Tuesday, October 18, 2011
Kenapa Tak Reti Guna Kepala Otak?
Ala. Siannya. Eyeliner pakai tak cantik yer? Meh sini, aku cucuk mata hang ngan eyeliner tu!!
Dari aku start solat, sampai dah bagi doa, dia dok merengek kat tepi tu. Masa aku tengah bersiap pakai tudung, aku toleh, tengok dia dok makan plak!
Banyak hudus muka ko!! Sapa ajar makan dalam surau ni?? Sah2, banyak poster2 kat situ dok ingatkan...jangan bercakap atau makan dalam surau. Ko tak reti baca ke apa?
Sori la, tapi aku memang pantang orang macam ni. Jenis tak hormat orang lain. Nak kata mak ayah tak ajar...aku rasa mak ayah dia ada ajar, ustaz/ustazah kat sekolah ada ajar. Dia je yang tak reti makan saman!!
Posted by Along at 6:27 AM 6 comments
Labels: Rant, Stoopid People
Thursday, September 22, 2011
Banished to a Lifetime of Stupidity??
Posted by Along at 10:12 AM 4 comments
Labels: In the News, School, Stoopid People
Thursday, February 03, 2011
Blast!!
Chinese New Year.
At in-laws house.
Why we are we always here when it's CNY?
Every year, for an hour after midnight we have to listen to fireworks being set off in front of the house. Sometimes, it feels like the fireworks are right beside my ears!!
I understand the concept of CNY and the story behind the fireworks and 1Malaysia crap but seriously, can't we be a little considerate? Can you keep the fireworks to like 10 minutes? Some of us have small kids who get very grumpy if they don't get enough sleep.
Must make it a point not be here for CNY next year.
Posted by Along at 12:07 AM 0 comments
Labels: Rant, Stoopid People
Wednesday, January 19, 2011
How Many Cents is Your Life Worth?
Seriously?!! What are these dungus doing? How many cents do you have to collect to justify the fact you are a) risking your life b) causing an unnecessary traffic jam c) kutip duit haram weiiiii!!!
Posted by Along at 11:22 AM 7 comments
Labels: In the News, Stoopid People
Friday, January 07, 2011
Kan Aku Dah Kata....
Hah..ni ada silent readers aku bagitau....
Razak Catering sudah kena saman!!!!
Yessserrr!!!
Kan aku dah kata...memang akan datang punya hari ini. Punya banyak orang dia tipu macam ni, perghh..akhirnya ada jugak yang saman.
Bagus!! Aku memang tak suka kondem hasil rezeki orang tapi kalau cara ko carik rezeki dengan menipu...memalukan orang lain...sori la!! Memang patut ko terima balasan yang setimpal.
Pada aku, tak cukup la dia setakat bayar ganti rugi makanan tu je. Ganti rugi malu, kecewa, marah...semua patut diambilkira. Ni kenduri kawin wei...bukannya buat setahun sekali. Sekali seumur hidup (insya'allah).
Takpe la...ni aku dah sms semua in-laws aku, makteh aku, cousin aku yang aritu kawin, bagitau news ni. Ni ada can makteh aku pun nak bukak chapter saman menyaman.
Oya, since dah bukak story...aku cerita sket la apa yg dah jadi antara makteh aku ngan razak ni. Aritu kan kuncu dia mai rumah makteh aku, minta duit lebih. Makteh aku x layan, soh pi jumpa pakteh aku kat ofis. So satu aritu, si Razak ngan Joe (mamat yg jaga tempat VIP aritu tu) pi la jumpa pakteh aku. Pakteh aku tak banyak soal...dia kluarkan menu makanan yg dia bagi masa buat quotation dulu...soh mama Razak tu baca satu2.
Nasik beriyani - aritu bagi nasi beriyani? bukan kan? nasi putih berapa tong? tak cukup kan? ok next...
Dalca bertulang - aritu dalca ke? bukan kan? ok next...
Paceri nenas - paceri macam tu ke rupa? itu masak air....next!!
Satu2, pakteh aku soh mamat tu baca and explain. Yang bestnya time tu depa tengah kat kopitiam...tengah ramai2 orang tu, mamat tu kena bambu ngan pakteh aku. Dah habis go thru the list, pakteh aku terus angkat kaki, balik ofis. Orang macam tu takyah cakap banyak..nanti lagiiiii banyak alasan dia bagi. Buat sakit telinga je dengar.
Dah lepas dari tu, bini si Razak tu bleh sms makteh aku memacam. "Takyah nak buat baik bagi anak2 yatim makan kalau buat perangai macam ni." "Tak sangka orang berpelajaran, tapi hidup menipu orang".
What the fuck are you talking about, B%#*@??!!
Ko ngan laki ko yang kaki menipu orang, kaki kelentong orang...nak kata makteh pakteh aku yang tipu ko. Lepas tu nak ugut masukkan nama dalam Metro. Sekarang kita tengok, nama sapa yang dah masuk paper.
Yeah...mari kita gelakkan dia reramai!!!!!
Lagipun, masa malam nikah tu...time makteh aku bwk anak2 yatim mai makan, bukan soh si Razak ni yang masak pun. Orang lain yang masak. Kebenda la makcik ni!!
Sedikit sebanyak aku puas hati sebab baca berita ni. Terima kasih silent reader!! Oya, FYI...yang dalam paper tu bukan sedara aku. Tapi dah membuka idea untuk aku soh sedara ngan mak mertua aku buat join saman.
Mari kita bangkrapkan si Razak Catering ni supaya orang lain tak kena tipu dek dia lagi!!!
Posted by Along at 12:52 PM 9 comments
Labels: In the News, Stoopid People
Wednesday, January 05, 2011
Was One of Those Days
Semalam ari 1st aku start balik keje setelah seminggu lebih bercuti. Cuti paksa, kompeni tadak duit nak bayar duit letrik…bleh? Muahahahaha…jangan buat hal Long, kompeni ni jugak yg tanggung ko belajar pi US semua dulu. Kot bangkrap, ko jugak yg dok rumah tatap siling 24 jam. Heh.
Since aku dah cuti lama, si Daria pun dah macam naik lemak, dah sedap aku ada kat rumah layan dia. Memang sejak dia sakit aritu, aku manjakan dia lebih2. Sikit2 dukung, sikit2 cium. Semua benda dia nak, aku layan. So semalam bila aku nak pi keje, dia dah start enjin nangis sekuat hati. Aku pun dok la kejap layan dia (padahal memang hati tengah berat nak pi keje pun), bawak pi tengok kucing kat belakang rumah, layan playhousedisney kejap, then aku soh maid aku mai ambik dia so aku bleh pi keje. Time aku start enjin kete, aku dah dengar dia menjerit balik. Baru sedar dirinya ditipu agaknya. Alahai, syahdu lak aku tetiba.
