Hari ni aku work from home. Macam bagus tak bunyiknya tu. Memang niat aku pi keje harini, cuma bukan keje kat ofis. Keje kat gudang. Tapi plan tergendala sebab tukang agency bodoh tu salah print benda yang kitaorg soh print. Dah bagitau, kena grey color…dia bagi white jugak. Sama color ngan kitaorg reject dulu. Tak terasa angin ke time tu? Sian adik2 ofis aku yang kena heret sekali buat keje kat gudang, dah le sampai sesat2 cari gudang tu…buang masa la plak sebab takleh nak start keje dek bendanya takde.
Since niat aku nak dok buat keje kat gudang satu hari, takde la aku bawak laptop kan. So, aku dah pening, nak balik ambik laptop then pergi balik ke ofis, atau pujuk bos bagi aku keje from home? Sib baik la bos aku best tapi siap bagi warning tu, jangan pi berjalan atau shopping. Dok depan pc buat keje. Baik bos…ni saya tengah update blog ni.
Ok,tujuan nak update ni sebab nak cite hal catering wedding adik ipar aku aritu. Aku dah bagitau DISATEROUS kan, meh aku cite betapa DISASTEROUSnya hari tu.
Selalunya mak mertua aku, kalau ada kenduri, masak gotong royong ngan adik beradik dia. Kawin aku dulu, kawin akak ipar aku, adik ipar aku, semua gotong royong. Kali ni, atas sebab2 yang tak dapat dielakkan, untuk adik ipar aku yang last ni, kitaorang buat cara catering.
Nak carik catering punya la payah kat Melaka tu. Bukan macam kat KL, macam2 choice ada. Kat sana, dah la limited, mahal lak tu. Lepas tu ntah apa2 lauk ngan “freebies” yang dia bagi.
Caterer yang mak mertua aku pilih ni, atas recommendation adik ipar dia jugak. Meh aku bagitau nama dia, RAZAK CATERING. Time nak menjual services dia, kemain berapi bercakap. Siap nak bagi bunga api la (padahal wedding adik ipar aku buat siang, apa kejadahnya nak buat ngan bunga api..bukan nampak), siap nak bagi air pancut!! Mak mertua aku dah bagitau, takyah la nak berair pancut…ehhhhh, siap bagitau kat mak mertua aku “kena makcik, ni first time saya buat kenduri area Cheng, saya nak ambik gambar, biar semua orang Cheng tau”.
Janji siap ngan pelayan ala hotel (“saya dah biasa makcik, buat wedding kat hotel”), telur bunga pahar pun bagi…macam2 la. Memang nampak macam best la pada mata mak mertua aku.
Harga kira ok jugak la, sekepala RM10. Tapi still mahal bagi aku sebab adik aku kawin aritu pun caterer tu ambik sekepala RM9.50 je, dan lauk sah2 lagi best. Banding acar buah ngan acar timun, sah la acar buah lagi best kan?
Time adik ipar aku kawin, aku ngan En Rashid dua2 demam giller babeng punya so banyak benda akak ipar aku la yang cerita lepas dah sudah semuanya.
Mak mertua aku dah order nasi ngan lauk untuk 1,200 orang. Masuk akal ke kalau blum kul 12pm lagi, nasik semua dah habis? Hello!!!! Adik ipar aku nikah pagi tu, dalam kul 10am so time antara kul 11am – 12pm tu, mostly kaum keluarga Wan ngan sedara2 belah kitaorang. Jemputan mostly start datang dalam kul 12pm onwards. Bila akak ipar aku tanya tukang masak tu mana nasi, dia bleh jawab, tengah masak. Tengah masak?!! Orang dah duduk nak makan, ko baru nak masak nasik??!! Nasi putih lak tu….mana lagi pi nasik minyak ko?!!
Dah la hal nasik tak cukup, lauk ayam lak basi. Bukan basi, busuk!! Daging ayam tu dah busuk, dia pi masak kuah merah. Pakteh ngan makteh aku dating dari Klebang around kul 12pm, terus terbantut nak makan bila terasa lauk ayam tu. Yang tak bestnya, mak mertua aku terdengar ada jiran2 cina bagitau anak dia “jangan ambik lauk ayam, dah basi”. Sket lagi nak meleleh air mata mak mertua aku time tu.
