CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, December 17, 2011

Ice Cream Cure

Aku dah naik tahap muntah dah ngan assignment MBA aku ni. Serious! Tiap2 hari aku ngadu kat En Rashid, ngadu kat Min, ngadu kat boss...padahal, bukan depa bleh tolong pun. Paling tidak buat muka simpati. Padan muka aku. Dulu kata buhsan kan? Konon nak challenge la ye? Hambik ko...challenge sangat la ni!! Sampai tido kul 3 pagi, bangun muka macam zombie, semua dah tak kena dah.

Semester aku ni tinggal 2 minggu je lagi tapi 2 minggu ni la yang sangaaaatttt hectic. Ngan research papers due, assignment, finals lagi....uwaaaaaa!! Kenapa la aku pi seksa diri camni??

Takpe, takpe...lepas ni, tinggal 1 more trimester, then no more classes. Yeaaahhh!! Cuma tinggal research paper or case study. Yang mana senang nak buat...research paper ke, case study? Sekarang ni main pikir yang mana senang je...dah tak kesah dah hal ilmu yang nak ditimba..huhuhuhu...

Aritu, aku punya la tensen...dah tahap dewa punya tensen. Ngan assignment, ngan hal keje, ngan hal perang dunia ke3 ngan En Rashid. Dok borak2 ngan Liza kat whatsapp, dia dok cite hal Tutti Frutti lak. Terus aku kempunan!!

Jam2 tu jugak la, aku pi berbaik ngan En Rashid. Frozen yogurt punya pasal!! And also sebab aku nak gak cium bau syurga...betul tak? Hahaha...time2 tu la teringat peranan sebagi isteri mithali kan? Dah berbaik tu (kejap je, aku nyendeng2 sket kat dia...kira dah berbaik la tu), aku ajak dia pi makan TF. Bebudak semua dah tido, dengan konfident kitaorang tinggalkan depa and cabut pi makan aiskrim.

Sekali TF tutup ko!! Alahai, padahal baru kul 11pm. So aku ngajak En Rashid pi cuba kedai aiskrim lagi satu, Ice Room. Selalu gak lalu depan kedai tu tapi tak pernah nak masuk. 1st, sebab selalu ngan bebudak, so malas nak layan depa makan aiskrim. 2nd, setakat makan aiskrim je, takyah nak kluarkan duit bebanyak. Beli je aiskrim singgit kat 7-E tu. Takpun aiskrim tub kat giant...bleh makan berhari2.

Time kitaorang masuk IR tu, still ada orang lagi. Tapi muka bebudak yang jaga kedai tu macam pasrah je bagi kitaorang masuk. Hehehehe, agaknya dah nak tutup kot. Tapi aku tak pedulik...aku dah tensen ni, the only cure is ice cream!
Tempat dia menarik jugak la, green theme. Sebabkan aku ngan En Rashid baru je berbaik, so masing2 terasa romantik sket la. Terus pilih duduk kat booth kat belakang, konon nak privacy. Dah duduk tu, dah order semua baru aku paling ke kanan...laaa, sebelah toilet rupanya. Romantik sangat la tu!

Bila tengok menu, rupanya bukan setakat aiskrim je yang jual kat situ. Nasi ada, mee ada, pasta ada...tapi dia promo aiskrim upfront. OK gak la harga dia...pasta macam RM8.90. Murah la dari Secret, cuma aku tak bleh nak komen about the taste since tak cuba.

Sebabkan aku je yang kempunan aiskrim, kitaorang order satu je. Banyak gak choice aiskrim yang dia ada. Tapi antara bebanyak tu, aku tak paham yang ni dua....

Green tea and yam??? Sungguh la yuck nya!! Dulu aku pernah cuba donut Big Apple yang green tea tu...uwekk...tak sesuai! Dah nama pun aiskrim, takyah la nak pikir health conscious. Yam tu pun satu...dulu aku rasa aku pernah cuba masa kawin Akish dulu kot. Betul tak kish, ko kawin dulu ada asikrim yam?! Sori la, tapi aku la antara yang kutuk choice of dessert ko. Hehehehe.

Ni aiskrim yang aku pilih...tropikal mixed fruit snow ice. Sib baik gak la order satu, banyak giller dia bagi. Sedap gak la, no complaints.
Ni En Rashid yang order, avocado mini bun. Tapiiiii...takde rasa avocado pun. Rasa macam kaya pandan je.Mahal gak la, aku rasa 3 ketul ni dalam RM6 kot. Padahal ko bleh je ngap satu tu sekali gus. Aku dah ngap separuh baru teringat nak ambik gambar. Hehehehe..
Ni pun En Rashid orderkan, konon untuk aku. Tiramisu cake. Ok la, not bad. Light and fluffy...cuma aku dah kenyang dek aiskrim so bila time makan kek, mual sket dah.

Masa kitaorang tengah makan tu, budak kedai tu mai tunjuk bil. Hehehhe, depa nak tutup cashier rupanya. Sian...sib baik aku ngan En Rashid jenis makan cepat. And takde nak tunjuk2 ngada main suap2 kat situ. Takpe dik, lain kali akak datang ngan anak2 sekali. Baru ko tau camne havoc nak melayan bebudak makan aiskrim ni.

Verdict: Not bad. Reasonable price and food portion. Dah cadang nak bawak bebudak pi makan sana sometime next weekend. Insya'allah....

3 comments:

Jaja® said...

just had tutti frutti siang td, mengidam nye pasal.

sedap mmg sedap tp rm5.30 per 100g. and the choice of toppings mmg terbaik.

Anonymous said...

Along, next time kalau teringin TF malam2, bole g TF Kajang. Mereka bukak sampai 12malam. Lokasi, Sentosa Avenue, belakang hospital kajang. --silent reader.

Yazmin said...

Ah so World War III has been resolved.

I wish it was 1st of Jan already :( *sobs*