CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Lilypie - Fourth Birthday

Lilypie - Kids Birthday

Lilypie - Kids Birthday

Tuesday, September 06, 2011

1st Raya...

Dah start keje dah arini. Tapi malasnya nauzubillah. Nak kata mood raya lagi, dah takde mood raya dah. Raya ke3 aku dah buhsan ngan raya. Bleh? Sedih betul…betul orang kata, raya ni untuk bebudak sebenarnya. Aku rasa kalau family aku jenis yang dok jejauh tu maybe terasa sket feel raya tu kot. Ni tiap2 bulan ngadap muka family aku ngan En Rashid, time raya macam..ek eleh, muka ko lagi?
Niat aku nak soh bebudak buat show sebelum dapat duit raya fail. Aku bukan soh buat benda susah pun, nyanyi la sket…takpun joget cakpung ke. Ni depa bleh stare aku balik, macam..apahal ni, bagi je la angpow tu bleh tak? Epic fail.
Hari Raya 1st, kat rumah parents aku. 1st time buat camtu. Selalu kalau raya 1st day kat KL, mesti pi rumah wan aku kat keramat. Tahun ni, ayah aku dah declare, pagi raya kat rumah dia. Lagipun, dia pun dah bercucu 4 dah. Aku ok je..yang penting adik beradik aku semua ada la. Yang cousin mousin tu petang2 sket jumpa pun takpe.
So pagi raya kat rumah parents aku. Terasa gak kelainan dia sket. More intimate. Time sessi salam2, for the first time, semua orang dok sebut semua kesalahan kesilapan yang pernah buat kat orang lain. An honest and tearful event. Part aku salam ayah, aku takleh nak cakap bebanyak. Aku tengok muka ayah aku pun, dah terasa lump in my throat. Time salam ibu lak, aku membebel selama 5 minit. Semua benda aku minta maaf, cakap thank you sebab jaga aku, tolong jaga anak2 aku, banyak lagi la. Time tu airmata dah berderai. Ibu aku pun dah berair macam baru lepas tengok cite Hindustan. Terus minta kotak tisu soh letak tepi dia. Time salam adik2 aku pun sama….semua aku doakan berjaya, menjadi anak soleh, rajin solat, jangan lupakan ibu ayah. Emotional beb!
Dah habis salam2 tu, kitaorang bergambar sat. Kali ni, anak buah aku si Shayen Iman menjadi tumpuan. Daria agak jeles. Bukan agak…tersangat!! Aku dukung si Iman tu kejap pun, dia dah tarik2 tangan aku soh letak bawah balik. Lepas tu soh dukung dia plak. Kot berat tak macam seguni beras takpe la gak kan. Ni naik patah tangan aku nak dukung dia.
Agak2 lepas zohor, baru kitaorg pi rumah wan aku. Cousin mousin aku semua dah ada. Sessi salam menyalam lagi, Cuma kali ni takde nangis2 ke apa. Gelak2 lagi ada la. Lepas tu sessi melahap. Berapa round aku makan, aku takmo ingat. Kita andaikan 2 pinggan je la yer. Disebabkan asyik melantak, lupa nak ambik gambar bebanyak gan wan aku. Isy..nyesal lak.
Petang tu, balik semula ke rumah parents aku. Sessi tido kejap, lepas tu get ready cousin mousin aku nak mai plak. En Rashid dah gelisah…bila nak start jalan pi rumah mak dia plak ni? Tapi sebab dah janji ngan anak2 aku nak tunggu cousin2 aku mai sebab nak main bunga api sekali, terpaksa la dia pasrah. Akhirnya, kul 930pm baru kitaorg bertolak ke Melaka. Takpela, asalakan 1st raya still dapat kat rumah mak dia. Walaupun tinggal 20 minit lagi nak masuk 2nd raya. Heeee…

*post ni patut ada gambar...tapi internet rumah aku macam cilabeng je..payah nak update...nantila...*

0 comments: