Hilang mood lak aku nak sambung cite China. Nantila...kot2 semangat aku datang, aku sambung story. Time tu sure dah basi 2-3 bulan. Nasib la kan.
Last weekend patut kitaorg balik rumah in laws aku. Tapi tak jadi sebab MIL aku nak mai plak ke sini tengok akak ipar aku masuk hospital. Sian SIL aku, kena admitted sebab low placenta. Dah tu senang sangat bleeding. Doctor tahan sampai nak bersalin. Kalau bersalin minggu depan takpe la kan...ni lagi 2 bulan!! Dok la bed rest kat hospital tu sampai muntah kebosanan. Aritu aku ngan En Rashid pi melawat, memang giller bohsan. Dah la TV jenis siaran hujan. Setakat ada TV1, TV2, TV3 dan siaran hujan..hehehe. Aku cadangkan dia beli iPad..paling tidak dapat la main Angry Bird sampai terror.
Ni aku tengah sayu dengar suara anak kucing menangis atas bumbung jiran belakang rumah aku. Anak kucing tu kena culik ngan monyet aritu. Oya, aku tak cite lagi hal monyet bangang yang dah start terrorize area rumah aku ni. Dah 2 kali dia masuk rumah aku...sekali tu dia ranapkan bilik air aku yang kat tingkat 2 tu!! Habis semua towel2 aku hitam kena tapak tangan dia semua. Sib baik aku tutup pintu bilik air tu, kalau tak, mesti dia dah masuk bilik aku. Satu keje aku nak ngejar dia kluar bilik aku lak.
Aku dah pernah panggil dah Animal Control mai tangkap monyet tu. Takut la wei...aku ada anak kecik yang comel gebu. Kot monyet tu berkenan nak buat kawan, dia gigitnya nanti...tak comel gebu la anak aku lagi!! Tapi time orang2 tu datang, monyet tu lesap lak. Cam tau2 je ada orang nak mai tangkap dia. Dua hari lepas dia colek anak Terra bawak naik aras bumbung. Menjerit2 Terra tengok anak dia kena kidnap dek monyet lahanat tu. Dah tu, monyet tu biar je si anak kucing tu kat atas bumbung. Aku rasa dia ada kat salur air tu, tapi tak nampak. Dengar suara dia dok nangis panggil mak dia je. Siannya...si Terra lak tak tau camne nak panjat ke atas tu. Dia pun dok tiak2 panggil anak dia. Isy...agak2 kalau aku panggil bomba selamatkan si anak kucing tu, melampau ke? Aku ni mudah sensitif la plak...aku rasa esok lusa mesti dah tak dengar suara anak kucing tu dah. Mau mati kelaparan dia kat atas tu. Isy..takleh pikir....*sob*.
Oya, tajuk entry aku konon nak cite hal aku pi Matta Fair ngan En Rashid tapi dah malas plak. Sebabnya, aku dah dengar suara anak kucing tu makin sayup. Isy...aku nak pi suruh En Rashid pujuk aku kejap. Sedih plak!
Monday, August 15, 2011
Matta...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
aaahhh..sial..!
Aku ingat anak Terra tuh anak org...rupanyer anak kucing.. Cisss, tertipu aku... Demm U...! :P
Mana datang si monyet tu?? Aii? tgh2x bandar pun monyet berkeliaran...
Aapitz: OMG!! Tak clear ke aku tengah tulis pasal anak kucing? Hehehee...sori, bukan niat hamba nak bagi panik.
ps: Kalau anak orang kena kidnap monyet naik bumbung, mesti dah glamer muka aku masuk TV..sebab belakang rumah aku je.
Sal: Tak tau la. Ni mesti sebab hutan2 banyak dah kena tebang..depa ni dok buat rumah je. Monyet tu pun have no where else to go. Sian gak...
Along..u can always call Jabatan Pertahanan Awam..Bomba pun boleh..if they don't have emergency, they can entertain cases like this
Post a Comment