CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, August 26, 2011

Last Day Working Before Raya...

Ofis dah start kosong. Memang patu kosong la kan..sebab yang jantan pi solat Jumaat, yang pompuan pi buat last minute shopping kat level LG ofis. Aku? Tak sanggup nak jejak kaki kat situ. Bak kata boss, tempat tu macam Bermuda Triangle..tau2 je, duit dah lesap dari dompet. Beli ntah apa2 benda.

Cakap pasal boss aku, sian dia. Arini dapat MC sebab kena chicken pox. Alahai..beraya la ngan muka bintik2. Mulut mengunyah lemang sambil tangan merayap menggaru belakang. Nak buat camne, dah nak kena...sapu je la calamine  lotion bebanyak.

Harini ramai yang ambik half day, especially those yang nak drive balik kampung jejauh. Aku? Takde feel nak beraya sangat sebab 1) keje banayk tak settle 2) aku beraya kat Shah Alam dulu so feel nak kena drive jejauh takde pun. Bagus jugak...tak sanggup aku nak dok dalam kete sampai 10 jam. Aku balik Melaka tiap2 bulan (kena stresskan tu!) dok dalam kete sejam setengah tu pun dah panas bontot. Aku suka travelling...tapi part kena travel tu yang tak suka. Hmm, camne ayat tu? Suka pi melawat tempat2 orang...tapi kalau bleh, pejam celik mata je terus dah ada kat tempat tu. Eevnthough orang kata...it's not the destination but the journey that counts...pada aku, journey tu la yang bleh buat aku muntah kelanyah bagai. Please la, someone invent the teleporter soon. Bleh aku travel macam orang2 Star Trek tu je.

Anyway, tujuan aku tulis entri ni nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada semua orang yang singgah di blog ni. Walaupun bilangannya tak ramai, tapi at least u all bagi komen2 tu..hehehe..terhibur gak la. Aku nak ambik kesempatan untuk meminta maaf bebanyak andainya ada entri2 blog aku yang membuat kamu semua marah ke, sedih ke, terasa hati ke....sememangnya apa yang aku tulis kat sini, hanya untuk kenangan diri sendiri dan bukan berniat nak menyakitkan hati sesiapa. Kepada yang nak balik kampung tu, please drive carefully and arrive at your destination safe and sound. Biar lambat asal selamat.

Sekali lagi, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!!

4 comments:

Sal said...

Along, bila ko kata "Aku balik Melaka tiap2x bulan"...itu bunyinyer mcm paksa rela jer...hihihi!

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir & Batin from us...Sal, Sham & Sofea.

zarina said...

selamat hari raya long. one of these days, ko mmg kena bawak kids lajak datang kedah la..:)

Anonymous said...

selamat hari raya aidilfitri, along. --silent reader

Unknown said...

Assalamualaikum ALong,

Selamat Hari Raya Eidul Fitri dari saya dan keluarga. Maaf Zahir Batin.

Terima kasih sebab sudi berkongsi cerita kat sini. Seronok saya baca... :)