Dah la nasik tak cukup, lauk busuk, pelayan dia…hmmmpfftt, camni rupa pelayan hotel? Ngan selekehnya, ngan kurang ajarnya. Akak ipar aku minta plastic bungkus sebab family Wan dah nak balik, dia memula kata baru nak pi beli. Ok la, akak ipar aku tunggu la. Dah setengah jam, takde lagi plastic begnya, tanya lagi. Dia bleh sound balik akak ipar aku “baru hantar budak pi beli. Sabar la!”
Sabar kepala hangguk ko!! Tetamu dah nak balik, ko baru terhegeh2 nak pi beli plastic beg. Yang ko tak bawak siang2 tu kenapa?! Kata dah selalu buat keje catering ni, takkan tak biasa tuan rumah nak bungkuskan untuk para tetamu.
Oya, hal air pancut tu. Manade air pancut….langsung tak nampak batang hidung kepala paip pun!! Serving dome untuk VIP…kita biasa serving dome yang chrome tu kan? Ni bleh ke dia pi letak mangkuk pusing2 ala melamine tu?!! Melamine ok…kot kaca tu ok lagi la. Dah la meja untuk kek pun tak sediakan, soh akak ipar aku carik kot ada yang bleh pinjam dalam rumah.
Dah tu…lauk pengantin. Kepala mangkuk dia la…pengantin dah duduk nak makan, baru ko sibuk nak goreng ikan nak masak tiga rasa??!! Dah la presentation ko fail nak mampos; wrapping plastic untuk lauk berkedut, pinggan warna oren ko bagi?!! Last2, adik beradik mak mertua aku yang berhempas pulas last minute kat dapur, masakkan lauk pengantin…haru tak?! Sib baik ada bahan, ada la udang berapa ketul, ikan bawal sket. Cepat2 la masak nak bagi pengantin ngan family Wan makan.
Time semua ni berlaku, aku ngan En Rashid tengah kat atas. Kitaorang turun dalam kul 2 lebih kurang untuk sesi bergambar. Time tu gak parents aku tiba dari KL, so pi la layan kejap. Ibu aku sedih giller tengok mak mertua aku, macam nak nangis dah. Dia punya la rasa nak ngamuk, tengok nenas dalam lauk acar tu still ada mata ngan hidung lagi!! Patut la, aku tengok lauk nenas tu, ingat dah penuh dek lalat, rupanya mata nenas tu still ada. Hampeh tahap gaban betul la!
Banyak lagi la benda yang tak betul dibuat dek caterer ni. Aku nak menaip balik semua pun terasa nak menghempas laptop ni, so baik takyah. Yang paling best was the DJ, asal main je satu lagu, dok promote catering tu. Main lagi satu lagu, promote lagi. Aku rasa nak tempik je, diam la!! Tapi aku pikir balik, bagus gak dia dok sebut nama Razak Catering tu manjang, biar orang semua tau, malaun caterer mana yang rosakkan majlis kitaorang.
Chop! Ada satu lagi benda aku add sini. Telur bunga pahar yang dia bagi....semua busuk!! Dia bagi 100 (50 untuk setiap bunga pahar), mak mertua aku ada la bagi jiran2 semua maybe dalam 30-40 kot. Bila malam tu kitaorang nak dok makan, kopek satu2 telur tu...semua busuk!! Lahaulawallakuwataillahhirajiuunnn......malu lagi!! Dah la tadi ayam busuk, ni telur pun busuk. Memang la sampai bila2 orang dok ngata.
Semalam mak mertua aku call, bagitau si Razak tu mai ke rumah untuk ambik duit penghabisan. Oya, lupa nak bagitau, where was this Razak guy during all the commotion? Dia takde pun, semua lepas tangan kat tukang masak dia. Dia bleh bagi alasan, nak kena tengok set up untuk majlis hari Ahad kat tempat lain. Ko bangang ke apa..apa yang lagi penting, majlis yang tengah berlangsung ke, set up majlis? Setakat nak cacakkan khemah yang ko nak pi tengok buat per? Ni tetamu mak mertua aku mai, balik tanpa dapat makan sebab takde makanan, ko takmo ambik tau ke?!! Barua betul la!!
Anyway, dia mai ambik duit semalam. Kitaorang dah cakap kat mak ngan abah mertua aku, kalau mamat tu mai, bagitau semua benda yang tak betul. Takyah nak cakap2 selindung. So mak mertua aku pun bagitau la semua benda. Biasa la kan, orang takmo ngaku salah. Banyak la alasan dia. Hal ayam busuk tu, ntah apa story si tukang masak tu (dating sekali ngan si Razak tu ke rumah in laws aku) bagi; ada orang datang time dia tengah masak, dok perati2kan ayam tu….konon, nak bagitau la, makanan dia kena santau ke, dah kena buat ke. Apa2 je la labuuuu.