Tapi aku rasa agak bala jugak aku dok buat anak aku macam tu sebab 2 kali aku kena patah balik ke rumah lepas tu. 1st, sebab aku tertinggal pastag. 2nd time, aku tertinggal hp lak. Yiiissshhhh!! Aku dah la lambat, lagiiii nak buat2 aku lambat lak. Dah lambat tu, takyah la nak ikut jalan pintas elak tol..harusla kita lalu jalan cepat yang bertol supaya dapat membayar gaji2 manusia2 yg keje tol ni. Dah masuk hiway, tetiba dapat call…dari bank. Alamak, CC dah overdue!! Minah bank tu kata kalau aku bank in duit/cek sebelum kul 9am, depa tak caj late charges.
Berdesap aku pecut pi bank, sib baik la aku dok bawak cek book aku. Kat bank lak, ko paham2 je la…kereta berjuta, parking punya la susah. Dah 2 kali aku round carik parking, last2 aku parking tepi jalan tempat motosikal. Asalkan tak halang jalan…lagi pun nak deposit cek je. Paling lama 10 minit.
Dah nasib aku aritu, tengah2 aku beratur nak deposit cek, mai la satu kereta polis ni, berenti betul2 sebelah kereta aku. Aku dah cuak dah time tu…jangan la ko saman lak kete aku. Aku dah serba salah, nak kluar pi alih kereta dulu ke or tunggu kejap. Apek depan aku ni plak tengah terkial2 tekan no akaun, dari tadi asyik salah je. Aku tawakal, lagipun dah 10 minit aku beratur…belakang aku ada 3 orang lagi. Kot aku pi alih kete, mau dah kul 10am baru aku dapat deposit cek…dah kena caj dah pun. Sambil2 tu, aku dok baca ayat pelembut hati ke arah polis tu…hahaha. Aku tengok sorang polis kluar kereta, sorang lagi dok kat tempat drebar. Yg mamat yg kluar tu, jalan pi tengok kete2 kat depan2 tu dulu. Cepat2 aku depositkan cek lepas tu meluru kluar bank ke kereta. Sungguh tak ayu cara aku berlari ngan baju kurung, tangan terkial2 carik kunci kereta dalam beg..isy.
Yang best tu, aku dah masuk kereta nak belah la kan…si mamat polis dalam kereta tu buat tak tauuuuuu je. Aku beria la signal, reverse kereta, ke depankan kereta, reverse balik, ke depan balik…konon nak selit kluar la belakang kereta polis tu. Sekali tak muat ko, walaupun aku bawak kereta myviku yg dah comel balik. Last2 aku tawakal…aku honkan polis tu. Sajaaaaaa je dia buat tak tau lagi. Aku dah start panas dah…kang kot aku dah kluar kereta, ketuk cermin tingkap polis ni, ada korang baca dalam paper alkisah pompuan mengamuk angkat kereta polis campak masuk longkang (pergh…time2 tu jugak aku jadi Incredible Hulk!!). Aku pun hon la lagi sekali..sambil2 tu, angkat la tangan tanda hormat (konon). Still dia buat tak tau. Aku ingat nak jadi polis kena mata and pendengaran 20/20, rupanya orang buta ngan pekak pun bleh apply yer? Bagus la…lepas tu soh depa bawak kete polis lak.
Last2 aku geram, aku kluarkan hp, ambik gambar kereta polis tu. Apa motif aku pun, aku tak tau…konon nampak ganas la. Tapiiiiii, berjaya ko!! Agak polis tu perasan aku dok snap gambar dia (gambar bontot kereta sebenarnya), dia terus gerakkan kereta dia ke depan sket. Sket je..tapi cukup la untuk aku selit kluar.
Dah habis hal cek ngan polis biol tu, aku pun gerak ke ofis. Dah parking semua, tengah jalan ke ofis, aku rasa macam something x betul.
Lahaulawalakuwataillah…tumit kasut aku lak buat hal!! Dua2 nak tercabut dah. Binawe betul la. Sib baik la sebelah ofis aku ada kedai cobbler, singgah kejap betulkan kasut. Minah kat situ tanya aku, bleh tinggalkan kasut tak, petang nanti ambik balik? Aku cakap, takleh…aku ada sepasang je, camne aku nak menapak pi ofis nanti? Dia offer la aku kasut2 spare yang ada kat sedai dia. Sedih ko…satu2 aku cuba kasut2 tu, yang muat hanya la sepasang capal jantan!! Uwaaaaa…gedabaknya kaki aku!! Last2, nak tak nak, aku kena dok tunggu minah tu betulkan kasut aku. Ada dekat ½ jam jugak la aku dok kat kedai tu, sambil layan siaran radio cina.
Dah betulkan kasut, aku pun terus pi ATM bank Islam, nak kluarkan duit sebab nak kena masukkan ke akaun MBB aku. Cek yang aku deposit tadi cek MBB, kang kalau cek bounce…mampos. Lagi banyak charges aku kena kang. Sib baik deposit cash machine kat ofis aku jalan..selalunya offline. Memula aku tengok ada sorang mamat ni tengah deposit duit, aku pun pi la beratur belakang dia. Tetiba sorang amoi ni mai…rupanya dia sampai dulu, tapi dia lepak duduk kat sofa belakang kejap. Sebab aku ni mulia hati (heh!), aku pun bagi la dia deposit cash dulu. Hambik ko, sampai 20 minit dia bolot mesin tu!!! Aku rasa dia nak deposit duit untuk bayar something kot, sebab bersungguh2 dia dok cuba again and again and again untuk masukkan duit tu. Tapiiiiiii, ko gunala common sense…kalau dah 20 kali ko masukkan duit tu, asyik kena reject je…mesti la duit ko something wrong. Ko bagi la orang belakang ko jalan dulu ke…ko pi guna mesin lain ke…ko pi kluarkan duit lain ke. Ini tak..dia dok cuba again and again and again. Sampai aku dok bagi hint2 kat dia. “Kat KL sentral ada mesin gak.” “Duit tu duit lama kot (sib baik tak cakap palsu..heh).” “Dah 20 minit dah ni” (ini menjawab persoalan mamat yang beratur belakang aku..hahaha). Last2 minah tu pun give up and terus belah camtu. Takde nak cakap sori ke, apa ke…dengan hentak2 kaki, dia belah je. Tapi sempat aku sampaikan ucapan “Idiot!!” ke arah dia…tak tau la dengar ke tidak.
