Aku tengah letih lagi ni. Last weekend, kitaorang bergerombolan cik kiah pi Kedah, cousin aku punya wedding belah lelaki. Best sangat, makan sedap, tempat tinggal best, udara nyaman…memang worth the 5 hours drive aku ngan En Rashid buat tengah2 malam. Giller ko, jumaat tu aku habis kelas kul 930pm, sampai rumah around 10pm, lepark2 kejap…around kul 11.30pm En Rashid ajak drive terus ke Kedah. Alasan..kalau tido dulu, mesti terlajak, lepas tu dia kena drive dalam cuaca panas. Ala, musim hujan la, manade panas. Tapi dek En Rashid dah offer nak pi tu, eventho dia punya demam blum 100% over, aku dah bersyukur dah. Terus kemas beg, mandi bagi segar sket, masuk kereta hebat and jalan!
Tapi aku bukan nak cite pasal wedding kat Kedah sebab itu sangat best dan aku blum habis upload semua gambar. Ni aku nak cite wedding belah kitaorang kat Melaka.
OK, sapa yang follow blog aku (ada?!!), tau kan aku dah pernah story hal caterer bernama Razak ni. Ni aku bagi link2 dia lagi..part 1, part 2. OK, so wedding cousin aku pakai caterer Razak ni, dengan penuh berat hati sebab time yang adik ipar aku kawin aritu, makcik aku dah bayar deposit dalam RM3K. So eventho diaorang tengok sendiri 1st hand camne palatnya si Razak ni buat catering, dek tak bleh dapatkan balik deposit tu, nak tak nak terpaksa pasrah and pakai jugak la si malaun ni.
Day of the wedding, aku ngan family mai lambat. En Rashid punya hal..time aku nak cepat, time tu la dia nak try test jalan baru pi rumah makcik aku. Dah la berpusing satu Melaka baru sampai. Sabarrrr! Kitaorang sampai dalam kul 12, dah nak kul 1pm. Time tu pengantin tak mai lagi, tetamu pun blum start ramai. Banyak meja2 still kosong. Tapiiiii, bila aku jenguk makanan…aik? Awat dah tinggal sipi2?!!
Oya, lauk kenduri dia bagi. Ayam goreng, paceri nenas yang sangat fail, kuah kacang dal ngan kurma daging. Aku menaip nama2 lauk ni pun tak berselera. Ayam goreng dia, dah le kecik2 giller ok dia kerat ayam tu. Aku rasa sekor, dia potong 22 kot. Lepas tu untuk 1000 orang makan, dia bagi 150 ekor ayam je! Bengong betul. Mak Ngah aku punya la terperanjat, dia lagi tahu la sebab dia pun caterer. Mak Ngah aku cakap..kalau 1000 orang makan, ayam kena 350-400 ekor. Sebabnya, sorang bukan ambik seketul je. Dah la ko potong sekecik2 yang boleh. Bebudak yang mai kenduri, diaorang takde tengok lauk lain…ayam goreng je la yang depa bedal. Lepas tu paceri nenas….mak ai, ni nenas masak air la! Takde rasa rempah langsung, dah la nenas tu ko tak buang segala mata, hidung, bulu hidung benda tu….part nenas yang keras tu pun ko tak buang! Hampeh betul la. Dalca bertulang….muahahahaha…dia bagi kuah kacang dal, ok. Kuah kacang dal!! Beria aku dok usya, kot2 la roti canai kat situ. And then, lauk daging dia…kuah je lebih…cedok2, ada la 2-3 ketul daging..dah la macam nak hancur dah daging tu.
Eeeeeeee, geramnya.
OK, yang lain aku kena sebut jugak. Khemah, ok, takde banyak isu. Kali ni, siap ngan air pancut semua tapi bagi aku buat menyemak je. Nak ambik gambar pun susah. Servers dia tip top…ambik kederat remaja2 mana ntah. Tapi ok la adik2 tu, rajin gak la membersihkan meja, sediakan minuman semua. Cuma tu la…sian gak aku tengok bebudak yang jaga area makanan. Macam malu2 plak. Ye ah…kot aku pun malu kalau baru kul 145pm, lauk semua dah habis!!
Kul 145pm ko!! Kenduri sampai kul 4pm.
Mak Ngah aku sound la tukang masak tu..ni mana makanan lagi ni, orang dah start datang. Kejap lagi pengantin nak berarak semua. Ko tau apa tukang masak tu cakap? “Ye ha, memang la makanan habis..dah 1500 orang mai.”
Kepala hotak ko!!
Boleh kira la berapa kerat orang yang mai before 1pm tu. Banyak meja2 kosong. Orang start mai after 2pm, sebab nak tengok pengantin. Bodoh!!
Last2, Mak Ngah aku soh jugak masak something. Terkial2 la depa masak lauk ayam kari. Bodoh!! Kenduri kawin masak ayam kari. Apa punya pe’el la ni?
