CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, March 10, 2008

Hasad Dengki

Ni kali pertamalah aku tulis blog dalam bahasa melayu sebab aku rasa kalau cakap english, tak terkeluar luahan hati aku ni. Orang2 yang mungkin baca, kalau ada yang termakan cili dan terasa pedas, sendiri2 paham lah yer...

Apasallah korang dengki aku bukak spa ni? Aku ada mintak duit korang ke? Aku ada kacau korang ke? Aku ada memekak pasal spa aku kat telinga korang ke?

Aku buat keje part time ni sebab nak bagi aku bahagia. Sebab aku nak hidup aku berubah untuk kebaikan. Sebab aku nak merancang untuk masa depan. Langsung takde kena mengena ngan korang pun. Laki aku pun restu keje aku ni, dengan syarat tak mengganggu keje aku yang sebenarnya. Asalkan aku tau carik masa. Asalkan aku tak abaikan tanggungjawab aku sebagai isteri dan ibu. Kalau laki aku tak banyak soal, apehal korang lak yang lebih2?

Apasal korang asyik cakap sinis depan aku hal spa aku? Korang yang dah berjawatan tinggi pun nak dengki ngan aku yg keje cabuk kat kompeni ni ke? Aku buat keje spa ni, takde effect langsung keje aku kat kompeni, ok? Time keje, aku keje....aku pulun, aku pi meeting, aku deliver, aku siapkan paperwork aku. Time lunch atau after office hours, kot aku nak surf2 website spa yang lain, sukati aku lah.

Aku sedar sapa aku kat kompeni ni. Aku tak reti cium bontot bos, tak reti nak ajak2 bos besar pi lunch, tak reti nak tanya2 kabar orang atasan. Kalau aku buat, mesti orang ingat aku buang tebiat. Aku bukan keji korang yang baik ngan bos, tapi jangan korang berbaik tu, ada muslihat nak jatuhkan orang lain. Aku dah kat bawah dah pun, takde tempat lagi rendah nak pi.

Lantaklah korang. Aku ni tak reti nak doakan kejatuhan orang lain sebab tu lah aku pelik kenapa korang obses nak jatuhkan aku. Kot aku nak belah dari sini bila tiba masanya ke tidak, sukati aku lah. Kot aku nak stay kat kompeni ni sampai aku pencen pun, sukati aku lah. Bukan duit korang aku ambik sebagai gaji aku. Bukan bonus korang yang aku ambik buat belanja aku.

Aku doakan korang cariklah hobi lain selain ngumpat orang lain. Orang atasan kerajaan pun dah boleh halau, apa lagi orang atasan kompeni ni. Ingat-ingatlah.

13 comments:

nuhaafnan said...

kesian along, kan? awat la depa ni buruk sgt perangai? sabar byk2 la eh, insya allah satu hari nanti allah bayaq cash kat depa (hah, kan dah keluaq slang penang si anne ni)

Anonymous said...

(post bahasa melayu, komen pon bahasa melayu lah. saya cuba, ye?)

Buat bodoh ngan tu orang semua ah, beb! Lu bukak spa, lu sukses, lu untung. Diorang nak step dengki, nak jealous, bleh blah sua .... dok one corner, korek hidung. Kalau dah melayu step melayu jugak. Tak senang tengok orang lain happy.

OK, beb. Semoga berjaya dalam bidang spa ni. Nanti gua datang ngan gua nye orang rumah, lu kasi dia treatment best-best, ok?

Maceh!

knv said...

abaikan. abaikan.

orang2 yang camni biasanya orang2 yang tak achieve apa2 in their life. pasal tu bila depa tengok orang nak naik sikit depa jadi panas buntut!

so please take this as a challenge for you to work harder and be more successful ok. we'll see who have the last laugh then.

all the best along!