Last2, dah nak kul 1030am, baru aku masuk ofis. Mak ai…sib baik la bos aku still cuti. Aku pun takde meeting. Tapi letih la for the 1st day.
Posted by Along at 2:36 PM 5 comments
Labels: Rant, Silly Me, Stoopid People, Work
Wednesday, December 22, 2010
Si Razak Malaun Tu Lagi!!
Aku tengah letih lagi ni. Last weekend, kitaorang bergerombolan cik kiah pi Kedah, cousin aku punya wedding belah lelaki. Best sangat, makan sedap, tempat tinggal best, udara nyaman…memang worth the 5 hours drive aku ngan En Rashid buat tengah2 malam. Giller ko, jumaat tu aku habis kelas kul 930pm, sampai rumah around 10pm, lepark2 kejap…around kul 11.30pm En Rashid ajak drive terus ke Kedah. Alasan..kalau tido dulu, mesti terlajak, lepas tu dia kena drive dalam cuaca panas. Ala, musim hujan la, manade panas. Tapi dek En Rashid dah offer nak pi tu, eventho dia punya demam blum 100% over, aku dah bersyukur dah. Terus kemas beg, mandi bagi segar sket, masuk kereta hebat and jalan!
Tapi aku bukan nak cite pasal wedding kat Kedah sebab itu sangat best dan aku blum habis upload semua gambar. Ni aku nak cite wedding belah kitaorang kat Melaka.
OK, sapa yang follow blog aku (ada?!!), tau kan aku dah pernah story hal caterer bernama Razak ni. Ni aku bagi link2 dia lagi..part 1, part 2. OK, so wedding cousin aku pakai caterer Razak ni, dengan penuh berat hati sebab time yang adik ipar aku kawin aritu, makcik aku dah bayar deposit dalam RM3K. So eventho diaorang tengok sendiri 1st hand camne palatnya si Razak ni buat catering, dek tak bleh dapatkan balik deposit tu, nak tak nak terpaksa pasrah and pakai jugak la si malaun ni.
Day of the wedding, aku ngan family mai lambat. En Rashid punya hal..time aku nak cepat, time tu la dia nak try test jalan baru pi rumah makcik aku. Dah la berpusing satu Melaka baru sampai. Sabarrrr! Kitaorang sampai dalam kul 12, dah nak kul 1pm. Time tu pengantin tak mai lagi, tetamu pun blum start ramai. Banyak meja2 still kosong. Tapiiiii, bila aku jenguk makanan…aik? Awat dah tinggal sipi2?!!
Oya, lauk kenduri dia bagi. Ayam goreng, paceri nenas yang sangat fail, kuah kacang dal ngan kurma daging. Aku menaip nama2 lauk ni pun tak berselera. Ayam goreng dia, dah le kecik2 giller ok dia kerat ayam tu. Aku rasa sekor, dia potong 22 kot. Lepas tu untuk 1000 orang makan, dia bagi 150 ekor ayam je! Bengong betul. Mak Ngah aku punya la terperanjat, dia lagi tahu la sebab dia pun caterer. Mak Ngah aku cakap..kalau 1000 orang makan, ayam kena 350-400 ekor. Sebabnya, sorang bukan ambik seketul je. Dah la ko potong sekecik2 yang boleh. Bebudak yang mai kenduri, diaorang takde tengok lauk lain…ayam goreng je la yang depa bedal. Lepas tu paceri nenas….mak ai, ni nenas masak air la! Takde rasa rempah langsung, dah la nenas tu ko tak buang segala mata, hidung, bulu hidung benda tu….part nenas yang keras tu pun ko tak buang! Hampeh betul la. Dalca bertulang….muahahahaha…dia bagi kuah kacang dal, ok. Kuah kacang dal!! Beria aku dok usya, kot2 la roti canai kat situ. And then, lauk daging dia…kuah je lebih…cedok2, ada la 2-3 ketul daging..dah la macam nak hancur dah daging tu.
Eeeeeeee, geramnya.
OK, yang lain aku kena sebut jugak. Khemah, ok, takde banyak isu. Kali ni, siap ngan air pancut semua tapi bagi aku buat menyemak je. Nak ambik gambar pun susah. Servers dia tip top…ambik kederat remaja2 mana ntah. Tapi ok la adik2 tu, rajin gak la membersihkan meja, sediakan minuman semua. Cuma tu la…sian gak aku tengok bebudak yang jaga area makanan. Macam malu2 plak. Ye ah…kot aku pun malu kalau baru kul 145pm, lauk semua dah habis!!
Kul 145pm ko!! Kenduri sampai kul 4pm.
Mak Ngah aku sound la tukang masak tu..ni mana makanan lagi ni, orang dah start datang. Kejap lagi pengantin nak berarak semua. Ko tau apa tukang masak tu cakap? “Ye ha, memang la makanan habis..dah 1500 orang mai.”
Kepala hotak ko!!
Boleh kira la berapa kerat orang yang mai before 1pm tu. Banyak meja2 kosong. Orang start mai after 2pm, sebab nak tengok pengantin. Bodoh!!
Last2, Mak Ngah aku soh jugak masak something. Terkial2 la depa masak lauk ayam kari. Bodoh!! Kenduri kawin masak ayam kari. Apa punya pe’el la ni?
Dah tu,yang best…nak ganti paceri nenas dia yang tak menjadi, korang tau apa dia bagi? Dia hiriskan nenas ngan timun…nah!! Itu dah jadi satu lauk. Aduhai….tensen giller aku tengokkan.
Sib baik la kitaorang ada preparekan acar buah sendiri. Itu kira penyelamat jugak la. Lauk habis, paling tidak orang ambik nasik, kuah kari ngan acar buah. Sedih ko!! Yang bestnya, dia punya tukang jaga VIP table tu (mamat mana ntah), siap bleh sound kitaorang sebab pi letak acar buah tu kat meja2 VIP. Dia kata, manade orang makan acar buah kat kenduri kawin.
Kepala hotak ko!! Kalau tak dek acar buah ni la, takde langsung apa2 tetamu ni nak makan tau. Acar buah ok la….yg ko pi bagi kuah dal tu untuk apa? Nak cicah apa? Roti bom? Bodoh!!
Memang out la Razak caterer ni!! Memang suka merosakkan majlis orang. Setakat air pancut je grand tapi makanan out!! Oya, makanan pengantin? Ayam golek tadak. Udang masak butter prawn? Muahahahah…dah la pakai udang kecik..dia rebusnya lepas tu gaul ngan cabbage hiris, letak mayonis. Apa bangang punya resepi ni? Aiskirm yang makteh aku oder untuk 500 orang? Mana? Mana? Bila tanya, bleh cakap lori aiskrim on the way. Sampai kesudah tak nampak, jangankan lori…asap lori pun tadak.
