CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Lilypie - Fourth Birthday

Lilypie - Kids Birthday

Lilypie - Kids Birthday

Tuesday, August 18, 2009

Cerita Rumah Sewa Ayahku

Aku taip entri ni dalam Bahasa Melayu sebab kalau bab nak ngumpat orang, sangat best kalau dalam bahas ibunda. Ni bukan nak cite apa sangat pun, cuma nak luahkan perasaan pada sesetengah orang yang bangang yang sejak dua menjak ni dok call aku.

Parents aku ada beberapa buah rumah. Alhamdulillah la, rezeki depa. Ni bukan nak berlagak hal tu, tapi nak cite hal tenant2 budus yang dok rumah ayah aku.

Baru2 ni ada satu famili baru kluar dari rumah ayah aku kat Taman Medan. Memang bangang la tenant ni. Dah le menjahanamkan toilet, bleh salahkan ayah aku lak tu. Apa hal ko yang buat toilet bowl tu sampai terjongkit (terjongkit ok? Dia bagi gajah duduk apa?!!), yag ko nak salahkan ayah aku apahal? Orang lain duduk atas toilet bowl sopan je, ko duduk main hempas je pantat tu, mana tak terjongkit? Lepas tu bleh sound ayah lak..."bagi orang duduk rumah, tapi toilet macam tandas awam".

HELLLOOOO!!!

Kalau toilet tu dah macam tandas awam, ko sefamili le yang bikin. Agak kencing atas lantai tak jirus apa? Rumah tu cukup sempurna time ayah aku bagi ko duduk. Sengal punya manusia la.

Dah ni, dapat tau mamat ni tak pernah bayar bil letrik. Ayah aku pi check....RM4K lebih tertunggak!! Giloo apa? Agak selama dia duduk 2 tahun, memang dia tak pernah bayar bil agaknya. Yang kami orang heran, kenapa lak TNB tak pi potong letrik dia. So conclusion dia, time orang TNB mai nak potong, mamat ni bagi rasuah sket supaya jangan potong. And then, dia duduk free2 je letrik..dah kluar, jadi keje ayah aku lak kena pi TNB settlekan hal ni. Bila ayah aku bagitau dia hal ni, dia buat2 terkejut lak. Aku tepuk dahi tu kang, buat2 tak tau lak. Dah jadi panjang cite, last2 dia cakap ngan ayah aku..."Kami orang miskin, manade duit nak bayar bil api tu."

KEPALA HOTAK KO!!!

Kalau ko bayar bulan2 bil api tu, takde le tertunggak sampai RM4K lebih. Yang ko sefamili dok terbongkang dalam bilik aircon pasang full blast, ko tak terasa miskin lak time tu. Macam anak raja lak feeling ko. Memang hangin aku dibuatnya dok pikirkan orang sengal macam ni.

Ni ayah aku nak buat report polis and pasang lawyer, saman mamat bengong tu. Tapi tak tau la, dapat balik ke tidak duit ayah aku tu. Yang penting, aku akan bagi sokongan kepada ayah aku untuk sentiasa menyusahkan hidup mamat tu selagi tak settle hal ni.

Okla..itu bab mamat bontot bagak tu. Ni hal orang2 yang dok call hal rumah kosong tu plak.

Wei, kalau ko call aku, nak tanya hal rumah sewa, bleh tak bagi salam dulu. Ni tak..terus main sergah.."Rumah kosong tu berapa mintak?" Ek eleh..bila aku bagitau harga, ko sound aku balik..mahal!! Apa hal?!! Tak mampu tu, buat je la cara tak mampu. Pi ah carik rumah lain, aku tak paksa pun ko dok rumah ayah aku tu. Ada tu lak, pandai2 nak letak harga sendiri...lepas tu ajak jumpa nak sign agreement. Hek eleh, kalau jumpa, aku sekeh kepala tu sikit bleh? Ayah aku takde le kemaruk sangat nak sewakan rumah tu...kali ni nak carik tenant yang waras sket. Biar rumah tu kosong dari pening kepala ngan tenant mereng.