Kaklong Syikin said...

salam,

tahniah along atas bisnes ni.

byk2 doa minta depa ni tak minat nak umpat2 pasal along lagi dah.

suka baca hub. along n suami..saya doakan kalian bahagia ke syurga. dah 13 thn rupanya, saya baru nk masuk 10 thn. kena berguru ngan along nampaknya ni :)

lilinbiru said...

thanks for dropping by @ my blog...dont bother what ppl say.sbb tu i dont make friends now. sometimes, i'd rather stay that way..dari ada kawan yang menyakitkan hati

famil said...

its common human trait. will always pull us down.

kalau alexander graham bell termakan hasutan org2 di sekitarnya, maka sampai sekarang lah kita tak ada internet / telipon. dia cuba 1000 kali tau, bayangkan kejian masyarakat masa tu...

Aapitz said...

Along.... i wanna to share with you one story....( rasernye ko dah dengar gak kot )

Pada suatu ketika...di sebuah kawasan paya...tinggallah sekumpulan katak - katak. Suatu hari, raja katak memanggil rakyat jelata untuk mengadakan suatu pertandingan....siapa yang dapat memanjat menara yang tertinggi di kawasan paya itu akan mendapat habuan yang besar dari raja.

Arakian..berkumpulah sekelian katak untuk menyaksikan pertandingan itu... Banyak katak yang datang dari segenap pelusuk mencuba nasib...

Pertandingan pun bermula....menara itu sangat tinggi dan disaluti lumpur dan selut...jadi banyak lah katak yang kencundang di tengah kerana tidak dapat bertahan.

Tapi ada seekor katak kecil yang berjaya memanjat menara itu...perlahan -lahan katak itu tiba di atas...walaupun licin, digagahi juga dan dengan kerja keras katak kecil itu mampu bertahan...dan menerima habuan raja

Jadi ape rahsia katak itu.... dia buka super hero...dan dier bukan adik beradik spider man...

Dia adalah seekor katak yang pekak... Sebenarnya, masa pertandingan berjalan...banyak lah katak - katak yang dibawah nie berkata... " Ehh..boleh buat ker, susah lah....". " Tak payah laaa buat...silap2 mati terjatuh ". " Setakat habuan raja tuh, aku buat benda lain lagi bagus "..Jadi katak - katak yang kecundang tuh, bukan lah tak gagah...tapi sebab banyak sangat dengar cakap katak - katak yang lain kat bawah...buat katak2 itu tidak yakin pada diri sendiri

So...moral of the story...Jadi lah seorang yang pekak...Tak yah dengar aura2 negatif dari orang lain2....biasa lah manusia..tak leh tgk org senang sikit...ader jer nak comemment n tak puas hati

Be confident...n do whatever best for you n your happiness...the sky is your limit..n no one can stop that...

: KEEP STRONG.. and THINK POSITIVE :

Anonymous said...

saper yg kata2 tuh? tulis skit full name dorang, i can check in intra. let me & anja go settlekan.. or better still i can go promote my kain.. make dunno je, buat cair taik telinga je layan dorang nih..

nadya.s said...

ni semua dugaan long, takper..abaikan. pekak kan telinga. jadikan motivasi.

proud to hv a friend yg boleh bahagi masa, ada mission n target to be better in life.

lagipun business spa nih, tak ramai org melayu yg berjaya. i want u to be among the sucessful ones.

take care along.

Anonymous said...

takpa along, sabaq je la.. depa tu nak buat promosi free kut... tak pyah hang susah2 nak buat nanti. mami yg x tau hang nak bukak spa pun dah jadi tau dah..baguih tuu..ikut sunah nabi..bila kompom nak potong riben, hang habaq mai no..mami nak pi..bagi support.

Sya said...

biasa la tu along, orang dah dengki. when i first started my scrapbooking business pun ada jugak yang dengki, kata macam2... but buat donno jer. buat hal masing2 sudah, as long as kita happy and tak kacau orang lain. good luck with your business by the way. if only i'm a spa person, i would have gone to get your service already. :)

Anonymous said...

please. don't be modest. kissing ass is what they do for living.for this case they lick their ass hole for pleasure

Anonymous said...

Salam Along.

Manusia memang macam tu....biarkan je. Yang penting Along tunjuk kat dia org tu yang Along boleh buat apa-apa je. Peduli kan.. Geram pulak Sal dengar..

Lupak la nak introduce...ingat Sal (Melaka) lagi tak??? Miss you la..

Bangsa sendiri pun nak jatuhkan...aparah....