Ni ada lagi duit lebih kat makteh aku untuk catering tu. Kitaorang dah cakap “JANGAN BAGI!!”. A few days after kenduri tu, wakil Razak mai rumah makteh aku tanyakan duit lebih. Makteh aku tak bukak pintu pun, dia soh mamat tu pi jumpa Pakteh aku kat ofis dia. Come on la Razak, ko dah buat palat….time minta duit, ko hantar wakil je? Apa, tak berani nak tunjukkan muka ke? Last2 Pakteh aku kata, takde pun mamat tu mai ke ofis dia mintak duit. Bagus!! Pi mampos la sama Razak and the gang. Makan duit haram!! Time nak menjual tu, cakap punya la berbunga…bila time kenduri, punah!!
Oya, as expected, mamat Razak tu takde pun time kenduri. Langsung tak jenguk. Biasa la kan…duit dah dapat, buat nak ambik tahu. Malaun betul. Memang barua!!
The nest day, cousin aku yang lagi sorang pi kenduri kawin kawan dia. Kebetulan ambik jugak Razak ni. Kes haru gak, kul 130pm makanan habis. Sampai mak ayah pengantin dok dalam rumah sebab malu.
Nanti la ko Razak. Ni ko bleh la nak pi sana sini jaja nama ko as the best caterer in Melaka konon. Ko keep track ke semua orang yang ko tipu ni? Akan mai masa ko nanti…punya lama ko ambik duit orang tapi bagi benda tak serupa apa yang dijanjikan. Ko ingat orang halalkan ke duit tu? Kembung la perut ko makan duit haram!!
Posted by Along at 2:30 PM 7 comments
Labels: Stoopid People, Wedding
Monday, November 01, 2010
Benda Yang Buat Aku....
hangin satu badan!
1st, aku nak ucapkan tahniah setinggi tahniah kepada Maybank sebab menjadi bank paling bengap dalam kamus aku!! Sejam aku dok on the phone ngan customer service dia...sampai berasap telinga aku, semua orang aku "berkenalan" kat situ..kena pass around kulu kilir..siap depa buat "drop call" lagi ngan aku. Hangin!!! Bukan aku minta waivekan bill aku pun, aku soh verify charges. Dah la kredit kad aku yg baru ni, yg ko paksa aku tukar...ko pi terminatekan akaun dia..ape kes??!! Lepas tu bagitau aku bleh reactivekan balik dalam masa 10 hari?!! Muahahaha...konon best sangat la bila ko bagitau aku "no charge added to reactivate". Ko nak mampos, ko caj la...aku dah ambik masa 2 jam kat bank tu, jumpa officer sana...siap potong kredit kad aku yang mana takmo pakai lagi depan dia...lagi banyak kes ngan kredit kad yg aku tinggal satu ni. Mengapakahhhhhh???!!!! In the end, ko tengah explain2 kat aku...aku hang up terus. Dari aku mati heart attack layan korang, baik aku masuk ofis je la. Dari rumah, naik kete hampir sejam nak ke ofis pun, tak settle2 hal tu. Lepas tu ada la sorang customer service rep yang call balik aku...bagitau aku charges yg pending apa ke bendanya. Senang je kan....yg ko kena pass aku dari sorang ke sorang apehal? Tapiiiiiii.....aku pelik la plak, apahal ada charges kat kredit kad aku yg baru tu, sedangkan ko kata akaun tu dah kena terminate?!! Muahahahaha...apa2 je la labuuuu...aku dah bayar dah. Malas nak layan.
2nd, hal laptop keje aku yg idup segan mati x mau ni. Tolong la...laptop tu dah nazak sangat. Dengan hinges dia dah patah, dengan butang koma dia, kalau aku tekan...keluar dot sekali (seksa time nak tulis document ke apa), ngan selalu hang time aku nak send email...ngan sukahatinya tetiba shut down dengan sendiri. Dah berapa kali masuk bengkel dah...bila keluar ada lak problem baru. Lepas tu vendor tu bleh hint2 lak...maybe cara pemakaian aku yg buat laptop tu bermasalah?!! Ellooo....ko ingat aku ni jenis main hentak2 laptop ke? Hangin!!! Ni laptop aku dah masuk spital lagi...tak tau la berapa lama. Bagi je la aku laptop baru...susah sangat ke? Ni aku tengah galak tulis email prum pram prum pram marah vendor...alih2 shut down. Ala...potong stim betul la.
3rd, hal keje jugak. Tolong la jangan salahkan aku kalau ada benda hal product yang ko rasa menyusahkan ko...tapi ko sendiri tau, bukan aku yg buat rules tu untuk menyusahkan ko. Aku pun susah jugak tapi bila dah arahan datang dari langit....aku follow la. Why not kita sesama cuba make the best out of things? And bila ko buat statement benda ni jadi sebab aku takde seminggu time study leave....aduh, buat aku kecik hati laaaaa. Bukan aku sorang yg buat keje ni...satu team!! Ni yg buat aku sangat2 nak tukar posting....esok aku nak pi interview!! Muahahahaa....
Posted by Along at 9:13 PM 1 comments
Labels: Rant, Stoopid People, Work
Wednesday, October 27, 2010
Berani Kerana Benar, Takut Sebab Penipu!
Ingat tak aritu aku tulis entri pasal caterer "terbaik" kat melaka yang "menceriakan" majlis kawin adik ipar aku? Ni aku ada dapat komen dari cik anon pasal caterer tu...sila baca.
*************************************
Anonymous said...
along, u nak tau apa razak cakap pasal u?? i ada member nak kawen this december, so i pun tanya lah preparation cmne.. so dia cite la dah amek catering dari si bingai ni.. So i pun citelah pengalaman i amek catering mangkuk hayun ni. Then my fren tu pun risau lepas i cite kat die, then i tunjukkan blog u as prove ramai lagi yg dah kena tipu.. So my fren un wat report polis sebab risau majlis die jadi cmni.. So lepas buat report polis, dia pegi jumpe di mangkuk hayun razak ni. N razak tnye la nape smpai nak report polis, so my fren tunjuk lah bukti (die print posting u pasal razak ni..), u know ape razak cakap?? Die boleh cakap actually die kenal u.. u catering kat melaka gak yang cube nak jatuhkan bisnes die.. memang terbaik lah razak, dah la servis hampeh menipu lg.. then my fren bg contoh my wedding plak, die boleh ckp i bayar duit xcukup sebab tu die bg servis mcm tu.. Masalahnye balance payment kan after majlis, logik ke x alasan die tu. So, I nak seru kepada semua yang nak kawen tu, jangan amek Razak Catering, kalau xlingkup la majlis korang...
