CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Lilypie - Fourth Birthday

Lilypie - Kids Birthday

Lilypie - Kids Birthday

Tuesday, February 21, 2012

Masa Sakit Aritu...

...memperkuatkan lagi decision aku untuk tidak pregnant lagi!

Serious. Pening, Badan lemau. Sakit badan. Pitam. Seksanya. Itu blum masuk book lagi, rasa nak muntah 24 jam, sembelit, cramp kaki, sakit belakang, bleeding, hidung ultra sensitif, kluar masuk spital ambik drip...huhuhuhu...cukup la tu..

Aku dapat bayangan rasa tu selama 2 minggu pun dah tersangat seksa...tak sanggup nak pikir kalau 9 bulan aku rasa camtu lagi. Nak2 la ngan umur aku yang dah makin lanjut (uhuk...marah Sal kalau aku cakap aku dah tua...kita seumur ya!!)..lagi la aku rasa mesti out giller2 aku kalau preggers lagi. Silap2 terus cuti keje setahun. No play2.

Aku dah banyak kali hint kat En Rashid yang aku dah tutup kilang, tapi aku rasa mamat tu antara percaya tak percaya la. Sekarang ni dia tak la mendesak, sebab dia tau aku tengah belajar lagi. Nanti bila aku dah grad bulan 9 nanti (insya'allah), mungkinkah dia akan ungkit subjek ni. Oh tidak.

Bukan aku tak teringin anak lagi. Kekadang bila tengok baby, rasa geram je, rasa nak cubit2 pipi baby tu. Tapi ingat2 balik part ngandung, aku surrender. Kalau aku jenis yang preggers senang, tiap2 tahun aku bunting. Percayala. Sapa yang pernah rasa demam denggi ke, demam sejuk yang sakit sendi2 tu...bleh agak2 la camne aku rasa time preggers. Sapa yang pernah kena muntah2 cirit birit, bayangkan la 24 jam sehari selama 9 bulan ko rasa camtu. Sanggup?

Kekadang bila aku cite kat orang pasal aku takmo pregnant lagi, kebanyakannya menggeleng kepala. Cakap, aku muda lagi la, tanya aku takmo anak lelaki ke, warning nanti En Rashid ada alasan carik bini muda.

Takpela...aku dah ada 3 puteri comel2 ni pun dah sangat bersyukur dah. Kalau En Rashid nak jadikan condition aku sebagai sebab nak menambah bini, silalah. Huhuhuhu....beranikah dia? Wataaaaa...karate kick nanti flying nanti. Hehehe..

2 comments:

Sal said...

Along.....kite muda lagi lah...hehehe.

Huda Ahsin said...

Pasal cerita yg satu tu... Understood how you feel & I doakan yang terbaik untuk you... either way.
Alhamdulillah... you dah sihat & semoga terus-terusan sihat!