CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, September 07, 2009

Blog Tag Bahasa Melayu

Curik dari blog Ila. Dia tak ajak buat pun, aku buat jugak.

1. Bekas kekasih saya adalah :
Mendiang River Phoenix…bleh? Wakakaka..perasan la beb. Actually Along nak ngaku hal bekas kekasih ni, payah sket. Sebab tak pernah ada kekasih sebelum hubby. Wah…begitu “perempuan melayu terakhir”kah aku? Oh bukan. Tidak sama sekali. Cuma banyak kes aku berchintan, either aku yang tergila ngan mamat tu or mamat tu yang tergila ngan aku. Takde yang betul2 serasi hinggalah berjumpa mamat bernama R@*^!& K$^&*.

2. Saya sedang mendengar :
Ofismate tengah salam2 semua orang sebab arini last day dia kat sini. Member ikut laki pi belajar kat Jepun. Sesungguhnya aku amat jeles!! Awat la laki aku maleh nak sambung belajar ni? Bleh aku pi ikut, jadi house wife, shopping je keje…wakakaka..lagi satu kes perasan.

3. Mungkin saya patut:
Pi solat zohor dah. Dah kul 3.30pm, tak solat lagi! Sia2 je aku posa kalau solat hujung waktu…takpe, habiskan tag ni dulu.

4. Saya suka :
mendengar celoteh anak2. Memang kekadang tak terlayan tapi semestinya terhibur.

5.Sahabat-sahabat baik saya :
Memang tak ramai tapi yang ada tu…memang kamcing habis!! I love you guys!!

6.Saya tak paham :
Macamana orang macam Paris Hilton tu bleh laku? Padahal dia langsung takde talent, nak kata lawa pun tak sangat.

7.Saya kehilangan :
Keupayaan untuk membeli kereta baru dengan cash. Kalau piker lelama, memang bleh nangis…so takmo piker lagi.

8.Ramai yang berkata :
Aku dapat keje aku sekarang ni sebab ayah aku. Itu dulu la, memang sakit telinga dengar sup sap suap sap orang dok ngata. Masa tu aku memula start keje, pressure ya amat. Ni ayah aku pun dah lama pencen. Aku harap aku dah buktikan pada orang yang aku dapat keje ni atas kemampuan aku sendiri.

9.Makna nama saya :
Kalau tak silap, maksudnya awal. Apa yang awal aku pun tak sure. Kalau pi keje tu, lambat lagi ada la…kalau bab orang belanja makan je aku bleh awal. Hehehe..

10.Cinta itu adalah :
Sesuatu yang either indah atau menyakitkan.

11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
tengah best bawak anak2 pi tengok wayang cite Up. Padahal bini dia tengah pulun kat tempat keje. Eh, bukan pulun..update blog. Ok la, pulun update blog. Apesal bini dia keje padahal si suami tidak? Sebab bos bini dia cuti dan sepatutnya ada meeting yang kena pi. Sekali dapat tau meeting tu cancel. Haru hati si bini…kalau tak, bleh dia layan cite Up tu sekali.

12.Saya akan cuba :
untuk melihat setiap hari sebagai peluang untuk memperbaiki nasib diriku, keluargaku dan negaraku. Pergh….1Malaysia habis. Sket2 kelakar lak bunyi dia.

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
kasih saying seorang ibu pada anak2nya. Unconditional love.

14.Telefon bimbit saya :
pakai hubby punya yang lama. Akunya apesal buat hal, takmo charge. Asyik2 tertera “unable to charge” kat skrin. Sib baik bulan Ramadhan, kalau tak dah lama aku lambungkan phone tu ke dinding.

15.Bila saya terjaga dari tidur :
mesti berkata2 pada diri sendiri…”5 minit je lagi, 5 minit je lagi”. Dan-dan dah sejam sambung tido.

16.Saya paling meluat apabila :
nampak orang buang sampah merata2, orang bawak kereta macam jalan tu bapak dia yang punya, mendengar cakap orang2 politik ni yang banyak munasarawak dari munasabah.

17.Pesta/Parti adalah :
Masa untuk berkumpul dengan kawan2 lama. Selalu bikin kat rumah aku sebab rumah aku ada bibik. Hahaha…saja je depa ni, tapi takpe, aku pun suka member2 bertandang ke rumah. Rasa meriah je. Tapi sekali sekala la…aku bukan rajin nak mop lantai hari2 pun.