***************************************************
1st of all, aku tulis entri based on apa yang berlaku kat majlis kawin adik ipar aku, bukan sebab aku nak menjatuhkan bisnes orang. Aku tulis sebab geram sangat ngan perangai caterer tu yang lepas tangan dan bagi malu mak abah mertua aku. Bila masa lak aku keje caterer kat melaka? Bila masa Razak tu kenal aku? Jumpa muka pun x pernah. Time kenduri tu kan dia takde...menghilangkan diri. Muahahaha...nampak sangat takde modal.
FYI, bukan anon je yg x bayar habis payment kat malaun ni (orang melaka kan, kita maki pun guna ayat2 melaka la!). Si Razak tu sendiri ngaku kat P-I-L aku, ada pak imam mana ntah, pun tak bayar habis. Beria dok ngata pak imam tu, nama je pak imam, tapi tak tunai janji. Tapi bila pikir balik...patut la pak imam tu x bayar habis, kalau majlis dia rosak macam majlis adik ipar aku dulu. Pak imam tak pak imam....kalau apa yang ko janjikan tak serupa yang aku dapat, sori la nak bagi duit!!
Ni aku tengah risau ni...majlis cousin aku bulan 12 ni ambik ngan caterer ni. Dah terbayar down payment beribu2...tu yg tak sanggup makcik aku nak kensel, eventho dia sendiri pi majlis adik ipar aku and tengok camne harunya keadaan. Tapi kan...si Razak tu dah cakap...takyah bayar satu sen pun lagi, sehingga habis kenduri. Konon kenduri cousin aku ni, dia nak tebus malu. Eh, dia pikir malu dia plak? Malu mak abah mertua aku apa cite?
Aku nak tengok..memang aku akan dokumentarikan segala benda yang berlaku kat kenduri cousin aku nanti. Kalau tak betul, aku pun nak soh makcik aku buat report polis jugak. Kepada En. Razak, kalau anda rasa anda benar dan apa yang saya tuliskan ini satu khianat, sila lah saman!! Kita tengok nanti sapa yang benar, sapa yang penipu!!
Posted by Along at 11:16 AM 10 comments
Labels: Rant, Stoopid People, Wedding
Tuesday, October 12, 2010
Bengang!!
Aku tengah sangat bengang dengan sorang budak group OB aku ni. Come on la, dah spend satu hari diskus benda ni Ahad aritu...part ko pun sikit je...sampai sekarang ko tak bagi lagi kat aku untuk compile.
Dah kul berapa dah ni?!! Esok aku keje tau tak...mana sempat aku nak edit ayat2 ko yang tunggang langgang tu nanti!!
Mamat ni dah la tak keje, bujang...apa yang ko sibuk sangat sampai takleh siapkan part ko untuk assignment ni? Aku dah sampai tido kul 2-3 pagi buat assigment ni, tau tak.
Ko ada masalah personal kah? Kucing ko pun ada masalah kah? Masalah gf kah? Cite sket ngan aku, apa yang urgent sangat sampai ko takleh siapkan part ko.
Seriously la...ni last time aku buat group ngan bebudak baru grad ni. Sorry to say la...tapi kalau niat ko nak bergroup ngan aku sebab ko harapkan aku nak buat semua keje...ko bleh cium bontot aku dulu!! Next sem ko jangan harap nak satu group ngan aku. Itu pun unless prof yang sedia assignkan group. Itu pun, aku akan personally pi jumpa prof tu minta tukar group. Lantak la...
Yang aku ni pun...apasal menjadi doormat?! Masalahnya, aku ni ambik MBA ni secara serious. Ye ah..satu kelas tu RM1500 ko!! Bukan murah. Takde ke terasa nakkan value education tu at the end of the day? And also, benda ni kan semua bleh apply dalam everyday life ko later on. Belajar betul2 la wei.
Tak tau la kalau ko niat memang nakkan scroll tu je.
Editted: Ok, aku kena admit. Mamat tu dah hantar part dia..and actually it was very nicely done. Ayat lengkap and English pun power. Tapi korang tengok la kul berapa dia hantar part dia..kul 2 pagi!! Uwwaaaa...ni dah kul 3am, baru habis edit semua benda. Slides tak bikin lagi..uwaaaa...sib baik la ni final presentation utk sem ni. Kalau ada lagi, aku nangis dalam stor je la.
Posted by Along at 12:07 AM 3 comments
Labels: MBA, Rant, Stoopid People
Thursday, August 19, 2010
Ni Yang Buat Aku Was2 Nak Hantar Kereta Ke Mekanik Ni
Bangang!!
Yang ko pi bawak kete customer kulu kilir tu sapa suruh?!! Suka2 je ambik kete orang bwk balik rumah. Apa, ko takde kete sendiri ke? Ke saja sebab nak merasa naik kereta "mewah" dengan free?
Dah jadi macam ni, sapa yang susah? Ko ada duit nak bayar balik kat customer tu? Customer tu dah takde kete nak pakai, ko bleh tolong? Ni dah nak raya ni wei...customer tu nak balik kampung naik apa? Unta?!! Bas?!!
Jangan la nak kelentong bagi alasan stereng kete tetiba tak berfungsi. Mesti ko yang bawak macam pelesit, lepas tu terbabas. Tengok condition kereta tu, mesti ko bawak laju punya. Apa ko tak patah riuk lak tulang ko? Setakat luka je...tak puas hati lak aku.
Terima kasih sebab berjaya buat aku bengang time tengah puasa ni. Eeeeee....aku lak tensen lebih2.
Posted by Along at 11:52 AM 1 comments
Labels: In the News, Stoopid People
Wednesday, July 14, 2010
WHAT????!!!!!
Speechless.
Read it for yourself.
Posted by Along at 12:22 PM 3 comments
Labels: Celebrities, Movie, Rant, Stoopid People
Monday, June 07, 2010
Someone Should Dip HIS Head in the Oil
"I think the environmental impact of this disaster is likely to have been very, very modest." Source: news.sky.com
"The Gulf of Mexico is a very big ocean. The amount of volume of oil and dispersant we are putting into it is tiny in relation to the total water volume,"Source: Guardian interview
Is this guy for real? Seriously? YOU be the judge, does that look "tiny" to you?
