CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Lilypie - Fourth Birthday

Lilypie - Kids Birthday

Lilypie - Kids Birthday

Monday, February 28, 2011

It's Not Too Late...

Exam semua dah settle. Ari sabtu yang lepas, last paper. Camne? OK la...budget waktu untuk exam 2 1/2 jam, aku dah siap jawab dalam masa tak sampai 2 jam pun. Hehehehe...ada 8 soalan, kena pilih 4. Sib baik la apa yang aku target keluar...dapat gak la aku menggoreng macam biasa. Semoga lulus dengan A!! Hehehehe...

So now, aku tengah cuti trimester. 2 minggu kot, ntah, kena check website. Muahahaha...boleh ke tak sure bila sekolah naik balik? To tell you the truth, I already miss classes. Taking my MBA now is such a different experience from when I was taking my degree 15 years ago (mak ai...ambik ko, tua dah tu!!). Aku rasa sebab sekarang ni aku ambik MBA, dah ada experience keje, so apa yang aku belajar, semua dah boleh relate (kecuali kelas finance..:p). Dulu masa ambik degree, sepatah haram aku tak nampak camne bleh apply benta'alah ni kat tempat keje or in life. Memang seksa...dah la aku ni bukan technical punya brain, ko pi lak ambik Electrical & Electronic Engineering...mak ai, macam buku bertemu ruas!! (betul ke peribahasa yang aku guna?). Tapi sekarang ni, apa yang aku belajar, semua makes sense. Aku bleh angkat tangan bagi pendapat yang munasabah dan munasarawak sekali dalam kelas.

Sebab tu kan, aku rasa, untuk anak2 aku...lepas depa habis SPM ke apa, aku takmo diaorang terus masuk uni untuk degree. Aku nak diaorang keje dulu, carik experience, carik dulu minat diaorang. Then baru la sambung belajar untuk dapatkan tektik2 dan teori2 yang diperlukan.

Tapiiiiii...sistem pelajaran negara ni tak menggalakkan pilihan macam tu. Kalau ko tolak tawaran masuk uni lepas spm, lepas tu dah takde tempat untuk ko lagi. Unless le banyak duit and masuk private U. Which actually aku tak kisah spend untuk anak2 aku...tapi aku tau, public universities kita pun sangat bagus program2 dia. Aku ambik MBA ni pun at one of the top public Unis in Malaysia and also one of the top ranking business schools in Asia. So why would I want to spend for a private U, when the public ones have good programs too?

Dilema.

Aku dah cakap ngan anak2 aku, kalau boleh, aku takmo diaorang keje ofis macam aku ngan En Rashid. Very mundane. Same thing day in day out. Kalau boleh, aku nak diaorang keje yang best dan menarik...macam photographer untuk Discovery Channel....or scientist yang kaji whales ke. Something interesting like that,a job that takes you to wonderful places and lets you meet all sorts of different people. Dulu masa aku kecik2, aku berangan nak jadi journalist yang selalu pi buat liputan kat tempat berperang. Agak giller gak dream aku, tapi masa tu aku pikir menariknya kalau aku dapat pi tengok keadaan dunia and get paid for it!! Sekarang dream job aku nak jadi Samantha Brown. Hehehehe...getting paid to travel the world.

Apa2 pun, aku rasa aku ambik MBA ni, bukan sekadar nak bukak opportunity aku naik kat Kompeni aku sekarang. Tapi lebih kepada membuka minda aku ke peluang2 lain yang ada kat dunia ni. Money is not everything, even when you're married with 3 kids. It's nice to have a lot...but I'll rather live with enough and be excited about my life, than live with a lot and feel unfulfilled.

3 comments:

Anonymous said...

nice thoughts

tim manap

theotheraj said...

ko tunggu la. once ada MBA, headhunters mula cari

zai said...

very true!