Tadi lak ada sorang mamat India call aku, tanyakan hal rumah tu. Cakap ok la, sopan semua tapi ayah aku dah letak syarat..only muslim family. Bila aku bagitau mamat tu, terus dia terasa...ooo, kalau Indian Christian tak bleh ka? Aku bagitau la..ayah aku takmo, nanti korang bela anjing ke, masak pakai minyak babi ke, susah kitaorang nak bersih kan. Terus dia sound aku...ingat kami orang kotor ke? Hek ele, bila masa lak aku cakap ko ni pengotor?!! Aku cakap lain, ko jangan nak twist words aku ok. Still aku bleh sabar lagi, cuba nak explain. Dah tu, dia bukak cite famili dia..parents dia dok mana ntah, dia keje mana ntah, rumah tu kat tengah2, senang dia..apa ntah..ada la 5 minit dia dok cite. Aku dah le tengah drive, hujan lak tu...antara dengar tak dengar je. Last2 aku bagitau...ok sir, I take your number and let my parents know. Kalau depa setuju, I call you.

Silap la aku nak call ayah aku, dah tau dah jawapan. Aku tunggu sejam dua..then sms mamat tu balik. Sori tapi ayah aku insist on Muslim famili. Hope you find another house soon. Mamat tu tak puas hati, terus call aku. Aku silentkan terus phone tu. Maleh nak layan.

Aku tak tau sampai bila aku nak kena layan phone call orang2 sengal yang dok carik rumah ni. Ibu aku pun satu, pi letak no telepon aku kat iklan tu apahal. Sabar je la. Mentang2 la aku ni garang sket and cerewet macam ayah aku. Hehehe..

12 comments:

saudah said...

stand for your right gurl..mmg orang yang call tu mcm2 jenis..odah dah merasa..bila sebut harga sandard, mintak kurang..last last up kan sikit sewa tu baru ok..

rumah odah, sinki toilet jatuh..dia leh marah odah cakap sib baik tak kena kaki anak dia la bla bla bla..taknak ganti..tertunggak sewa 2 bulan, bila mintak duit, siap cakap, kalau macam ni makcik nak pindah la rumah sedara hape ntah..tinggalkan rumah SGT KOTOR..sampai geli odah nak cuci kena panggil cleaner..

but bila dia mintak deposit utiliti (sebab deposit sewa dah byr sewa terakhir), odah listkan things yg odah buat ngan duit tu n tak pulangkan langsung..

apa-apa pun make sure tenancy agreement tu ada dan bersign dan diatikan setem..tu yg akan melindungi tuan rumah

theotheraj said...

ayah ko dapat tenants biol..

aku dapat landlady biol..

Mom-On-The-Loose said...

I know what you mean. My dad pun macam-macam sangat problems ngan tenant. Serik nye pasal he rather leaves the houses unoccupied. Worst case that happened to us was when a single female tenant who was a JUDGE yang buat palat. Ya Allah, she left the house in such a horrible state. I don't know how she did it ok?? Hire orang to hangkut tanah and daun biar masuk sampai dalam bedroom semua. And she never paid rent for 4 years or so my parents were occupied with esso at that time) and just left the house wihtout leaving any keys. sheesh. so yes, biar cerewet masa nak pilih tenant nih so that later tak sakit jiwa!!!

Real Woman said...

wow!! first time ni dgr u berbahasa 'kasar'!! but if i'm in your situation pun i akan mcm tu! i pun ada rumah sewa..and dah banyak tenant dah duduk situ, but at last yg reti jaga rumah tu is budak2 bujang 4 org. at first kitorang cuak jugak nak bagi guys ni duduk but alhamdulillah diorang jaga rumah tu mengalahkan perempuan. dapur bersih..agaknya tak pernah masak kot! tenant paling teruk i pernah dpt a malay family with no small kids!!! bulb lampu dlm toilet blow pun suruh kitorang beli and ganti!!! pas tu time keluar dia cabut aircond yg diorang pasang but tinggalkan dinding rumah i berlubang and kitchen jgn cakaplah..hancussss!!!