Posted by Along at 4:54 PM 5 comments
Labels: In the News, Stoopid People
Wednesday, June 02, 2010
Meh Aku Tolong Promote Lagi Service Ko Yang Hampeh
Hari ni aku work from home. Macam bagus tak bunyiknya tu. Memang niat aku pi keje harini, cuma bukan keje kat ofis. Keje kat gudang. Tapi plan tergendala sebab tukang agency bodoh tu salah print benda yang kitaorg soh print. Dah bagitau, kena grey color…dia bagi white jugak. Sama color ngan kitaorg reject dulu. Tak terasa angin ke time tu? Sian adik2 ofis aku yang kena heret sekali buat keje kat gudang, dah le sampai sesat2 cari gudang tu…buang masa la plak sebab takleh nak start keje dek bendanya takde.
Since niat aku nak dok buat keje kat gudang satu hari, takde la aku bawak laptop kan. So, aku dah pening, nak balik ambik laptop then pergi balik ke ofis, atau pujuk bos bagi aku keje from home? Sib baik la bos aku best tapi siap bagi warning tu, jangan pi berjalan atau shopping. Dok depan pc buat keje. Baik bos…ni saya tengah update blog ni.
Ok,tujuan nak update ni sebab nak cite hal catering wedding adik ipar aku aritu. Aku dah bagitau DISATEROUS kan, meh aku cite betapa DISASTEROUSnya hari tu.
Selalunya mak mertua aku, kalau ada kenduri, masak gotong royong ngan adik beradik dia. Kawin aku dulu, kawin akak ipar aku, adik ipar aku, semua gotong royong. Kali ni, atas sebab2 yang tak dapat dielakkan, untuk adik ipar aku yang last ni, kitaorang buat cara catering.
Nak carik catering punya la payah kat Melaka tu. Bukan macam kat KL, macam2 choice ada. Kat sana, dah la limited, mahal lak tu. Lepas tu ntah apa2 lauk ngan “freebies” yang dia bagi.
Caterer yang mak mertua aku pilih ni, atas recommendation adik ipar dia jugak. Meh aku bagitau nama dia, RAZAK CATERING. Time nak menjual services dia, kemain berapi bercakap. Siap nak bagi bunga api la (padahal wedding adik ipar aku buat siang, apa kejadahnya nak buat ngan bunga api..bukan nampak), siap nak bagi air pancut!! Mak mertua aku dah bagitau, takyah la nak berair pancut…ehhhhh, siap bagitau kat mak mertua aku “kena makcik, ni first time saya buat kenduri area Cheng, saya nak ambik gambar, biar semua orang Cheng tau”.
Janji siap ngan pelayan ala hotel (“saya dah biasa makcik, buat wedding kat hotel”), telur bunga pahar pun bagi…macam2 la. Memang nampak macam best la pada mata mak mertua aku.
Harga kira ok jugak la, sekepala RM10. Tapi still mahal bagi aku sebab adik aku kawin aritu pun caterer tu ambik sekepala RM9.50 je, dan lauk sah2 lagi best. Banding acar buah ngan acar timun, sah la acar buah lagi best kan?
Time adik ipar aku kawin, aku ngan En Rashid dua2 demam giller babeng punya so banyak benda akak ipar aku la yang cerita lepas dah sudah semuanya.
Mak mertua aku dah order nasi ngan lauk untuk 1,200 orang. Masuk akal ke kalau blum kul 12pm lagi, nasik semua dah habis? Hello!!!! Adik ipar aku nikah pagi tu, dalam kul 10am so time antara kul 11am – 12pm tu, mostly kaum keluarga Wan ngan sedara2 belah kitaorang. Jemputan mostly start datang dalam kul 12pm onwards. Bila akak ipar aku tanya tukang masak tu mana nasi, dia bleh jawab, tengah masak. Tengah masak?!! Orang dah duduk nak makan, ko baru nak masak nasik??!! Nasi putih lak tu….mana lagi pi nasik minyak ko?!!
Dah la hal nasik tak cukup, lauk ayam lak basi. Bukan basi, busuk!! Daging ayam tu dah busuk, dia pi masak kuah merah. Pakteh ngan makteh aku dating dari Klebang around kul 12pm, terus terbantut nak makan bila terasa lauk ayam tu. Yang tak bestnya, mak mertua aku terdengar ada jiran2 cina bagitau anak dia “jangan ambik lauk ayam, dah basi”. Sket lagi nak meleleh air mata mak mertua aku time tu.
Dah la nasik tak cukup, lauk busuk, pelayan dia…hmmmpfftt, camni rupa pelayan hotel? Ngan selekehnya, ngan kurang ajarnya. Akak ipar aku minta plastic bungkus sebab family Wan dah nak balik, dia memula kata baru nak pi beli. Ok la, akak ipar aku tunggu la. Dah setengah jam, takde lagi plastic begnya, tanya lagi. Dia bleh sound balik akak ipar aku “baru hantar budak pi beli. Sabar la!”
Sabar kepala hangguk ko!! Tetamu dah nak balik, ko baru terhegeh2 nak pi beli plastic beg. Yang ko tak bawak siang2 tu kenapa?! Kata dah selalu buat keje catering ni, takkan tak biasa tuan rumah nak bungkuskan untuk para tetamu.
Oya, hal air pancut tu. Manade air pancut….langsung tak nampak batang hidung kepala paip pun!! Serving dome untuk VIP…kita biasa serving dome yang chrome tu kan? Ni bleh ke dia pi letak mangkuk pusing2 ala melamine tu?!! Melamine ok…kot kaca tu ok lagi la. Dah la meja untuk kek pun tak sediakan, soh akak ipar aku carik kot ada yang bleh pinjam dalam rumah.
Dah tu…lauk pengantin. Kepala mangkuk dia la…pengantin dah duduk nak makan, baru ko sibuk nak goreng ikan nak masak tiga rasa??!! Dah la presentation ko fail nak mampos; wrapping plastic untuk lauk berkedut, pinggan warna oren ko bagi?!! Last2, adik beradik mak mertua aku yang berhempas pulas last minute kat dapur, masakkan lauk pengantin…haru tak?! Sib baik ada bahan, ada la udang berapa ketul, ikan bawal sket. Cepat2 la masak nak bagi pengantin ngan family Wan makan.
Time semua ni berlaku, aku ngan En Rashid tengah kat atas. Kitaorang turun dalam kul 2 lebih kurang untuk sesi bergambar. Time tu gak parents aku tiba dari KL, so pi la layan kejap. Ibu aku sedih giller tengok mak mertua aku, macam nak nangis dah. Dia punya la rasa nak ngamuk, tengok nenas dalam lauk acar tu still ada mata ngan hidung lagi!! Patut la, aku tengok lauk nenas tu, ingat dah penuh dek lalat, rupanya mata nenas tu still ada. Hampeh tahap gaban betul la!