Dah habis mak mertua aku cerita, mamat tu pun dah habis bagi dalih, in the end in laws aku bagi duit penghabisan RM2k je instead of RM3k. Itu pun aku tak puas hati bila dapat tau; patut takyah bagi satu sen pun! Patut DIA yang pulangkan duit in laws aku sebab dah rosakkan majlis, dah bagi malu in laws aku. Eeeeeee, geramnya.
Memang aku takleh la nak ingatkan balik perasaan bila tengok muka mak mertua aku, abah mertua aku…sedih, malu, terkejar2. Tak pernah la in laws aku buat kenduri, orang datang, diaorang tak dapat nak cakap “jemput makan”. Nak jemput makan apa ye tak…nasik dah habis!
Ni aku bukan nak buat dalang, dan bukan juga nak tutup periuk nasi orang. Tapi daripada orang lain kena experience macam in laws aku, baik aku bagitau je la kat sini name dan contact number orang caterer tu. Sapa2 yang kenal tu, silalah buat judgement sendiri. Semua yang di atas tu adalah benar dan betul2 terjadi. Berpuluh sedara mak mertua aku bleh panggil jadi saksi.
Ni nama catering tu: Razak Caterer. No dia 012-6922774 or 014-3291568.
Sapa2 yang terasa nak bagi para tetamu dia lauk ayam busuk, silalah call Razak di nombor di atas. Kot ada yang pernah ambik mamat ni and ada good experience pun bleh share kat sini. Maybe kalau client dia Dato’ ke, Tan Sri ke, ok kot majlis. Ni setakat in laws aku dok rumah awam, maybe sebab tu jadi macam ni kot.
Wednesday, June 02, 2010
Meh Aku Tolong Promote Lagi Service Ko Yang Hampeh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
26 comments:
aku penah pegi kenduri kawin kawan sendiri kat perak. kitorang sampai ada la dalam 1-2 tgh hari gitu. time pengantin sampai lah kiranya.
tengok nasi and lauk kat buffet line dah habih, tapi ada orang bagitau caterer tgh masak la. dekat sejam lebih tunggu, borak2 ngan member2 lain, alih2 caterer just terus pack up alas meja semua. just like that.
kitorang dengan senyum tawar terus bangun, salam2 member yg kawin tu, terus blah pi cari kedai makan.
kawan yg kawin tu, bila dapat tau, next gathering terus belanja makan.
patutnya in laws ko simpan lauk pauk & telur tu, suruh si razak ni makan masa dia datang mintak duit. and tak patut bagi duit pun.
Lahhh...dah la datang dari jauh, hampeh punya caterer.
Nak simpan lauk pauk apa...semua dah habis, yg busuk tu kitaorang buang la sebab lalat banyak sangat!! Tu la, patut takyah bagi duit langsung tapi takpe...memang tak halal la duit yang dia ambik tu pun. Langsung x sama dengan apa yang dijanjikan.
wuish..dahsyatnya caterer tu..so far aku rasa caterer kat KL/Selangor ni tak pernah lagi sampai tahap tu...ish aku tak dpt bayangkan kemaluan mak n pak mertua kau...Zai
Zai: Memang malu. Tak pernah aku experience benda macam ni. Sedih bila ingatkan balik.
Astaga...mcm tu skali. Kesian mak mentua ko. Mesti tension gilerr. Aku tak pernah dgr pun si Razak Catering nie...nnt2x aku siasat sikit....
Kalau ikutkan, xyah ler mak mentua ko tu bayar duit balance tu...biar dia rasa.
Dulu masa aku kawen pun ada problem ngan mak andam. Hari aku kawen tu, mak andam yg sepatutnye make up aku tak dtg, dia gie wedding lagi satu. So, dia replace ngan sorang mak andam yg aku rasa make up dia utk aku memang bukan aku punyer taste...tp aku pasrah masa tu..takleh nak buat apa2x...terima jer.
Tapi bila nak bayar the balance of payment, aku minta discount giler2x..maklum je la masa aku kawen tu tak ambik full package...aku tak nak sanding so takde ler pelamin..tak grand agaknye....
