Rasanya semua mungkin dah dengar berita. Dr. Lo' Lo' meninggal dunia malam semalam akibat kanser. Berita yang sedih, bukan sahaja bagi penyokong politik beliau tapi juga saudara mara dan sahabat handai.
Aku kenal arwah sebab rumah dia betul2 sebelah rumah arwah atok aku kat Keramat. Selama kitaorang kena dia, memang beliau seorang yang baik hati dan peramah. Tak kedekut dengan senyuman. Masa atok aku sakit dulu, dia selalu datang menjenguk, bagi ubat, bagi nasihat. Memang baik orangnya.
Aku tak tau pun dia sakit. Maybe dia tak bagitau orang kot. Or maybe aku je yang tak tau. Apa2 pun, aku harap dia pergi dengan aman. Harap keluarganya pun dapat hadapi dugaan ini dengan tabah.
Semoga roh Arwah Dr. Lo' Lo' ditempatkan disisi mereka yang diredhai oleh Allah.
Monday, July 18, 2011
AlFatihah Untuk Keluarga Arwah Dr. Lo' Lo'
Posted by Along at 1:45 PM
Labels: Death, Friend, In the News
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Al-Fatihah... Semoga roh arwah ditempatkan bersama golongan yang dikasihi Allah... Amin.
Tak pernah kenal personally pun terkesan juga dgn pemergian dia.
Post a Comment