Aritu aku ada baca blog sorang blogger terkenal ni. Dia cite pasal alkisahnya dia termengandung and terpaksa buat D&C sebab dia takmo lalui process mengandung tu lagi. Sebenarnya, dari entri2 dia yang lepas, memang aku dapat bayangkan agak seksa time dia ngandung...lama kena tahan kat hospital semua, sebab complication and everything. So aku tak salahkan dia kalau dia taknak lagi go through the experience anymore.
Yang aku tak berapa paham ialah kenapa lepas dah termengandung, dia takmo ambik apa2 precaution untuk tak mengandung lagi. Contohnya, diri aku sendiri la. Aku dah memang declare dah...lepas Daria aritu, aku dah stop production. I know my own mind and body, aku tau aku takkan dapat lalui process mengandung lagi without severe consequences. Lepas one month check up, aku soh doctor pasangkan IUD. Memang itu kaedah yang serasi ngan aku. Nak makan pil, En Rashid tak bagi. Nak pakai yang cucuk dalam tangan tu pun, En Rashid tak bagi. Semua benda2 chemical ni En Rashid gerun sket, walaupun bukan badan dia yang kena. OKla, aku anggap itu tanda dia prihatin ngan aku. Hehehe. Since condom pun is not an option (3 out 6 pregnancies aku berlaku even with condom in play!!), the only option left was to put in an IUD.
Memula aku cuak jugak, nak letak besi dalam anu. Ye ah...baca lak kat internet, memacam cerita pengalaman orang pakai IUD ni. Tapi lepas berbicang ngan doctor aku, dia pun suggest pakai IUD. Safe, easy to manage and I only need to come by one a year for check ups...just to make sure it stays in place. Alhamdullillah, so far, this methond has worked best for me. Aku tak pernah alami cramps ke, bleeding ke...time "bersama" tu pun, orait je..hehe.
So back to my question again. Kalau dah sure sangat2 taknak mengandung lagi, kenapa taknak cuba segala kaedah supaya perkara tu tak berlaku? Ini tak..bila dah termengandung, salahkan laki...padahal it takes two to make a baby. Plus, it's your body...should be your own responsibility. Kalau ko dah takmo ambik apa2 cara untuk mengelakkan dari ko mengandung, jangan la salahkan laki or takdir..and then go for D&C. Pada aku, itu sangat tak betul. Anak dalam perut tu rezeki...payah perit kita membawa, kalau mati, mati syahid. Bukan la aku nak menggalakkan si blogger tu ngandung just for the sake nak mati syahid...tapi perlu tengok dari kontex agama dengan lebih mendalam. Jangan ikut perasaan hati hanya berdasarkan pengalaman lepas. Kalau betul dah takmo mengandung lagi, then take proactive precautions to make sure it doesn't happen.
Aku bukan nak bang sesapa, tapi ini sebagai peringatan kepada semua orang, termasuk la diri aku sendiri. Banyak kali perkara yang tak diingini berlaku pada diri kita tapi kita cepat sangat nak salahkan orang lain, salahkan keadaan, salahkan takdir. Padahal, diri kita berkemampuan untuk mengelakkan perkara tak diingini itu berlaku.
Renung2kan...dan selamat beramal!
Monday, January 23, 2012
Taking Responsibility
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
i totally agree with ur view. when i read her FB status, dah terpikir dh dlm hati benda yg sama. pastu bila baca entry dia terus mcm apa hal la minah ni. Blh je nak prevent tapi bila dah jadi salahkan org lain plak. Cheh.
JAD: Itula. Aku x setuju kaedah dia. It can be prevented if you really don't want. Plus, cara dia tulis tu, macam make fun lak situation tu..a bit sad, if you ask me. Ramai kat luar tu yang kepingin nak mengandung, mesti terasa dengar dia cerita nak buat D&C gitu je...ntah la...masing2.
kan? tapi maybe la jugak dia tk cerita habis. maybe pakai protection tapi tk cerita. selective story to make it interesting *bersangka baik di hari jumaat*
Who? Who? Who? #kepochi
demmm....org yang trying susah plak nak lekat.
Orang yang tak nak, senang plak nak lekat. Dah dapat, x nak pulakkk...!!!
Isshhhh....marah nie.
Post a Comment