Banyak lagi la benda yang tak betul dibuat dek caterer ni. Aku nak menaip balik semua pun terasa nak menghempas laptop ni, so baik takyah. Yang paling best was the DJ, asal main je satu lagu, dok promote catering tu. Main lagi satu lagu, promote lagi. Aku rasa nak tempik je, diam la!! Tapi aku pikir balik, bagus gak dia dok sebut nama Razak Catering tu manjang, biar orang semua tau, malaun caterer mana yang rosakkan majlis kitaorang.
Chop! Ada satu lagi benda aku add sini. Telur bunga pahar yang dia bagi....semua busuk!! Dia bagi 100 (50 untuk setiap bunga pahar), mak mertua aku ada la bagi jiran2 semua maybe dalam 30-40 kot. Bila malam tu kitaorang nak dok makan, kopek satu2 telur tu...semua busuk!! Lahaulawallakuwataillahhirajiuunnn......malu lagi!! Dah la tadi ayam busuk, ni telur pun busuk. Memang la sampai bila2 orang dok ngata.
Semalam mak mertua aku call, bagitau si Razak tu mai ke rumah untuk ambik duit penghabisan. Oya, lupa nak bagitau, where was this Razak guy during all the commotion? Dia takde pun, semua lepas tangan kat tukang masak dia. Dia bleh bagi alasan, nak kena tengok set up untuk majlis hari Ahad kat tempat lain. Ko bangang ke apa..apa yang lagi penting, majlis yang tengah berlangsung ke, set up majlis? Setakat nak cacakkan khemah yang ko nak pi tengok buat per? Ni tetamu mak mertua aku mai, balik tanpa dapat makan sebab takde makanan, ko takmo ambik tau ke?!! Barua betul la!!
Anyway, dia mai ambik duit semalam. Kitaorang dah cakap kat mak ngan abah mertua aku, kalau mamat tu mai, bagitau semua benda yang tak betul. Takyah nak cakap2 selindung. So mak mertua aku pun bagitau la semua benda. Biasa la kan, orang takmo ngaku salah. Banyak la alasan dia. Hal ayam busuk tu, ntah apa story si tukang masak tu (dating sekali ngan si Razak tu ke rumah in laws aku) bagi; ada orang datang time dia tengah masak, dok perati2kan ayam tu….konon, nak bagitau la, makanan dia kena santau ke, dah kena buat ke. Apa2 je la labuuuu.
Dah habis mak mertua aku cerita, mamat tu pun dah habis bagi dalih, in the end in laws aku bagi duit penghabisan RM2k je instead of RM3k. Itu pun aku tak puas hati bila dapat tau; patut takyah bagi satu sen pun! Patut DIA yang pulangkan duit in laws aku sebab dah rosakkan majlis, dah bagi malu in laws aku. Eeeeeee, geramnya.
Memang aku takleh la nak ingatkan balik perasaan bila tengok muka mak mertua aku, abah mertua aku…sedih, malu, terkejar2. Tak pernah la in laws aku buat kenduri, orang datang, diaorang tak dapat nak cakap “jemput makan”. Nak jemput makan apa ye tak…nasik dah habis!
Ni aku bukan nak buat dalang, dan bukan juga nak tutup periuk nasi orang. Tapi daripada orang lain kena experience macam in laws aku, baik aku bagitau je la kat sini name dan contact number orang caterer tu. Sapa2 yang kenal tu, silalah buat judgement sendiri. Semua yang di atas tu adalah benar dan betul2 terjadi. Berpuluh sedara mak mertua aku bleh panggil jadi saksi.
Ni nama catering tu: Razak Caterer. No dia 012-6922774 or 014-3291568.
Sapa2 yang terasa nak bagi para tetamu dia lauk ayam busuk, silalah call Razak di nombor di atas. Kot ada yang pernah ambik mamat ni and ada good experience pun bleh share kat sini. Maybe kalau client dia Dato’ ke, Tan Sri ke, ok kot majlis. Ni setakat in laws aku dok rumah awam, maybe sebab tu jadi macam ni kot.
Posted by Along at 5:15 PM 26 comments
Labels: Family, Food, Rant, Stoopid People, Wedding
Wednesday, May 12, 2010
Pengumuman: En Rashid Bukan Keje HR So Takyah Nak Soh Dia Buat Keje HR
Aku paling tak suka la, bila orang dah mintak tolong kita, kita dah tolong tapi orang yang kita tolong tu tak appreciate. Tak appreciate satu hal, banyak songel lak. Apa yang kita buat untuk dia tak cukup, tak menepati citarasa dia. Bleh ke macam tu? Kalau orang dah tolong sedaya yang mampu, bleh ke kita balik cakap benda yang tak sedap didengar pasal orang tu?
Ni kes pak sedara hubby. Eh, kejap…blog ni kot adik2 ipar aku baca..korang baca sini je ye, takyah cite balik ngan mak.
OK, sambung balik cite. Ni aku dapat tau pun dek semalam aku dok borak2 ngan cik abg atas katil semalam. Dari nada dia bercerita ngan aku, aku tau dia macam kecewa dan terasa macam hampeh.
It all started bila si pak sedara ni mintak tolong abg carikkan keje kat Kompeni untuk anak dia. Hmmm…aku benda2 buat favor untuk sedara macam ni, memang selalu terasa bersalah tapi setakat nak bagi resume ke HR, ok la. Abg bagitau la, memang Kompeni tengah mencari orang buat keje pemasangan.
Memula tu ok la, dah serahkan semua resume…dah dapat interview pun. Sekali pak sedara tu tanya…keje kat negeri “kampong halaman” takde? Aik, baru interview…dah memilih keje? Abg pun cakap la..kalau kat KL, banyak kosong, kalau tempat lain, maybe 2-3 tahun baru ada.
Ok la…dah settle hal tu. Yang si cousin abg pun dah pi dapat pi training semua. Sekali pak sedara tanya lagi…kalau kat KL, area mana? Nak area S.A bleh x…senang si cousin tu bleh duduk ngan akak dia nanti. Dok KL ni, mahal…nanti mana nak bayar duit kete, duit minyak, duit makan….gaji berapa dia bagi? Kalau x banyak, baik dia keje polis je la. Cuba la tolong…keje Kompeni ni, macam polis, askar semua…kalau ada kroni, mesti bleh punya.
