Aku sebenarnya nak kena study ni. Khamis ni aku final paper untuk Law. Law ok, yang sangat susah tapi lecturer sadis tak bagi bawak notes masuk kali ni. Lepas tu kena hafal kes2 yang berkaitan ngan Act2 tu semua. Giller la...lawyer pun takyah hafal kes. Depa ada sejuta buku nak refer.
Tapi sebab ramai yang dok tanya aku outcome malam award tu (ceh, ramai ke? sorang dua je...hehehe.), aku cerita kejap kat sini.
Aku tak menang.
Huahahaha. Sungguh anti klimax. Tapi takpe...there's always next time. And macam aku cakap dalam post yang lepas, dah kena calonkan pun dah bersyukur dah.
So anyway, Malam Award tu diadakan di dewan sebuah Uni tempatan. Of course la tempatan kan, takkan kat overseas plak...agak melampau di situ. Kira gempak jugak la, organizers tu bikin tema untuk malam tu. Tema dia F1. Jenuh aku ngan En Rashid pikir, apa benda nak pakai ikut tema F1 ni. Baju F1 yang kitaorang ada, punya la dah lama...team tu pun dah takde dah dalam F1 lagi. Last2 pakai sedondon shirt Kompeni je. Memang takde harapan la nak menang Best Dressed. Takpe...janji masih ada can nak menang lucky draw.
Kitaorang sampai dalam kul 8pm sebab En Rashid nak solat maghrib dulu kat rumah. Itu kira aku dah lambat dah tu sebab patut ada kat dewan kul 7pm. Apahal nak soh aku terjenguk kat dewan tu awal2, aku pun tak sure. Masa sampai tu, kitaorang nampak banyak kereta2 sports kat luar dewan. Fuyooo, kereta Ferrari pun ada. Lepas tu tengok manusia2 yang berdress up..memang hebat la. Ramai gak yang pakai ala Umbrella Girl. Terus aku cuit En Rashid, tengok...kalau aku pakai ala Umbrella Girl, mesti aku dah bleh fit in. En Rashid kata setakat umbrella Avon je, baik takyah. Cet!
Yang tak best sket is aku ngan En Rashid tak dapat duduk semeja. Semua nominees kena duduk satu tempat. Tapi yang best, meja aku depan sekali. So puas la tengok persembahan2 semua. And agak gempak jugak la persembahan2 malam tu. Most of them menyanyi...ada satu je group yang buat tarian. Paling gempak mamat yang menang tu la...rock kapak habis!! Time dia dok nyanyi tu, aku sms En Rashid "Tu dia!! Rock Kapak habis...sesuai ngan jiwa abang."
Ni gambar aku ngan mamat rock kapak tu. Makeup celak kalah aku. Aku pun tepek bedak je, lipstick pun tak pakai. Sib baik mamat ni takde bulu dada, kalau tak aku dah soh butangkan baju. Auuwww...tak rela you!! Hahaha. En Rashid tak puas hati, camne aku bleh dapat bergambar ngan mamat2 ni. Dah meja aku depan sekali...depa lalu time beratur nak ambik hadiah. Aku main cuit je, ajak bergambar.
Lepas dah habis semua persembahan, depa start umumkan semua pemenang kategori best manager, best executive, best customer support, etc, etc. Dalam kategori aku Best Manager of The Year ada 5 calon. Aku sorang je wanita. Hehehehe...rose among the thorns. Time dia umumkan tu, dia tunjuk muka2 calon kat screen besar...muka aku kluar last. Yang agak lawak sket, time muka aku kluar, ada sedikit technical error...screen terblank kejap. Dalam hati aku dah berkata "petanda awal tak menang tu!"
Memang pun...hahahha...yang terpilih, sorang manager dari Perak. Memang dapat tepukan gemuruh la sebab team dari Perak turun berduyun2. Siap ngan war cry "Ipoh Mali, Tadak Sombong!" Lawak je.
Masa depa umumkan pemenang, En Rashid terus sms aku, "alahai...tipu la. takpe, nasib baik ada rock kapak tadi."
Takpe la cik abang, rezeki takde kali ni. We try harder next time, kay. Cuma melepas la hadiah untuk yang terpilih tu...RM4K. Banyak tu!!
Agak lama jugak part nak bagi award tu. Aku rasa ada dalam 10 ke 11 kategori. Yang best bila time award untuk team, satu team naik ke pentas. Padahal MC dah cakap, wakil sila datang ambik hadiah. Wakil ke benda...depa naik sekali ngan umbrella girl, ngan ahli team yang pakai full face helmet semua. Hahaha..tapi best la, meriah dibuatnya.
Dah habis bagi award, bagi lak award untuk persembahan terbaik. Semua orang dah agak mamat rock kapak tu akan menang. Dia punya showmanship power, jerit kalah Amy Search, sampai terbaring2 atas stage. Pergh!! Memang layak la untuk menang. Tepukan gemuruh untuk dia.
Dah habis bagi semua award tu, depa announce lucky draw plak. Top 3 prizes gempak gak...flight and accommodations to Singapore, Shanghai and Melbourne. Semua tempat2 yang ada F1. Malangnya, aku ngan En Rashid tak terpilih untuk menang apa2 pun...isy, isy, isy. Memang kitaorang jenis tak pernah menang lucky draw.
Habis lucky draw, persembahan dari artis jemputan lak...Faizal Tahir. Time tu En Rashid dah call aku ajak balik. So kitaorang pun balik...tapi singgah kejap ambik gambar ngan kereta2 hebat kat luar dewan tu. Hehehe...
Sorila, gambar agak gelap. Dah nama pun pakai camera phone. Saja je kan, padahal aku dah charge dah camera kat rumah. Lepas tu, sebab aku sibuk nak bawak clutch je pi dinner, lupa nak ambik camera. Takpe, janji dapat tayangkan clutch baru aku.
So itu la dia cite Award Nite hari Sabtu lepas. Walaupun tak terpilih, tapi tak mematahkan semangat untuk berusaha lebih bersungguh2 lepas ni. Nak2 ada yang sms and YM ucap tahniah dan bagitau how proud they were of me. Sob...sungguh menyentuh hati.
Anyway, ada gak yang tanya...kalau aku terpilih malam tu, apa speech aku nak bagi. Hahahaha...ada la gak rehearse bagi speech sket...kot2 la terpilih kan (wishful thinking). Speech aku lebih kurang macam ni...
"Wow. Thank you. This is such an honor. 2 people are my inspiration when it comes to my work ethics; first and foremost, my father, who was a loyal Company employee until he retired. Secondly, my husband, who never fails to amaze and inspire me everyday. My sincerest thanks to my bosses; Boss 1, Boss 2 and Boss 3, for nominating me. And last but not least, thanks to my team, for without you guys, I would not be here. This award belongs to all of you. Thank you."
Amacam...ada gaya menang Academy Award tak? Muahahahahaa.....
3 comments:
tangan nak lambai kena gaya miss world/miss universe.
plus, ko lupa cakap 'i wish for world peace and an end to hunger'
definite award winning speech along... ooopss along lupa.."lihat lah donia!! lihatlahhh!!" hahahahha
TOAJ: Itu menang Miss Universe. Ada kena baling tomato kalau buat gaya camtu kang...hahaha...
Sity: Sapa yang ngajak lihat donia tu? hehehee...takpela..ni speech dalam toilet je la akhirnya since tak dapat naik stage..muahahaa..
Post a Comment