CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Lilypie - Fourth Birthday

Lilypie - Kids Birthday

Lilypie - Kids Birthday

Tuesday, October 18, 2011

Kenapa Tak Reti Guna Kepala Otak?

Ni gambar aku ambik masa kat surau ofis semalam. Korang nampak minah tudung purple tu tak? Serious aku terasa nak bagi panampar je kat dia semalam. Dok surau, memekak je dok gosip ngan kekawan dia. Padahal bukan tak nampak orang lain dok solat kat situ. Bleh tak..ko dah sudah solat tu, ko cepat2 bersiap lepas tu belah. Jangan dok lepak lagi kat surau tu, gosip hal orang lain ngan lorat Kelantan ko tu, sampai orang lain nak solat pun terganggu. Yang aku geram, dia bleh merengek kuat2 kat kawan dia sebab pakai eyeliner tak cantik.

Ala. Siannya. Eyeliner pakai tak cantik yer? Meh sini, aku cucuk mata hang ngan eyeliner tu!!

Dari aku start solat, sampai dah bagi doa, dia dok merengek kat tepi tu. Masa aku tengah bersiap pakai tudung, aku toleh, tengok dia dok makan plak!

Banyak hudus muka ko!! Sapa ajar makan dalam surau ni?? Sah2, banyak poster2  kat situ dok ingatkan...jangan bercakap atau makan dalam surau. Ko tak reti baca ke apa?

Sori la, tapi aku memang pantang orang macam ni. Jenis tak hormat orang lain. Nak kata mak ayah tak ajar...aku rasa mak ayah dia ada ajar, ustaz/ustazah kat sekolah ada ajar. Dia je yang tak reti makan saman!! 

6 comments:

Jaja® said...

satu lg yg x reti nak silentkan phone. pastu ring tone lagu yg tak sesuai. pun bole mendatangkan marah.

Along said...

Jaja: OMG, another pet peeve of mine. Macam, susah sangat ke nak silentkan hp sebelum masuk surau. Yang tak tahan, kekadang depa pi jwb phone..lepas tu borak sakan macam nak rak. Pdahal sebelah tu, orang dok rukuk sujud semua...dasar tak pakai otak punya orang!!

liza said...

Long, lain kali ko kuatkan bacaan dalam solat. Biar dia tau dia tu mengganggu. Aku pun geram gak species tak reti bahasa macam ni..

Along said...

Liza: Nanti aku takut aku plak yang mengganggu orang lain nak solat. Tensen betul. Aku bagi jelingan tajam, tak jalan...aku sssshhhh pun tak jalan. Sibuk ngan eyeliner dia tu. Yish!!

Aapitz said...

mmg layak bagi penampar jer kat pompuan2 bodoh nie....

Yang aku x paham.... asal masuk surau nak borak, nak bercakap. Ko boleh tak be in silence for 15 minutes. Pantang jumpa nak borak....

Boleh tak simpan borak tuh sekejap. Kat luar surau, lantak ko laaaa kan nak borak ker nak terkekek ker aper...

Tapi yag sedih....dtg nak beribadah. Tapi at the same time ko sakitkan hati org. Agak2 diterima tak...?? hummmmmm

Along said...

Aapiz: Ya betul! Yang dia dok borak sakan tu, kawan ofis dia jugak. Takleh ke borak kat ofis? Nak kena datang surau untuk berborak, bergosip? Orang lain masuk surau bagi salam, dia masuk surau ngan ketawa berdekek2...lepas tu lepark tepi, bukak gelanggang gosip. Tak paham betul.

Orang yang tido bergelimpangan kat surau, aku bleh tahan lagi...at least senyap!!