hyang."

Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian pergi ke Gereja menggunakan istilah "Sembahyang, " terserahlah kepada mereka, kerana memang terdapat unsur "Syirik" dalam ibadah mereka. Tetapi Umat Islam, tidak sesuai sekiranya, "Solat" juga diistilahkan sebagai "Sembahyang" , yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada "menyembah dewa bernama Hyang."

Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu atau bapa mengarahkan anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh. "nak, bangun!. pergi "Sembahyang Subuh," kepada "nak, bangun!. Pergi "Solat Subuh." Solat lebih tepat istilahnya

Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran Agama dan memetingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.

Semoga Allah merahmati usaha kita. Amin!.

4 comments:

theotheraj said...

understandable but at the same time unavoidable. our language has been colored by various sources and origins. sanskrit, tamil, malay etc..

Along said...

TOAJ: But we can start from somewhere and someone...ourselves!! Benda ni kalu ambik berat, dengan sendirinya akan menjadi.

NORA ANSHAR said...

aku dah lama start pakai 'solat' with the kids after mak aku bagi tazkirah pasal benda nih. same goes for 'wuduq' instead of air sembahyang.

now, after repeated usage, alhamdulillah, it has become a norm to them and us.

so mr. joe, kena la amalkan selalu. buat 5 kali sehari, insyaallah, Allah buka pintu hati kita and anak2 kita.

ps: sejak bila ko moderate comments nih? ada saiko spammer ke?

Along said...

Nora: Yep, kena selalu amalkan. Then only becomes a norm.

Ha'ah..ada spammer. Apalah, blog aku yg x glamer ni pun nak spam. Buang masa je.