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
Kucing parsi asli kat rumah jiran. Pergh, bangsa letak tangan atas badan dia terus tenggelam. Punyala lebat bulu dia. Dah tu manja lak tu. Asyik2 nak gesel2 kat kaki orang. Sib baik ko kucing, kalau manusia, dah lama kena humban dalam van pencegah maksiat.

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
20-24. Time tu kat US. Walaupun tensen ngan study tapi seronok bila time cuti. Berjalan sakan.

20.Hari ini :
Menumpang ofismate ke tempat keje. Sib baik dia pi keje, kalau tak aku kena naik komuter. Uwek, malehnya nak bersesak2. Dah la ngan H1N1 ni….hmmm, lagila maleh. Balik nanti maybe tumpang kawan yang lain lak. Tengok camne hubby nak ambik kat mana nanti.

21.Malam ini saya akan :
tido awal. Ngantuk wei, semalam bleh lak aku layan Ace Ventura sampai kul 1am. Gelak sorang2 kat hall tu. Pagi tadi dah menyesal…ngantuk ya amat!!

22.Esok pula saya akan :
Pi keje ngan hubby. Cuba untuk balik awal.

23.Saya betul-betul inginkan :
sebuah mpv yang besar tapi still sporty, yang tak berapa mahal, senang nak maintain, paling best kalau ada orang bagi free, or aku menang contest ke. Masalahnya aku memang maleh masuk contest ni, tapi lepas tu jaki tengok orang lain menang. Camne??!!

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
mata sembab!! Ace Ventura, it’s all your fault.

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
Pusat membeli belah, walaupun aku tak berapa gemar shopping sebenarnya. Aku ni jenis kalau nak beli baju ke, seluar ke..kena 10 kali test, compare baru beli. Kekadang tu tak beli langsung. Selalu amalkan “buy what you need, not what you want’. Masalahnya ibu aku dok bebel sebab aku pakai baju 15 tahun ke tempat keje. Asalkan tak koyak nampak spender, lantak la yerk..

26.Makanan Barat atau Jepun :
Barat. Apa kes makan benda mentah? Tak dapat ditelan dek tekak.

27.Bilik yang terang atau gelap:
Gelap. Terang = panas. Lagipun kalau gelap aku leh berangan macam2 time….tooooootttttt. Ops silap, bukan untuk diceritakan di sini. Wakakaka.

28.Makanan segera adalah :
Sesuatu yang aku dah boikot sejak kempen boikot start awal tahun aritu. Bleh pun idup tak pi makan kat McD dan yang sewaktu dengannya. Bagus…anak2 aku pun dah pandai untuk tidak meminta. Kalau tak, pantang nampak signboard M bagak tu je, terjerit2 nak fries. Padahal kat rumah tu sepeket besar abah depa dah belikan, sikit tak hingin.

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
To my girls before going to work today – Ok, love you. Have fun today (sebab nak pi tengok cite Up ngan abah depa).

30.Siapa yang anda nak Tag?Sukati korang la..sapa nak buat, buat…

8 comments:

ila de cute said...

along, bagus bagus sila curi... hehhe...ila pun kengkadang layan tag sbb sangap giler...hehehh

Real Woman said...

hehehe best betul soalan dan jawapan u mmg power! eh yg paris hilton tu i rasa, with money..u can get everything lah, u boleh buat album sendiri, u boleh promote diri sendiri etc. hmm macam2!

Anonymous said...

tak dapat dinafikan, ko memang mereng.

Aunt Juicebox said...

I agree, I think it was for the best that River died young before he got all old and bloated like Elvis.

Sal said...

Ahaakksss... Along. Sal suka part yang..."5 minit lagi, 5 minit lagi....mcm Sal jugak...kekadang..

Along said...

Ila: Heheh..tengah buhsan. Bukan takde keje banyak, saja je..

RW: Yeah, money buys everything. But in the case of PH, aku betul2 tak paham...sib baik atok dia dah disown dia..kalau x, lagi kaya.

TOAJ: Mereng? Oh tidak...cuma sewal je sket.

AJB: You actually understood the post? Hehehe...ur right about River. But I'm still sad he's gone!!

Sal: Itu la..penyakit la, time tido takmo tido, time kena jaga, nak membongkang je keje.

Aunt Juicebox said...

Yeah, I miss him too. He died the year my daughter was born, and she will be 16 this weekend. Long time.

Unknown said...

salam kenal..
singgah ur blog fr mysuperkids..
hehehe... beh gak layan tag nih..
tp apekan daya kat ofis ni takleh nk login blog. buleh bace je... dan ade jugak blog yg kena blok...
takdak kije tp kene dtg kije.. boring sungguh.. tak sabar nk balik beraya...