Bleh sampai berbahas-bahas, laki aku ngan mak andam tu....last2x, dia bg jugak discount...memang hampeeh la...
mmg sangat la patut jamu je dia balik dgn ayam busuk, telur busuk tu.
uih... along, mak aku kenal ramai good, sedap and cheap caterer kat melaka tu. kalau tau nak jadi camni boleh aje aku tolong recommend good caterer
hi along, saje search kat google pasal razak catering, then jumpe blog ni...ari ahad ari2 baru pas uat kenduri my twin, same r , catering kite yg TERBAEKK tu...memnag sangat hampehhh...servis teruk glerrr, pastu perangai kurang ajar, memang cam celaka...gerammmmmmmmmmm
Kesian your in laws Along. Memang patutla you promote their crap service ni. Biar semua orang tau.
along ... aku pon sakit ati baca pasal si Razak nih ... aku paling pantang bila org bagi alasan yg x munasabah .. sape jelah yg nak peratikan ayam nk santau .. giler hape!!!
sian kat PIL ko ... sian dorang ...
Astaghfirullah... kita yg baca ni pun rasa hangin satu badan. Biadab sungguh orang tu!!
You did the right thing. Salam untuk your in-laws. Semoga diaorang semua dapat melalui waktu yang mencabar kesabaran ni...
Ya Allah... Sakit nya hati bila baca entry ni...ila yang takde kena mengena pun rasa sakit hati and marah... hampeh punya caterer...dah memang dia buat salah, mengaku aje la... tak bertimbang rasa and tak bertanggungjawab...hampeh...
hai, saye pun gune services si hampeh ni.. tgah nak "mempromosi" gak services dier ni, tu yang terjumpe blog awak.. saye pun mengalami nasib yg same, dari nak pasang khemah smpai la abes majlis semue problem, call xjawab.. tp petang tu je die call mintak balance duit.. hampeh punye razak, makan la ko duit haram.. aku xhalalkan..
Hmm...rupanya dah ramai yang kena ngan Razak Catering ni. Hampeh betul. Patut bangkrap la lepas ni kalau servis main lepas tangan je. Buat malu tuan rumah je manjang. Cousin Along yang dah booking services dia untuk bulan 12 ni pun, nak cancelkan booking. Hilang deposit pun takpe la...dari malu seumur hidup.
salam ...saya nk tnya pasal catererrazak ni ..
semalam baru jumpa dia utk booking adik nyer wedding utk bulan 3 tahun depan...
kita nak tanya ...teruk gila ker servis dia?sbb cara dia cakap semalam dia wakan wat terbaik ..
kalau boleh...saya nak tepon awk leh x?
nak tahu lagi details...email kat frogy_85@yahoo.com atau akliza@xyratex.com
along, u nak tau apa razak cakap pasal u?? i ada member nak kawen this december, so i pun tanya lah preparation cmne.. so dia cite la dah amek catering dari si bingai ni.. So i pun citelah pengalaman i amek catering mangkuk hayun ni. Then my fren tu pun risau lepas i cite kat die, then i tunjukkan blog u as prove ramai lagi yg dah kena tipu.. So my fren un wat report polis sebab risau majlis die jadi cmni.. So lepas buat report polis, dia pegi jumpe di mangkuk hayun razak ni. N razak tnye la nape smpai nak report polis, so my fren tunjuk lah bukti (die print posting u pasal razak ni..), u know ape razak cakap?? Die boleh cakap actually die kenal u.. u catering kat melaka gak yang cube nak jatuhkan bisnes die.. memang terbaik lah razak, dah la servis hampeh menipu lg.. then my fren bg contoh my wedding plak, die boleh ckp i bayar duit xcukup sebab tu die bg servis mcm tu.. Masalahnye balance payment kan after majlis, logik ke x alasan die tu. So, I nak seru kepada semua yang nak kawen tu, jangan amek Razak Catering, kalau xlingkup la majlis korang...
aku xsGka..aku rs ade btulnya apa yg dema2 ni kta...coz ade mmber bpak aku amek serivices yg sama dapat layanan "TERBAEKKKK"...mcm hampeh...
