CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Lilypie - Fourth Birthday

Lilypie - Kids Birthday

Lilypie - Kids Birthday

Saturday, January 14, 2012

Hari Blunder Sedunia

Itu la dia camne hari Rabu yang lepas untuk En Rashid. Aku nak ingatkan balik pun macam kesian tapi nak tulis jugak sebagai peringatan untuk dia...lain kali, dengar cakap bini!!

Aritu (lama dah...around a month ago), En Rashid ada bagi gesel pintu tank belah kanan. Ni semua gara2 sibuk dok betulkan aircon time tengah naik ramp parking. Berapa kali dah aku cakap, lain kali...masuk je kereta, tengok dulu apa yang patut betulkan...cermin ke, aircon ke, seat ke..pakai seatbelt, lepas tu baru start kete. Takmo dengar kan..selalu je aku sound dia, dah sampai hiway baru terkial2 nak pasang seatbelt time bawak kete 110km/hr. Tensen aku dibuatnya. Time dah berlaku pergeselan tu, aku diam je. Bebel pun no use. En Rashid tak berani nak cakap apa, kecuali "stupid, stupid" kat diri sendiri. Last2 aku cakap, takyah nak cakap diri tu stupid...lain kali, dengar je cakap bini. Heee.

So, last Wednesday, kitaorang bawak tank pi workshop time lunch. Takde le jauh pun, dekat2 airport subang tu. Sekali ada accident kat federal...nak 45 minutes jugak la baru sampai. Lepas drop offkan tank, kitaorang pun hala balik ke ofis. Sekali dah sampai tempat parking, En Rashid tanya aku..."mana orangnya laptop?"

Laaaaa...laptop tertinggal dalam tank plak!! Dah la lewat untuk meeting. Lepas habis meeting, En Rashid patah balik ke workhop naik myvi. 20 minit lepas tu, aku dapat BBM.

"Kete tersadai tepi hiway"
"Minyak habis"
"Hari blunder sedunia"

If the Universe wants to screw with us, it does it in a big way!

Actually, aku dah cakap dah ngan dia...isi minyak tu dulu, dah agak lama blinking. Sib baik la dapat call tow truck, dapat kena tow sampai petrol station.

Hmmm...itula, lain kali cuba dengar cakap bini!

3 comments:

Aapitz said...

Waaahhhh, sudah jatuh ditimpa bertimpa2 tangga....adussss

Takper2...bukan salah kiter. Salah diri sendiri...so dier nak marah saper kan... hahahahaa

Itulah...len kali dgr cakap bini...ahahahaha :P

zai said...

LAPTOP tu ada tak dlm tank?

Along said...

Apit: Hahhaa..betul, sendiri buat salah kan..ambik pengajaran la..dengar cakap bini..hehe.

Zai: Alhamdulillah..laptop jumpa dalam tank. Tak jumpa, memang haru 1000x ganda.