Along said...

Saudah: My dad memang very particular hal agreement semua. Tapi ntah camne, bleh dpt lak tenant sewel ni.

TOAJ: You should blog about that in more detail. Heee..

MOTL: Yep, you cannot judge the tenant based on their job. Kekadang yg keje professional ni yang lagi biol. Macam takde otak kekadang...no common sense.

RW: Hehehe...that's why I like to write in English most of the time, sopan sket bahasa. But about this, memang geram. Grrrr....some people...no brain. Light bulb pun takleh tukar sendir ke? Sedihnya...so spastik.

Huda Ahsin said...

first time dtg sini tapi terus dpt baca cerita menarik walaupun menggeramkan!
Macam kitaorg sewakan aptmt kat students MMU.
1st group pi cat dinding kaler purple & merah (artistik le konon), dah ler jadi gelap gulita, janji nak cat balik -takdenye... bila keluar siap boleh hangkut washing machine dgn peti sejuk lagi!
2nd group pulak bila keluar hangkut semua, ni SEMUA tau perabot kat dlm aptmt tu. Hiyyy!!
Tensen betol!
Lepas ni kena impose deposit perabot & barang rmh. Kalau tak, bengkok ler mcm nih...

Aktif Mama (Sal) said...

Banyak org..banyak ragamnye. Manusia nie kengkadang tak pernah nak ngaku silap sendiri. Dulu ayah aku pun kena jugak, masa sewakan rumah kat satu famili nie...dah sampai 6 bulan tak bayar sewa. Kata nak bank in..tak bank in pun. Bila dtg umah nak kutip sewa...boleh bagi setengah bulan je, boleh gitu. Bengang giler ayah aku...last2 ayah aku suruh dia org cari rumah sewa lain.

Bila famili tu dah blah, aku ngan mak aku kena kemas rumah mcm org giler. Banyak benda yg dah rosak...sampai pintu pun bleh tercabut...kepala shower pun boleh patah...hai entah apa yg dia org buat kat rumah agaknye...Vandalism kot...

J.A.D said...

aku plak umah aku sink kat all the toilets dah senget benget tinggal nak jatuh je. budak2 kena ban dari pegang sink tu takut jatuh atas kaki padahal dah komplen dari mula2 masuk umah, dgn air meleleh dari sink n membanyakkan bil air, dgn banjir kat dapur everytime ujan lebat, dgn dinding bercapuk2, tuan umah buat derk je. Bila bagitau ada surat lawyer pasal bil indah water tak pernah bayar pun buat derk. Jgn nanti salahkan kitorang udah le...

Along said...

Huda: Thanks for dropping by. Mak ai, itu lagi parah..dah le buat palat..curik barang tuan rumah lagi tu.

Sal: Like I said, some people put their brain in their butts!! Monyet lagi tau jaga tempat tinggal..

JAD: Itu la..tak tenant mereng, tuan rumah sewel...bagus la.

green apple said...

sebab tu la akak taknak sewa rumah, jula je terus. sakit hati dapat tenant yang tak reti jaga rumah. mentang2 la bukan rumah sendiri, so takyah jaga, biar tunggang terbalik. heran camne org boleh sanggup duduk kat rumah yang tak berkemas. kot ye pun bukan rumah kau, tapi kau yg duduk situ hari2 takleh ke ringan2 tgn sket sapu rumah? kang kalau aku yang sapu, ngan kau kau sekali aku sapu keluar.

Aapitz said...

wowwww Along, your BM is so telus....ahahahaaaaa...

Anyway..if dah ader tenant agreement, dah boleh cover laaaa ur dad portion..Not much to worry...tp standard aaa resam orang yang malas nak bayar hutang, mmg bertahun laaaa nak tunggu bayar balik kan...macam2 alasan laaa keluar nanti....

Aunt Juicebox said...

Hmmm.