Hari ni aku posa ganti lagi. Kalau arini berjaya, maksudnya tinggal satu hari je lagi hutang aku ngan Allah. Hmmm, sungguh mencabar posa time bukan bulan Ramadhan ni. Tapi macam la aku tak tau kan…since aku darjah 6 lagi, aku dah menghadapi situasi ni. Cuma certain2 tahun yang aku preggers je, aku dapat posa penuh time Ramadhan, jadi takyah rasa seksaan menggantinya. Adakah ini membuatkan aku ingin preggers? Oh tidak…aku sanggup ganti 10 bulan punya posa dari preggers lagi. Wahahahahaa…sila ambik perhatian yer, En Rashid.
Semalam aku posa ganti gak. Punya la seksa. Dah la ngan laptop aku asyik buat hal (serious, kalau dek bukan aku kena ganti balik laptop ni kalau hilang, dah lama aku baling dalam lombong. Sila ajukan aku ke lombong terdekat!)…ngan aku tak bangun sahur. Mata aku asyik2 tengok jam, asyik2 tengok jam. Ada sekali tu aku tengok jam, kul 11.15am. Aku buat keje sket…cek email sket…tengok balik jam…baru kul 11.18am!!! Apakah dunia sudah masuk slo-motion kah?!! Arghhh…seksanya.
Dek aku kebosanan terperap kat ofis je, konon cadang nak pi Amcorp mencari buku. Sekarang aku kalau nak pi beli buku, satu tempat je yang aku tuju…BookXcess. Korang pi carik la, dia tingkat atas sekali. Dulu kecik je kedai dia, sekarang dah besar. Best beli buku kat situ sebab murah bangat. Kalau MPH jual RM30, kat situ ko bleh dapat RM15. Half price gitu. Tapi tengok jugak la jenis buku apa. Dia banyak story books ah kat situ, and then harga dah murah…kekadang dia bagi discount lagi. Best!!
Okla…habis dah aku promote kedai buku tu. Aku pun dek boring..and dek jam laptop aku ni macam dah rosak je (macam tak bergerak je)..aku pun sms Liza, tanya nak pi beli buku tak. Makcik tu tengah nak makan rupanya..tengah pelahap nasi. Takpe la Liza, ko teruskan la aktiviti melahap ko tu. Aku pun dok tenung2 keadaan langit kat luar…macam panas je. Malas le plak nak pi menapak jauh2 (bukan jauh mana pun, lagipun naik ketapi, jalan kaki sikit je…dasar pemalas!), baik aku layan TV kat bilik bos aku ni. So in the end, aku spend jugak lunch time aku terperap dalam ofis, cuma bezanya aku terperap dalam ofis bos yg best sambil layan Law & Order.
Bila dah kul 2pm, keadaan aku dah mula kronik. Giller lapar ok! Sib baik gak la aku tak pi terokai kedai buku tadi, kalau x mesti either aku buka posa or pengsan tengah jalan. Time tu jugak, laptop aku makin mengganas ketidakbetulannya. Aku sedn satu email, dia hang. Kena restart. Send satu email, hang lagi. Apakah dosa aku nak send email ni? Dengan send-menyend email ni, baru orang tau saya buat keje tau. Kalau tak, mesti orang ingat saya ngadap laptop sambil layan FB. Sian nanti orang tu dapat dosa free sebab saya takde akaun FB pun.
Kul 4.30pm, aku dah sms En Rashid. Arini orang posa, jadi balik on time. Yer, aku ngan En Rashid bahasakan diri masing2 “orang”. Tak tau la kenapa…and sesungguhnya memang tak romantic. Tapi kitaorang memang bukan jenis romantic pun. Romen hebat…romantic tidak! Muahahahahaa…ok, abaikan statement aku tadi.
En rashid cuba mencabar keimanan aku. “Ada keje ni.” Oooo, pentingkan keje dari bini yer. Baiklah!! Lepas tu bleh soh aku tumpang member ofis balik rumah lak. Ketahuilah, aku dah nak separa pengsan ni, memang niat aku masuk kete, terus nak tido terkangkang. Mengapa terkangkang? Sebab cara itu menunjukkan betapa penatnya aku posa aritu.
Sib baik En Rashid saying bini rupanya…dapat la aku balik on time. Dan memang aku bantai tido terkangkang sampai balik rumah. Layanla En Rashid radio tu sorang2…macam aku tak tau dia dok nyanyi lagu Lady Gaga.
Balik rumah dah kul 630pm. Nikmat!! Maghrib tinggal 30 minit je lagi. Layan si budak kecik tu, sedar2 dah azan. Puas hati dapat minum air serbuk coklat secawan besar. Nak2 la tengok lauk yang Wati masak, sodap2 belaka. Aku pun jadi macam liza, makan nasi dengan pelahapnya.
Harini aku posa lagi. Liza baru je sms aku pi carik buku. Aku tak sahur pagi tadi. Patutkah aku gagahkan diri? 3 hari cuti deepavali ni…ngadap muka En Rashid cukup ½ hari, baik aku pi beli buku. Heeee.
Ke Singapore, emergeeeennncccyyyyyy
14 hours ago
7 comments:
hahahhaaa...budus
Yer saya akui ini adalah post ko yang paling meraban..!!
Yer mmg btol...kedai buku kat atas AmCorp tuh mmg murah2 belaka..!!
Along tido terkangkang...errk, cam ner tuh.. hahahahaha :P
Ya Rabbi... Memang betul la ko ni dah merapu meraban! Jgn ko merapu hari ahad ni sudah... Aku campak ko dlm sungai klang kat sebelah gardens tuh.
ko kalau tak merapu, memang bukan ko lah..
hahaha... lawak giler!!
Salam ALong:
Saya membaca dan hhhhhmm... memang kelakar... :)..
NAsib kedai buku murah takde kat tempat saya.. saya takut saya dan suami buat pondok kecik lak tepi pintu kedai tu... :)
woi...bila pulak aku makan nasik dgn pelahap? Ko ni tak control ayu langsunglahh..ishhh
Restatement: Liza makan nasik dgn lemah lembut, sesuai dgn keperempuanan Melayu terakhirnya.
Sekian.
Apit: Walaupun terkangkang, aku tido masih nampak ayu...hehehe.
Nora: Dek posa je merepek. Time konyang makan...merepek turun a notch. Hehe.
TOAJ: Tau takpe.
Huda: Semoga terhibur!
Ummu: Yer...sib baik jugak kedai buku tu kat situ je ada jual. Kalau tak...mau beribu habis dek beli buku2 ni..
Liza: Ahhh...correction not accepted!! Original statement stands...hehehe.
Post a Comment