Ahhhhhhhh….part ni yang aku paling pantang sekali!! Dok sebut pasal kroni2. Hello!!! Kalau nak ikut kroni, ingat aku ni setakat manager je ke? Bleh je “tarik tali” masa ayah aku keje dulu. Tapiiiiii….ko nak mampos kena ngata orang?!! Minta maaf..bukan cara begitu aku nak carik rezeki.
Yang aku tak suka, sekarang ni abg dah serba salah. Tapi aku cakap, dah la..takyah layan sangat…dah dapat keje pun cousin tu. Takkan semua benda nak disuap, nak disenangkan. Kalau nak buka cite kitaorg dulu start2 keje, dok naik bas awam…naik lrt…ok je…tak mati pun. Takkan baru start keje nak terus beli kete. Ayah aku dulu, keje…baju shirt ada 2 helai je. 2 helai je, ok!! Satu tu, baju putih seragam sekolah lagi. Sampai tetas2 benang dia ayah aku pakai. Bertampal2 lagi.
Aku rasa cousin abg tu ok je, yang banyak sonegl sket ayah dia kot. Apa2 pun, aku tak suka…tak suka cara dia nak cuba menggunakan abg, tak suka cara dia yang membuat abg rasa serba salah.
Tak suka!!!!!
Posted by Along at 12:22 PM 4 comments
Labels: Family, Hubby, Rant, Stoopid People, Work
Thursday, March 11, 2010
Why Are Our Children No Longer Safe?
It turned my stomach to read the newspaper headlines this morning. What on earth is the world coming to?
Can you imagine getting beaten on the head with a hammer? Even a grown man would cry and throw up, what more a 6 year old child.
I can't imagine if this happened to any of my girls. Mau meraung sebulan. My heart goes out to the children, teachers and parents involved. Here's hoping this lunatic is quickly captured and locked away for good.
Posted by Along at 10:38 AM 5 comments
Labels: In the News, Rant, Stoopid People
Tuesday, March 09, 2010
AA Sucks..But I'm Too Poor To Choose Anyone Else
So it’s official. Our trip to Hong Kong is now ON!! Flight tickets have been booked and paid for (thus no backing out unless you wanna be RM700 poorer for no reason).
The posse was pleased that the original plan of going to HK was back on. I, for one, did not particularly care where we went, as long as it was fun and memorable for the kids. Because I am such a super mom. I could be freezing my big, fat ass off but if my kids wanna roll around naked in the snow, then we’re going somewhere cold. I could hate that stupid mouse with all my heart but if Dina wants to give “my mikkie!!” a big hug, then we’re going to Disneyland!
We’re going on AA since they’re tickets were the cheapest. MAS came in a close second but considering my aunt has 5 people in her entourage, every single ringgit saved adds up.
HOWEVER, one thing I hated about AA was the fact they had a lot of hidden charges.
Pay more for baggage? Check!
Pay more for using a credit card? Check!
Pay more for selecting a seat? Check!
Pay more for meals? Check!
Pay more for travel insurance? Check!
In the end, those pesky charges really add up. I think out of all of them, my biggest peeve would be the “convenience fee” for allowing us to use a credit card as a payment method.
WTH???!!!
It’s a double edge sword; if you don’t want to pay this “convenience fee”, you can buy tickets over the counter BUT you won’t be getting the “better” internet rates. Grrrrrr….
And it’s a lot, you know, this “convenience fee”. RM5 PER PERSON PER WAY!!
I would understand if it was PER TRANSACTION, but to charge according to the number of people…is outrageous!! I hardly see how this “conveniences” me in any way.
Grrrrrrr..!!!
OK, OK, breathe in, breathe out. It’s done…let’s just enjoy the trip to come. Time to relook at my budget and plan the itinerary.
Posted by Along at 6:40 PM 6 comments
Labels: Rant, Stoopid People
Friday, February 12, 2010
You're Supposed To Yell FORE!!!
My dad got hit on the head with a golf ball two days ago.
Posted by Along at 6:10 PM 0 comments
Labels: Family, Rant, Stoopid People
Thursday, February 04, 2010
Mau Tutup ke Takmo Tutup
I was reading Metro today and as always, I read the daily sms comments that come in (highly addictive). There were a few that expressed their unhappiness at this particular advertisement.
Apparently they are upset that the model is wearing a head gear and all, but also wearing see-thru outfit. Ketat lagi tu! But then, it is a weight management ad, what do you expect.
Personally I think the model could have shown some courtesy and NOT wear a see-thru outfit. Or, since her "before" picture showed her without any head gear, forgo the head gear in the "after" picture too.
Heeeee....itupun mau kecoh!!
Posted by Along at 1:34 PM 4 comments
Labels: Daily, In the News, Stoopid People
Thursday, September 17, 2009
Loser, Winner
This guy is messed up. Who the hell does he think he is? He’s rude and a freaking idiot. Sure, it’s the VMA and it’s MTV and it makes for great television. Then one look at Taylor Swift’s crestfallen face and it’s not so funny anymore. The poor girl looked like she was going to burst into tears.
I heard he got escorted out from the building after his stupid rant. I just hope the security shoved their foot up his ass before tossing him out on the pavement.WINNER
Leave it to Bootylicious to save the day. After winning Video of the Year, she graciously gave the stage to Taylor to “have her moment”. Now that’s the true spirit of entertainment. It doesn’t have to be shocking or ridiculous. Heart warming moments are what this world needs more of.

LOSER
I understand that when you’re tired and under the pressure of defending your title, getting called for a foot fault may be frustrating. However, it’s no reason to rant for minutes at the linesman. And threatening to shove your racket down her throat.The dudette was only doing her job. I hardly think she was out to get Serena for any personal reason. Bad form by Serena, I think, especially since it cost her the match.
WINNER
I teared up when I first watched this clip. So touching.
Steve Monforto leaned over the railing and made a beautiful 2-handed catch. He celebrates with other fans, high-fives his 3-year-old daughter, Emily, and hands his prize over to his little daughter to keep.
BIG MISTAKE!!
Instead of hanging on to it, Emily does what little kids do: She throws the ball back!
Her dad was shocked, he definitely wasn't expecting that. But instead of getting mad he wraps his arms around his daughter and hugs her, a sweet and priceless moment.Apparently the girl was a little upset after the toss. "I gave her a big hug and she buried her head in my chest and I said 'It's all right, don't worry about it," "I give [her] a ball at home, and she throws it and I throw it back," Steve continued. "So, I gave her a ball and she threw it!"
Bear hugs are the best! Definitely “Father of the Year” material!!
Posted by Along at 1:39 PM 0 comments
Labels: Celebrities, In the News, Stoopid People