Dah tu,yang best…nak ganti paceri nenas dia yang tak menjadi, korang tau apa dia bagi? Dia hiriskan nenas ngan timun…nah!! Itu dah jadi satu lauk. Aduhai….tensen giller aku tengokkan.
Sib baik la kitaorang ada preparekan acar buah sendiri. Itu kira penyelamat jugak la. Lauk habis, paling tidak orang ambik nasik, kuah kari ngan acar buah. Sedih ko!! Yang bestnya, dia punya tukang jaga VIP table tu (mamat mana ntah), siap bleh sound kitaorang sebab pi letak acar buah tu kat meja2 VIP. Dia kata, manade orang makan acar buah kat kenduri kawin.
Kepala hotak ko!! Kalau tak dek acar buah ni la, takde langsung apa2 tetamu ni nak makan tau. Acar buah ok la….yg ko pi bagi kuah dal tu untuk apa? Nak cicah apa? Roti bom? Bodoh!!
Memang out la Razak caterer ni!! Memang suka merosakkan majlis orang. Setakat air pancut je grand tapi makanan out!! Oya, makanan pengantin? Ayam golek tadak. Udang masak butter prawn? Muahahahah…dah la pakai udang kecik..dia rebusnya lepas tu gaul ngan cabbage hiris, letak mayonis. Apa bangang punya resepi ni? Aiskirm yang makteh aku oder untuk 500 orang? Mana? Mana? Bila tanya, bleh cakap lori aiskrim on the way. Sampai kesudah tak nampak, jangankan lori…asap lori pun tadak.
Ni ada lagi duit lebih kat makteh aku untuk catering tu. Kitaorang dah cakap “JANGAN BAGI!!”. A few days after kenduri tu, wakil Razak mai rumah makteh aku tanyakan duit lebih. Makteh aku tak bukak pintu pun, dia soh mamat tu pi jumpa Pakteh aku kat ofis dia. Come on la Razak, ko dah buat palat….time minta duit, ko hantar wakil je? Apa, tak berani nak tunjukkan muka ke? Last2 Pakteh aku kata, takde pun mamat tu mai ke ofis dia mintak duit. Bagus!! Pi mampos la sama Razak and the gang. Makan duit haram!! Time nak menjual tu, cakap punya la berbunga…bila time kenduri, punah!!
Oya, as expected, mamat Razak tu takde pun time kenduri. Langsung tak jenguk. Biasa la kan…duit dah dapat, buat nak ambik tahu. Malaun betul. Memang barua!!
The nest day, cousin aku yang lagi sorang pi kenduri kawin kawan dia. Kebetulan ambik jugak Razak ni. Kes haru gak, kul 130pm makanan habis. Sampai mak ayah pengantin dok dalam rumah sebab malu.
Nanti la ko Razak. Ni ko bleh la nak pi sana sini jaja nama ko as the best caterer in Melaka konon. Ko keep track ke semua orang yang ko tipu ni? Akan mai masa ko nanti…punya lama ko ambik duit orang tapi bagi benda tak serupa apa yang dijanjikan. Ko ingat orang halalkan ke duit tu? Kembung la perut ko makan duit haram!!
Kenangan dengan public phone
3 days ago
7 comments:
dia promote cakap kat orang kos dia lagi murah dari orang lain ke yg sampai ramai2 amik?
ni jenis sapu dulu portion dia, lebih baru pakai buat beli barang majlis.
TOAJ: Manade murah...sekepala dia ambik RM13!! Adik akunya wedding aritu, buat kat Shah Alam..lauk jauh lagi best pun baru RM9.50 sekepala. Si Razak ni ntah apa justification dia harga macam tu..sebab bagi bunga api la (woi, manade!!), ada air pancut la, servers tahap hotel standard (muahahaha!!)...taik la!!
weiihhhhhh, glamer sgt ker si razak caterer nie sampai sumer orang nak amek dier...?
Melaka tuh bukan besar sgt pon...pusing2 ramai gak orang yang dah terkena ngan razak nie...
Takkan satu caterer nie jer... Aper ilmu dier pakai tuh....? hehehhee
Si razak ni area mana? cite sikit. blh gak suh mak aku riki2 kat melaka tu tgk sapa gerangan manusia ni. glamer ke tak ke... hehe..
Apit: Aku pun tak tau...tapi yg adik ipar aku cakap, dia memang pandai menjual servis. Bangsa cakap berapi2. Ni dah ramai yg terkena servis "hebat" dia ni..tak tau la berapa lama lagi dia bleh bertahan. Ntah2 lepas ni transit pi negeri lain plak.
JAD: Dia jenis satu Melaka diterokainya. Takde sapa tau mana rumah dia. Kot tau, dah lama pi serbu dah.
Along, tengok kat KOSMO hari ni. Ada pasal razak katering nih. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0107&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm
--silent reader
along....ada org dah file tribunal tuntutan pengguna kat katering ni..http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SyarikatkateringdiarahbayarRM9_505/Article/index_html
sedara along ni ke ?
Post a Comment