aku xsgka..aku rs ade btulnya apa yg dema2 ni kta...coz ade mmber bpak aku amek serivices yg sama dapat layanan TERBAEKKKK...tp mcm hampeh...lauk basi,tpaksa buang kat blakang umah dia,tpaksa on the spot beli lauk n nasi kat kdi mamak,coz lauk yg dhantar 2 periuk tu basi,nasi xde,service2 yg djanjikan hampeh,xnmpk n x wujud pun..ada kat tmpt lain hari sama org yg amik service dia gak tkena,ada yg xde khemah,ada yg ada khemah tp krusi meja xde,smpi ada org yg dtg tu tanya ni nk wat kduri tahlil ker @ kduri kawen?malu seyh..mcm2 alasan yg dberikn antara razak n joe...msg2 salahkn msg...joe salah razak,razak salah joe,aku pun dh jelak lh ngan alasan bodoh tu,jgn ingat dema bodoh ngann alasan bodoh tu,dh ko tu razak punya syarikat,ko lh kna uruskn pgurusan ko tu ngan btui.kna tegas,lau btui lh ko rasa ko xbersalah n kononnya statement ko sblm ni mgatakan ada org nk lingkup pniagaan ko,tp apa kes,lau pgurusan ko sdiri xbtui..boleh caya ker?
hi dear...
well my wedding so grand and tip top on last 27th november...semua perfect apa yang dijanjikan...macam x percaya aje Razak catring buat cam tu...even my cousin house also dia wat the best..sorry i just comment based on my experiance...x da niat menyebelahi sesiapa...
salam along..
saya pon tertipu ngan razak katering.ada jiran saya kerja ngan razak ni..sebagai kederat dia..diorang yang rekeman amik kat si bangang ni..saya dah bayar deposit rm3000 majlis on 11/12 2011.si bangang ni siap janji akan wat rumah jiran saya@kederat dia terbaik..tup2..awk tahu..habis lauk kenduri basi..berbuih2..saya ada snap gambar..tuan rumah ni siap wat report polis lagi..
skang bila pihak saya nak jumpa dia wat agreement..dia wat dalih2..sakit hati..ari tu kata nak pulangkan duit..tapi sampai skang habuk pon x ada..x lama lagi saya akan upload gambar lauk2 dia tu..diharap xada la sesapa yang amik kat dia ni..
btw..orang yang comment atas nama faradiba ni sbnrnya konco2 dia..sbb dulu nama katering ni lain..ni link dia yang buktikan si farah ni pekerja dia..
http://al-abbasia.blogspot.com/2010/05/razak-catering-menerima-tempahan-bagi.html
mashaallah.....really thanx 4 da info.. nk kena war-war kan pd kwn2 area mlk nie....dasyat la caterer tue!
mmang lahanat punye catering..citer je lebat..duit nk awal..servis macam taik..!!
AKU PUN DAH TERKENA DENGAN RAZAK KATERING AND EVENT NIE.DAN SEKARANG DIA GUNA NAMA ANAK DIA DAN MACAM2 NAMA..DIA BUKAN ADA DATOK NGAN DATIN PON PENIPU JE!!KALAU ADAPON BELI!!MASA TU TIME CUTI SEKOLAH DIA PEGI AMBIK MAJLIS SAMPAI 10 LAST2 DIA XLER HANDLE MAJLIS AKU DUIT 8000 CASH LESAP TAPI DIA SELAMAT SEBAB Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)XDA FUNTION XGUNA..MENYUKARKAN PROSES DAPAT DUIT KEMBALI AKU SEKELUARGA HAMPIR DIAIBKAN SELAMAT ADA DUIT LEBIH MALAM TU GAK CARI SEMUA TU MINTA TOLONG SANA SINI KAT TEMPAT LAIN ALHAMDULILLAH DAPAT AKU TAK TIDO MALAM TU.SELAMAT ADA YANG SUDI HULURKAN BANTUAN.RAZAK KAU DPT LARI DARI DUNIA TP KAU XDAPAT LARI DARI HUKUM TUHAN!!INGAT!!
Asalamualaikum,along,saya ingin memberi sedikit pandangan,saya sendiri adalah katerer, di melaka,umumnye,dan di masjid tanah khususnye,
Memang menyedihkan,x pernah saya lagi saye berpengalaman begitu,dan memang x patut,
Dan dia jugaklah yg membusukan nama katerer di melaka.....
Harap2,xda la lgi berlaku.....
Dan yg tertipu.....
Sabarlah.......
Kite berniaga,biarlah sikit, tp berkat,.....
Meniaga mesti jujur,.....
Dan kalau awak semua ada terdengar pakej yg xmasuk akal.....waspadalah....
Astagfirullah,dasyatnye,saya sendiri adalah katerer,di melaka amnye,masjid tanah khususnye,merasa xpatut,dan kjam....
Dia jugaklah yg membusukkan nama katerer di melaka.....
Moga 2...xda lagi yg tertipu....
Dan kalau kite ada mendengar pakej yg x masuk akal....waspadalah...
Post a Comment